Friday, 4 September 2026

Keris Of My Heart... Ur Heart...

The Key Is (secret password) *gambar kucing gosok gosok kepala yang warna putih, kelabu kat wassa 
Semakin lama aku tengok, semakin aku rasa keris ni pelik sebenarnya. 
Bukan pelik seram. 
Pelik sebab setiap satunya macam ada cerita sendiri. 
Setiap keris ada sejarahnya. 
Setiap keris ada jalan ceritanya. 
Setiap keris ada memorinya. 
Dan mungkin setiap keris juga akan mengingatkan seseorang kepada sesuatu yang hanya dia sendiri tahu. 
Ada yang diwariskan. 
Ada yang disimpan. 
Ada yang dibawa ke mana-mana. 
Ada juga yang mungkin bertahun-tahun hanya diam di tempatnya, 
tapi pemiliknya masih tahu...itu keris dia. Sehebat mana pun sebilah keris, ia tetap setia kepada pemiliknya. 
Tugasnya satu. Melindungi. 
Macam Taming Sari yang namanya hidup jauh lebih lama daripada manusia yang pernah memegangnya. 
Kita ingat kerisnya, kita ingat pemiliknya. Entah kenapa dua benda itu macam susah nak dipisahkan dalam satu cerita. 
Aku pandang pula bahagian hulunya. 
Baru aku terfikir... Sebilah keris boleh mempunyai bilah yang sangat cantik. Pamornya boleh luar biasa. 
Loknya boleh sempurna. 
Tapi tanpa hulu... macam mana nak menggenggamnya? 
Hulu mungkin bukan bahagian yang orang paling lama pandang. 
Tapi dengan hulu itulah 
Pemiliknya berpaut untuk menghunus keris itu 
Setianya sang Hulu kepada Pemilik... memegang erat segala janji yang pernah di ucapkan 
 
ehhhhhhhh 
tak tak tak 
sebenarnya aku nak cerite pasal aku nak masok briswalk 10km... 
 
tapi kan korang.... 
aduiiiii kenapa kena trainning ni 
Aku dah penat... 
Owhhh salah. 
Sepatutnya aku lari. 
Aku kan tengah struggle nak berlatih run 10km. 

Tapi aku stop makan nasi lemak Kg Mortem
Pergh Bau ayam goreng dia... Hmmmmmm. 
Buat perut berkeroncong guys. Nak salahkan siapa? 
Salah ayam tu lah. 
Dah tahu orang tengah training pergi bau sedap-sedap buat apa. 
Aku cuma mangsa keadaan. 
Selesai bersantap sambil mata dilepaskan ke Sungai Melaka, 
aku duduk kejap menikmati angin malam. Kononnya kejap. 
Tiba-tiba aku terdengar... 
“Dah... dah... jangan panggil saya pakai nama dah. Panggil macam biasa.” Suara seorang lelaki. 

Kemudian diikuti dengan gelak seorang perempuan. 
Nakal bunyinya. 
Perempuan tu macam sengaja mengejek dia lagi. 
Aku tak dengar sangat apa yang dia cakap, tapi lelaki tadi membalas sesuatu sebelum akhirnya dia stop. 
Aku pandang dua ketui tu berlalu pergi. Hmmm. 
Orang bercinta. 
Begitulah. 
Owhhh... 
Mungkin aku juga harus sambung dengan niatku. 
Run. 
Aku bangun. 
Dua tiga langkah... 
Ya ALLAH. 
Perut berat guyssss. 
I'mmmm sorrryyyyy. 
Siapa suruh makan nasi lemak tengah-tengah training? 
Aku. 
Siapa yang menyesal? 
Aku juga. 
Tapi dah makan takkan nak keluarkan balik. 
So jalan. Jalan pun jalanlah. 
Asalkan bergerak. 
Aku pun menyusuri Sungai Melaka dengan kelajuan yang kalau dekat Strava mungkin dia sendiri malu nak record. 
Tapi Melaka waktu malam memang cantik. 
Lampu daripada bangunan lama jatuh dekat permukaan air, 
sesekali cruise lalu penuh dengan manusia yang entah datang dari mana, kedai-kedai masih ada yang buka dan manusia pula masih ramai berjalan walaupun malam dah semakin lewat. 
Best sebenarnya berjalan macam ni. 
Kita selalu rushing nak sampai somewhere sampai kadang-kadang tak sempat tengok apa yang ada kiri kanan. 
Malam ni aku tengok. 
Sebab aku memang dah tak larat nak lari. Hahahahahaha. 
Aku jalan lagi. 
 Dan lagi. Dan lagi. 
 Sampai satu tahap...
 Penat oooiiii bawak perut jalan sampai hujung.
 Ya ALLAH. Minta nyawaaaaaa. 
 Kenapa aku jalan sampai sini? 
 Kereta aku jauh kot belakang sana. 
 Siapa punya idea training 10km ni? 
 Aku tengok jam. 
 12 malam. Okay. Dah time aku pusing balik ke kereta. 
 Banyak kedai pun dah mula tutup. 
Orang dah semakin kurang dan sepanjang sungai tu dah tak sesibuk tadi. 
 Aku pusing. Jalan balik. 
 Beberapa minit kemudian... 
 Eh. Tak balik lagi rupanya dua ketui tadi. Nasebbb baikkkk ada kawan. 
 Aku ikutlah kejap. 
Kot-kot diaorang pun jalan arah yang sama. 
 Bukan follow tau. 
 Kebetulan. 
 Jangan buat cerita. 
 Tapi jap. Aku stop dulu. 
 Haus. Aku keluarkan air. 
 A bottle of wotta, kata orang British. 
 Aku tak British. 
 Aku orang Perak. 
 Tapi takpe. Wotta tetap wotta.
 Tengah minum tu mata aku tertangkap satu kedai yang masih belum tutup. Owhhh... 
 Kedai keris. 
 Dan dua ketui yang aku ikut tadi baru keluar dari kedai tersebut. 
 Aku pandang kedai.
 Pandang pintu. Pandang dalam. Hmmmm. 
 Aku seram nak masuk sebenarnya. 
 Bukan apa. 
 Keris ni bagi aku ada aura dia sendiri. Kalau pisau dekat dapur kita nampak biasa je kan.
 Tapi keris? Kau letak sebilah keris atas meja dengan lampu malap sikit, terus otak mula fikir benda bukan-bukan.
 Padahal besi je. Kot. 
 Tapi ku gagahi juga. 
 Jom tengok keris. 
 Aku masuk.
 Rupanya bila tengok dekat-dekat... 
 Cantik. 
 Aku selama ni tahu keris sebagai keris je. Bilah. Hulu. Sarung.
 Sudah. 
 Tapi bila kau betul-betul tengok, setiap satu tak sama. 
 Ada yang lurus.
 Ada yang berlok. 
 Dan lok tu pula bukan main buat sesuka hati. 
 Aku ingatkan tukang dia tengah ketuk besi lepastu rasa, 
 “Hmm... bosanlah lurus. Kita senget-sengetkan sikit.” 
 Tak. Ada kiraannya. 
 Biasanya ganjil. Tiga. Lima. Tujuh. Sembilan. Sebelas. 
 Dan semakin aku tengok, semakin aku faham kenapa ada manusia boleh berdiri lama depan sebilah keris.
 Sebab sebenarnya kau bukan tengok senjata semata-mata.
 Kau tengok workmanship. 
 Bilahnya.
 Bentuknya. 
 Ukiran hulunya. 
 Sarungnya.
 Kemudian ada pula pamor.
 Corak pada bilah yang bagi mata aku pada mulanya nampak macam... 
 corak dekat besi.
 Hahahahahaha. 
 Sorry. 
Bende boleh buat kelakor kan....
Tapi bila tahu sedikit bagaimana ia terhasil, barulah nampak seni dia.
 Ada sesuatu tentang barang lama yang buat aku curious. 
 Berapa tangan pernah pegang benda ni? Siapa pemilik pertama dia? 
 Pernah dibawa ke mana? 
 Dan macam mana satu benda boleh survive lebih lama daripada manusia yang memilikinya? 
 Interesting kan?
 Aku bergerak dari satu keris ke satu keris. Ada yang nampak garang. 
 Ada yang elegan.
 Ada yang aku tengok sekali dah rasa... Okay awak duduk sana. 
 Saya dekat sini.
 Kita hormat boundaries masing-masing.
Okieeee... Sye tak nak kawan dengan awak tau
 Dan kepada sesiapa yang suka buka keris tu guys...
 Satu pesanan. Jangan sampai tercedera ibu jari. 
 Tapi takpe
 Kadang-kadang penghuni dalam keris tu nak berkawan je. 
 Hahahahahahahaha. 
 Takoot tak? 
 Takoot tak?
 Dah lah.
Jangan fikir bukan-bukan. 
 Nanti aku sendiri takut nak keluar kedai. Aku tengok beberapa lagi sebelum akhirnya keluar
.Okay. Sambung perjalanan. 
 Ya ALLAH... 
 Penatnye lahai. 
 Kenapalah aku berjalan sampai hujung tadi? 
 Kalau tadi aku patah balik awal sikit, sekarang dah duduk dalam kereta. 
 Tapi tidak.
 Nak sangat 10km. 
 Sekarang rasakan. 
 Aku jalan. Jalan. Jalan lagi. 
 Sekali lagi aku nampak dua ketui tadi. Hmmm. 
 Tadi bukan main gelak-gelak.
 Sekarang serius pula. 
 Aku lalu je lah.
 Ehhhh... 
 Boleh pula main lambai-lambai dekat cruise yang lalu.
 Aku tengok cruise tu. 
 Aku tengok diaorang. 
 Kawan diaorang ke? 
 Ramainya kawan. 
 Satu boat. 
 Something wrong betul dua ketui ni. 
 Dah lah.
 Baik aku jalan laju-laju melepasi diaorang. Sekurang-kurangnya ada juga speed training malam ni. 
 Aku teruskan perjalanan sambil dalam kepala masih teringat keris-keris dekat kedai tadi. Aku rasa sekarang aku faham sedikit kenapa orang sukakan keris. Ada benda yang kita tengok kerana cantik. Ada benda yang kita simpan kerana nilainya. Dan ada benda yang mungkin pada orang lain cuma sebilah besi, tapi kepada pemiliknya ada cerita yang kita tak pernah tahu. Keris ni salah satunya. Kecil je. Tapi sejarah dia panjang. Seni dia halus. Dan somehow setiap keris ada character dia sendiri. Aku rasa selepas malam ni aku boleh appreciate keris sedikit lebih daripada sebelum ni. Actually... Bila difikirkan balik... Aku pun ada keris. Haah. Betul. Aku ada. Dekat rumah. Tak pernah pula aku fikir selama ni aku ni collector. Keris aku tak ada lok. Tak ada pamor. Tak ada ukiran naga. Tak pernah masuk persembahan. Tak ada kisah kerajaan Melayu lama. Tak ada penghuni juga kot... Kot. Tapi keris aku ada satu kelebihan yang mungkin keris-keris dekat kedai tadi tak ada. Keris aku pembuka surat. HAHAHAHAHAHAHAHA. Ehhh hallo. Jangan gelak. At least keris aku ada pekerjaan tetap hokay. Hari-hari ada function. Keris korang? Duduk dalam sarung. Keris aku? Corporate. Sekian. Aku nak balik. Esok kalau kaki sakit, aku salahkan nasi lemak.

Sesuatu Tempat Takkan Bermakna Kecuali Kita Berikan...

Subuh tadi aku bangun dengan penuh semangat waja.
Maklumlah…
baru tanggal 31 Ogos.
Hari Kebangsaan.
Semangat kemerdekaan masih berbaki. Semangat cintakan negara masih membara. Dan entah dari mana datangnya, semangat nak hidup sihat pun tiba-tiba ikut sekali. 
Aku keluar rumah awal.
Pukul 7 pagi dah naik train.
Pukul 8 dah sampai tempat kerja.
Cantik.
Teratur.
Produktif.
Aku sendiri kagum dengan diri aku pagi tadi.
Dalam kepala dah plan siap-siap.
Balik kerja nanti ngam-ngam pukul 5. Kalau sampai awal, aku nak pergi running.
Kalau malas sangat pun…
brisk walk jadilah.
Dan untuk membuktikan betapa seriusnya aku terhadap kehidupan yang sihat ini, aku dengan penuh keyakinan telah mendaftarkan diri untuk 10KM run setiap bulan.
Yes guys.
Every. Single. Month.
Macam atlet.
Bezanya atlet berlatih.
Aku…
banyak berniat. NAWAITUUUU... 
Tulah dia... 
Tapi hari ni lain.
Hari ni aku memang nak pergi.
Aku nak walk dekat Putrajaya.
Bulatan Putrajaya.
Masjid.
Depan Perdana Putra.
You know lah kan.. 
When u r very determined
U already make up ur mind 
So tepat pukul 5, aku pun turun dengan penuh keyakinan seorang wanita yang kononnya akan berlari 10KM setiap bulan.
Sekali sampai tempat tunggu train…
Aik?
Kenapa ramai gila manusia ni?
Aku tengok board.
181 MINIT.
Aku tengok sekali lagi.
Mana tahu mata aku penat bekerja.
Tetap.
181 minit.
WATTTTTT?!
YA ALLAH UJIANNNNN. 
Train rosak.
Okay.
Tak apa.
Aku faham.
Iye universe…
saya tahu.
Saya ada banyak kerja yang belum siap.
Memang nak suruh saya balik rumah sambung kerja kan?
Baikkkkklah.
Niat untuk running itu kita simpan dahulu untuk hari yang lain.
Niat baik tak ke mana, guys.
Yang pergi cuma calories yang sepatutnya terbakar hari ni. 
Tapi disebabkan aku dah teringat Putrajaya…
aku nak bawa korang ke sana juga.
Dalam kepala aku lah dulu. 
Korang tahu tak…
Kalau korang start dekat Bulatan Putrajaya, jalan straight…
straight je.
Jangan gatal nak belok-belok.
Sampai hujung.
Hujung mana?
Hujung jalan straight tadi ler. 
Lepas tu patah balik ikut jalan yang sama sampai semula dekat Bulatan Putrajaya.
Ngam-ngam lebih kurang 10KM untuk route aku.
Perfect.
Sebab kan aku dah berlagak daftar 10KM run setiap bulan tu.
Jadi kenalah sesekali berlatih supaya penipuan terhadap diri sendiri ini tidak berlarutan. 
Tapi sebenarnya bukan 10KM tu yang buat aku suka jalan dekat sini.
Ada sesuatu tentang laluan ni yang aku suka.
Kalau korang lalu dengan kereta, mungkin korang nampak bangunan kerajaan.
Masjid.
Jambatan.
Lampu jalan.
Bulatan.
Bangunan lagi.
Dan bangunan lagi.
That's it.
Tapi bila kita berjalan…
everything moves slower.
Tiba-tiba kita sempat tengok benda yang selama ni cuma lalu di hujung mata.
Lengkok sebuah bangunan.
Bayang pokok atas pavement.
Kubah yang kita selalu nampak dari jauh.
Jalan panjang yang bila kita berdiri betul-betul di tengah pandangan, macam tak nampak penghujungnya.
Dan aku fikir…
apa kata kali ni kita jangan sekadar lalu?
Apa kata kita berhenti sekejap pada setiap benda yang kita nampak.
Kita tengok.
Kita fikir.
Dan kita berikan dia satu makna.
Just…
what it means to me.
Sebab sekarang aku masih dalam satu fasa yang aku sendiri panggil…
hibernasi emosi.
Aku tak nak bercakap tentang ribut di luar sana.
Biarkanlah dia ribut dulu.
Aku tak nak mencari jawapan.
Tak nak menentukan siapa salah, siapa betul.
Tak nak paksa hati memahami sesuatu yang mungkin memang belum tiba masanya untuk difahami.
Kali ni aku cuma nak take things slow.
Kembali mendengar degupan jantung sendiri.
Tutup mata.
Senyum.
Dan ingat tempat-tempat yang pernah membuatkan aku rasa sesuatu.
Sama macam kita pernah memberikan makna kepada random things…
kali ni kita berikan makna kepada tempat.
So jom.
Hari ni kita tak running.
Kita tak brisk walk.
Hanya walk through our imagination... 
Lessgo... Walk with me... 
kita tengok Putrajaya dengan mata aku.
Aku parking kereta dekat 
Bulatan Putrajaya.
Manusia?
Ya Allah.
Penuh.
Berkerumun sana sini.
Ada yang berjalan, ada yang duduk, ada yang bergambar dan aku pula dengan penuh semangat membuka bonet kereta untuk mengambil kasut jogging.
Sekali…
Owh.
Kasut?
Carlo Rino je yang hado. 
Takpelah.
Kasut ni sebenarnya macam kasut jogging juga kalau kita tengok dengan hati yang terbuka.
Design dia ikut kaki.
Comfortable.
Cuma berat sikit.
Tahu tak kenapa berat?
Sebab tapak dia design lob-lob.
Lobbiu. ❤️
Jadi setiap langkah aku berjalan penuh dengan perasaan lobb lobb... Cinta
Sekarang imagine... 
Aku mula melintas jambatan.
Dekat sini macam-macam manusia ada.
Orang dating.
Orang picnic.
Orang melepak.
Ada yang duduk diam tengok air.
Ada yang mungkin datang tanpa tujuan pun.
Tiba-tiba aku terfikir…
Seronok kot kalau naik motor pusing-pusing dekat sini.
Tapi orang cakap sekarang dah black dah kawasan ni. JPJ dah marking katanya. 
So sebelum korang datang sini, tolong check dulu.
Roadtax hidup ke tak.
Helmet ada ke tak.
Jangan dah naik motor tak pakai helmet, roadtax mati, lepas tu bila kena tahan baru nak berharap muka korang ada nurrrrrr.
Mana tahu boleh lepas.
Eh jap.
JPJ ke polis yang tahan?
Nthlah.
Kita sambung berjalan. 
Lepas jambatan, jalan straight lagi.
Ada gerai-gerai healing. Ramai manusia.
Dekat tepi tu ada lambang tangan Malaysia MADANI.
Masa ni kalau ada orang belikan air…
Alhamdulillah.
Sejuklah sikit tekak aku.
Kalau korang datang seorang pun jangan risau. Kawasan ni ramai orang. Jadi walaupun kita berjalan sendiri, kita tak rasa betul-betul sendiri.
Jalan lagi.
Dan sampailah kita di hadapan Perdana Putra.
Mungkin ini akan menjadi salah satu favourite view korang nanti.
But at that time…
you might not realise it just yet.
Sebab kadang-kadang sesuatu tempat tu belum mempunyai apa-apa makna ketika pertama kali kita melihatnya.
Kita cuma pandang.
Kita lalu.
Kita ambil gambar.
Dan kita pergi.
Makna tu kadang-kadang datang kemudian.
Nak jalan lagi ke? 
Dah lah... Letih plak rase
Kasut aku berat. 
Kita patah balik.
Dalam perjalanan balik aku nampak seorang kakak duduk seorang-seorang dekat tepi jalan.
Aku tegur.
Tunggu siapa?
“Abang datang ambik.”
Ohhh.
Okay.
Aku senyum dan sambung berjalan.
Tapi entah kenapa pertemuan kecil tu melekat dekat kepala aku.
Jadi dekat sini aku nak berikan makna pertama kita.
Jalan Menunggu.
Sebab mungkin ada manusia yang sedang menunggu seseorang datang mengambilnya.
Ada yang sedang menunggu sesuatu berubah.
Ada yang sedang menunggu jawapan.
Dan ada juga yang mungkin tak tahu apa sebenarnya yang sedang dia tunggu.
Dan ada yang menunggu, adakah kehidupan ini menyebelahinya.. 
Tetapi bila kita memperlahankan langkah, hati kita jadi sedikit lebih lembut untuk melihat manusia lain.
Untuk bertanya.
Untuk mengambil tahu.
Walaupun sekadar,
“Kak, tunggu siapa?”
Aku sampai semula dekat jambatan.
Kali ni aku tak tengok manusia.
Aku lepaskan pandangan ke dalam air.
Sekali…
EHHHHHH FISHHHHHHH!
Boleh nampak tau!
Agak-agak besar mana?
Aku tak nak bagitahu.
Korang pergi tengok sendiri. 
Nanti kita buat kuiz.

BERAPA BESARKAH IKAN DI BAWAH JAMBATAN PUTRAJAYA?

Hadiah: kepuasan kerana berjaya menjawab soalan yang langsung tidak membawa apa-apa perubahan kepada kehidupan korang. 
SEKIAN 

Wait a second
Cerite belum habis... 
Mari aku genggam tangan korang, sambil berjalan di tepi kaki lima ini... 

Sampai kereta, aku buka bonet.
Aku bungkus balik kasut Carlo Rino lob-lob aku tadi.
Entah macam mana…
tiba-tiba aku terfikir,
Aku nak sambung belajar lah.
Random kan?
Tapi betul.
Aku nak hidup aku pergi lebih jauh.
Aku nak tahu lebih banyak.
Aku nak jadi lebih baik daripada apa yang aku ada sekarang.
Aku nak tengok satu hari nanti sejauh mana sebenarnya aku boleh pergi kalau aku betul-betul mencuba.
Tak sangka.
Datang Bulatan Putrajaya nak brisk walk…
balik-balik fikir pasal masa depan.
Okay dah.
Cukup sesi mencari tujuan hidup.
Jom cari makan. 

Tapi sebelum tu kita singgah Masjid Besi.
Nak beli air dekat food truck.
Dalam perjalanan…
Wow.
Dorsett.
Cantik juga hotel ni.
Dekat pintu dia ada design burung-burung.
Lain macam.
Mungkin tempat orang honeymoon kot sini.
Membina mahligai indah…
cinta berputik ibarat bunga sakura di Jepun yang muncul ketika musim bunga…
Okay.
Takpelah.
Kita kona. 

Bagi orang bercinta tidur situ.
Kita nak pergi beli air je.
Sampai food truck aku beli air.
Dan tempat kecil itu pun aku berikan makna.
Di sinilah hidup membawa aku untuk belajar berbicara sedikit lebih manis.
Lebih gula.
Lebih perhatian.
Sesuatu yang mungkin selama ini aku tak pernah benar-benar tahu bagaimana rasanya.

Kemudian aku berdiri di hadapan Masjid Besi.
Aku keluarkan telefon.
Click.
Cantiknya.
Reflection masjid dekat air tu tenang sangat.
Aku pandang lama.
Cantiknya masjid.
Cantiknya reflection.
Dan entah kenapa…
cantik juga hati aku hari ni.
Berbunga.
Aku tengah terpana dan terpesona menikmati pemandangan bila—
krrrrkkkk.
Perut aku berbunyi.
Okay.
Spiritual moment tamat. 
Jom cari roti canai.
Eh.
Tapi food court macam best.
Nak makan apa?
Roti canai?
Fish & chips?

Ooowwhhhhh sommmmm... 

Fish & chips menang sebab, entah ae... Dua sama lah kan sepatutnye... 
Ehhh kenapa duaaaaaa... 
Hahahahahaha

Dah lah korang.
Santapan indah.
Air kopi panas mungkin sedap.
Tapi tekak aku kata lemon sejuk.
So lemon sejuk it is.
Perut pun kenyang.
Jangan merajuk.
Susah nak pujuk.

Dan bila malam datang, ada satu lagi tempat yang aku teringat.
Sebuah hotel di atas bukit.
Parking kereta jauh sedikit, kemudian ada buggy yang membawa kita naik.
Di hadapannya ada taman yang bercahaya pada waktu malam.

DPulse Grande
Cantik.
Tenang.
Dan mungkin…
di sanalah semuanya bermula.
Bukan pintu bilik yang diketuk.
Tetapi sesuatu yang jauh lebih senyap.
Pintu hati yang mula bergetar.
Dekat situ juga ada Taman Botani Putrajaya.
Kalau datang waktu malam, suasananya terasa lain.
Lampu.
Pokok.
Jalan kecil.
Setiap sudut.
Setiap bucu.
Aku rakam menjadi memori.
Dan kepada Taman Botani, aku berikan satu makna.
Taman Yang Mengerti.
Mengerti bahawa manusia kadang-kadang tak perlukan jawapan.
Kita cuma perlukan sebuah tempat untuk duduk.
Makan spaghetti goreng yang masih panas.
Melihat dunia.
Dan untuk beberapa ketika…
percaya bahawa hidup ini sebenarnya masih indah.
Iye.
Ia indah.

Hari ni aku sedar sesuatu.
Sepanjang perjalanan ni, aku sebenarnya tak pergi mana-mana untuk mencari makna.
Aku yang memberikannya.
Aku berikan makna kepada sebuah jalan.
Aku berikan makna kepada seorang kakak yang sedang menunggu.
Aku berikan makna kepada jambatan.
Kepada ikan.
Kepada segelas air.
Kepada sebuah masjid.
Kepada taman.
Kepada makanan.
Malah kepada sepasang kasut Carlo Rino yang langsung tidak sepatutnya digunakan untuk brisk walk. 😭
Semua benda biasa.
Tetapi bila hati kita memilih untuk melihatnya…
Memori tersemat di dalamnya...

semuanya boleh menjadi sebuah cerita.
Dan mungkin inilah makanan untuk hibernasi emosi aku hari ini.
Bukan jawapan.
Bukan penjelasan.
Bukan sesi mencari siapa salah dan siapa betul.
Aku cuma membawa diri aku berjalan-jalan di Putrajaya melalui Imiginasi Ku

Memberikan makna kepada apa yang mata aku nampak.
Memberikan sedikit santapan kepada hati yang sedang berehat.
Supaya jantung ini boleh kembali berdegup…
bukan mengikut rentak dunia.
Tetapi mengikut ritma yang aku sendiri mahukan.
Aku pejamkan mata.
Aku bayangkan kembali setiap tempat yang pernah aku lalui... 
Mungkin sebelum ini tiada makna
Sekarang penuh dengan makna tersendiri

Jambatan.
Jalan.
Masjid.
Air.
Lampu.
Taman.
Dan manusia-manusia yang singgah sekejap dalam perjalanan aku.
Aku tersenyum.
Hibernasilah dulu.
Rehatlah.

Kumpulkan kembali apa yang hilang.
Dan bila tiba masanya untuk kau terjaga nanti…
kuatkanlah diri.
Sedialah menghadapi dunia... 
Mungkin ia tidak seindah yang di sangka... 
Mungkin jawapannya nanti tak sama... 
Tapi kuatlah duhai hati... 
Berjuanglah setiap saat dan waktu... 

Sebab masih banyak tempat yang kita belum pergi.
Masih banyak benda kecil yang kita belum perasan.
Dan masih terlalu banyak kehidupan…
yang menunggu untuk kita berikan makna.

Hibernasi Emosi

Hibernasi Emosi

Aku baru tahu satu benda.

Hibernasi bukan sekadar tidur lama.

Bila sesetengah haiwan berhibernasi, tubuh mereka memperlahankan hampir segala-galanya. Metabolism turun. Pernafasan jadi perlahan. Degupan jantung juga diperlahankan. Mereka berhenti menggunakan tenaga untuk perkara yang tidak diperlukan dan survive dengan apa yang ada dalam diri sendiri.

Interesting kan?

Then I thought…

Can human hibernate too?

Bukan badan.

Emosi.

Sebab lately aku rasa terlalu banyak benda masuk dalam kepala. Terlalu banyak suara. Terlalu banyak rasa. Sampai satu tahap aku sendiri dah tak pasti mana satu suara hati, mana satu emosi, mana satu ego dan mana satu kebenaran.

Bila kita sayangkan seseorang, instinct pertama kita selalunya nak protect.

Bila dia susah, kita nak jadi shield.

Bila dia penat, kita nak ambil sedikit beban dia.

Tapi semakin aku fikir…

Adakah mencintai seseorang sentiasa bermaksud kita perlu memilikinya?

Maybe not. If U let go, if they coming back its mean they yours... 

Soalan aku... Iyeke??? 

Kadang-kadang mencintai seseorang cukup sekadar mendoakan kesejahteraannya dan kebahagiaannya.

Sebab cinta itu luas.

Ia tak sepatutnya sentiasa berbentuk “aku mahu kau.”

Kadang-kadang cinta juga boleh berbentuk,

“Aku mahu kau baik-baik saja. Walaupun akhirnya bukan dengan aku.”

Dan itu jauh lebih susah rupanya.

Aku pernah fikir aku cukup pandai menjaga hati.

Bila datang sesuatu yang aku tahu boleh mengganggu hati, aku elakkan. Ada benda aku pilih untuk tak tengok. Ada cerita aku tak mahu baca. Ada perkara aku sengaja tak mahu tahu.

Sebab aku kenal diri aku.

Cemburu itu manusia.

Jadi bila perasaan itu datang, aku pujuk hati sendiri. Aku berzikir. Aku remind diri berkali-kali bahawa ada perkara dalam kehidupan yang mempunyai tempat dan haknya sendiri.

Yang halal tetap halal.

Yang pertama tetap yang pertama.

Dan kalau benar kita sayang seseorang, kita sepatutnya mahu dia menjadi manusia yang bertanggungjawab kepada kehidupan yang telah dipilihnya.

Aku pernah suruh seseorang balik kepada dunianya.

Go.

Jadi manusia yang lebih baik.

Jadi seseorang yang bertanggungjawab.

Fix what needs to be fixed.

Yup... Be in love again, tu sangat betul.

Mengorat balik, ambil hati balik... Be together again... Never have thought of tat... I know u r the wise person n romantic

Emosi aku come n go... 

Selfishness sometimes came to visit

Sometimes being rational appear for time to time... Dan sekarang

Aku siap ada soundtrack.

JUST GO — iKON.

Dramatik sikit. Aku kan manusia juga. 😆

Sebab dalam cinta aku yang mendalam, aku sentiasa rase bakal di sakiti. Dan menjadi punca manusia lain juga tersakiti

Tapi time goes by.

Kehadiran yang pada awalnya biasa boleh menjadi kebiasaan.

Kebiasaan boleh menjadi kebergantungan.

Dan tanpa kita sedar, sesuatu yang dulu kita boleh lepaskan dengan mudah tiba-tiba menjadi sesuatu yang kita takut kehilangan.

Di situlah aku mula tertanya-tanya tentang diri sendiri.

Orang boleh melihat aku daripada luar dan membuat seribu kesimpulan.

It's okay.

Kerja aku sendiri kadang-kadang memang untuk entertain orang. Orang nampak apa yang kita tunjuk. Mereka kenal versi kita yang berada di hadapan mereka.

Tapi…

you don't know me.

Nobody really knows me.

Yang benar-benar kenal diri ini cuma dua.

Allah dan diri sendiri.

Tetapi kadang-kadang…

diri sendiri pun tertipu dengan perasaan dan hati.

Sebab itu kali ini aku tak mahu terus mencari jawapan.

Aku mahu diam.

Aku mahu tengok hati aku sendiri tanpa gangguan suara orang lain.

Aku mahu control emosi.

Control fikiran.

"if u want to let go now, better tell me now" mcm mana klw aku jawab okay... Sbb aku dah biasa cederakan diri sendiri... If u given me choices... Yupp im fine bleeding

Aku prnh mati rase, mate emosi 

2 kali... Tahun yang sama

Am i afraid happen again... 

Tu sbb aku perlukan hibernasi emosi untuk bantu aku buat keputusan, bukan aku bagi jawapan yang spontan... Atau di kala aku di kaburi dengan perasaan di cabar, bukan juga ketika emosi sedang tinggi, tetapi dengan minda yang lebih waras.

So maybe…

this is the right time to hibernate.

Hibernasi Emosi.

Memperlahankan rhythm jantung.

Keep myself to myself.

Kurangkan bergaul dengan dunia luar.

Kurangkan rasa mahu memiliki.

Berhenti memikirkan apa yang orang mahu aku jadi.

Kalau aku mahu menjadi manusia yang lebih baik, biarlah kerana aku sendiri mahu menjadi lebih baik.

Kalau aku mahu mendekatkan diri kepada Allah, biarlah perjalanan itu antara aku dengan Dia.

Bukan kerana mahu menjadi cukup baik untuk sesiapa.

Bukan untuk membuktikan apa-apa.

Just me.

Trying to find me again.

Sebenarnya ini bukan kali pertama aku mencari diri sendiri.

Tahun 2024, aku pernah struggle mencari satu perkara yang orang selalu sebut seolah-olah ia mudah.

Redha.

Rupanya bukan senang.

Tahajud menjadi rakan baik aku.

Yasin menjadi peneman aku.

Ada malam aku menangis sampai tak tahu lagi apa yang hendak diminta.

Ada masa aku rasa aku dah okay.

Aku dah terima.

Aku dah boleh berjalan.

Kemudian tiba-tiba hati memberontak kembali.

Air mata turun macam air terjun di kala hujan.

Dan aku kena mula pujuk diri sendiri sekali lagi.

Begitulah berkali-kali.

Jatuh.

Bangun.

Menangis.

Pujuk.

Sampailah satu hari aku sedar…

doa aku sendiri sudah berubah.

Dulu aku selalu meminta,

“Ya Allah, jadikanlah aku seorang isteri yang solehah dan jadikanlah aku seorang ibu yang penyayang.”

Tapi lama-kelamaan ungkapan itu hilang daripada doa aku.

Bukan kerana aku sudah tidak percaya kepada perkahwinan.

Bukan kerana aku sudah tidak mahu disayangi.

Aku cuma berhenti memberitahu Allah bagaimana kehidupan aku sepatutnya berlaku.

Doa itu aku gantikan dengan,

“Ya Allah, hadirkanlah manusia-manusia yang mampu membawa aku ke Jannah-Mu.

Kelilingilah aku dengan manusia yang menyayangi aku.”

Itu sahaja.

Aku tak mahu lagi menentukan siapa.

Tak mahu menentukan bagaimana.

Tak mahu menentukan bila.

Kalau jalan yang Allah bentangkan di hadapan aku berbeza daripada jalan yang pernah aku lukis dalam kepala…

aku akan cuba berjalan juga.

Dan selepas sekian lama,

aku rasa aku akhirnya faham.

Aku redha.

Iye…

aku berada di tempat yang lebih baik.

Agaknya?

Sebab tahun ini, entah macam mana…

aku hilang arah itu sekejap.

Aku buat perkara yang tak pernah terfikir aku akan buat.

Aku rasa perkara yang tak pernah aku sangka aku akan rasa.

pada satu malam di sebuah majlis agama…

aku akhirnya berhenti melawan diri sendiri.

Ramai orang malam itu.

Ada satu sela di mana semua yang hadir berdoa sendiri, mohon apa yang perlu di mohon

Aku menutup mata rapat, 

Malam itu aku doakan semua yang indah.

Aku doakan kesejahteraan orang yang aku sayang.

Aku doakan kebahagiaan.

Aku doakan ketenangan.

Aku doakan supaya semua yang sedang kusut dipermudahkan.

Tapi di celah-celah semua doa yang indah itu…

tiba-tiba aku meminta sesuatu untuk diri sendiri.

Bukan meminta supaya seseorang menjadi milik aku.

Bukan meminta supaya keadaan berpihak kepada aku.

Aku cuma meminta…

diselamatkan.

“Ya Allah… sesungguhnya aku manusia yang lemah.

Aku pernah meminta Engkau menyelamatkan aku dua kali.

Dan kali ini…

Engkau tariklah tangan aku, Ya Allah.

Selamatkanlah aku sekali lagi.

Sesungguhnya aku malu kepada-Mu… kerana sering kali aku meminta bantuan-Mu atas kesalahan yang hampir sama.

Tapi kalau aku sendiri tak cukup kuat untuk keluar daripadanya…

tolong tarik aku.”

Aku membuka mata, aku memandang tepat kepada orang yang aku sayang... 

Ya ALLAH selamatkan dia juga... Selamatkan lah kami Ya ALLAH 

Berderai air mata ku, aku cuba menahan daripada ia terus mengalir

"apa yang di doakan" 

Aku senyum... Biarlah ia menjadi rahsia supaya dapat menjadi kenyataan 

Jadi untuk dua bulan ini…

Maybe

Aku mahu mencari semula diri sendiri yang mungkin hilang di tengah-tengah semua rasa ini.

Aku mahu belajar bezakan antara cinta dengan keinginan.

Antara sayang dengan mahu memiliki.

Antara ikhlas mahukan seseorang bahagia…

Atau berharap kebahagiaan itu mestilah bersama aku.

Antara hati yang benar-benar tahu apa yang dia mahu…

dengan hati yang sekadar takut kehilangan.

Aku tak mahu paksa diri untuk melupakan sesiapa.

Aku tak mahu paksa diri berhenti menyayangi.

Aku cuma mahu berhenti memberi makan kepada perasaan itu buat sementara waktu.

Biar sunyi.

Biar perlahan.

Biar aku dengar balik diri sendiri.

So…

Sorry. Emotional Department Temporarily Closed.

Hibernasi Emosi starts now

Let me be with me

If i want to be better

Let me be better becoz, i want to be better

But for now, 

Just let the emotion sleep.

Sleep tight... 

Heart rest well

Biarlah dunia berlalu sepert apa adanya

Rest Reformat & Restart

Welcome September!!!

Random Things Make Me Smile...

Banyak perkara dalam dunia ni buat aku senyum sorang-sorang.
Kadang-kadang ketawa sorang-sorang.

Sebab tanpa kita sedar,
small things, so random,
boleh tiba-tiba remind you of something.

Aku ni dah lah kalau bangun pagi terus macam singa.
Entahlah kenapa.
Bukan aku yang garang...
nak marah siapa pun tak tahu. 😭

Tapi rambut aku.

Kembang.

Eh jangan ketawa.
Ini benar.

Bukan setakat kembang, dengan warna rambut coklat tu sekali... memang dah macam singa.

Kepada korang yang suka warna rambut tu,
silalah warna rambut coklat juga. 😆

Kadang-kadang ada orang bangun pagi hidung tersumbat kan?

Aku ada beli haritu aroma ointment.
Wow bau dia... kalah minyak Cap Kapak. 😂
Sangat refreshing dan wangi.

Nak jadikan minyak sapu pun boleh.
Spray banyak-banyak, lepas tu sapu...

Lepas tu tangan kau pun berangin juga.

Anyway...

Wait.

I'm not finished yet talking about random things. 😂

Haritu aku balik rumah, tiba-tiba nampak Mama pakai sarung tisu yang aku buat masa Tingkatan 1.

Ehhhh...

Bayangkan kegigihan aku menjahit sarung tisu tu dulu.
Siap masih wujud sampai sekarang.

Well, if you ask me how about now...

Nokkkkk.

Kalau seluar kau beli jenis cepat terkoyak,
jahitlah macam mana pun... koyak juga nok. 😭

Jadi aku jahit je lah.

Dengan harapan...

tak koyak dah. 😂

Bila kita bercakap pasal perkara-perkara random, sebenarnya banyak benda boleh terlintas dalam kepala.

Tempat yang pernah buat kita gembira.
Perasaan kita pada ketika itu.
Perkara yang kita pernah buat.
Orang yang pernah ada.

Kadang-kadang tarikh.
Kadang-kadang tempat.
Situasi.

Roadtax.

HAHAHAHA.

Tetiba roadtax.

Mesti korang ketawa kan bila aku sebut roadtax tu?

Tapi itulah...

Kadang-kadang benda yang langsung tak istimewa bagi orang lain,
boleh membawa satu cerita yang panjang untuk kita.

Dan mungkin itulah yang membuatkan hari-hari kita sebenarnya indah.

Tak perlu sesuatu yang besar.

Sebab sesuatu itu bukan bermakna hanya kerana ia besar.

Sesuatu menjadi bermakna, bila kita yang memberikan makna kepadanya.

So look around.

Kadang-kadang kita terlalu sibuk sampai terlupa untuk senyum.
Terlupa untuk ketawa.
Terlupa yang hidup kita sebenarnya penuh dengan little random things yang pernah membuatkan kita bahagia.

Jadi kalau hari ni ada sesuatu yang random tiba-tiba buat korang tersenyum...

senyum je.

Mungkin ia bukan sekadar random.

Mungkin ada sedikit cerita kita yang masih tinggal di situ.

💜 Lots of love ❤️


RUNNING LIFE VER 1

The Girl Who Forgot How to Run

Oktober 2025.

Tak sangka pula hidup aku akan buat U-turn dekat situ.

Aku total collapsed.

Semua benda yang aku suka, doktor suruh stop.

"Tak boleh letih."

"Tak boleh stress."

"Jangan duduk tempat panas lama sangat."

"Makan betul-betul."

"Pakai baju longgar."

...dan macam-macam lagi doktor bebel. 😂

Sakit apa?

Biar jelah sampai situ. Yang penting memang sakit. Dan sakit tu cukup untuk buat aku berhenti buat benda yang selama ni aku paling enjoy.

Jogging.

Briskwalk.

Running.

Eh jap... aku sebenarnya bukanlah runner sangat pun. Aku ni lebih kepada easy running. Jogging tu... eh apa beza eh? Hahahahaha. Takpelah, kita sambung cerita.

Kalau dulu, balik kerja tiga hingga empat kali seminggu memang rutin aku keluar berlari. Tak kisah dekat mana, asalkan dapat keluar peluh.

Lepas sakit...

Dua minggu aku duduk rumah.

Tak ke mana.

Tapi degil tu tetap ada. 😂

31 Oktober 2025 aku sempat pergi Night Run. 5KM.

Walaupun masa tu masih sakit, aku berjaya jogging hampir 3KM tanpa berhenti. Tak jalan langsung. Aku pun pelik macam mana boleh lepas.

Kemudian...

8 November 2025.

Aku keluar lagi.

Kali ni 3KM je.

Tapi dah mula semput.

Dan tanpa aku sedar...

Itulah antara larian terakhir aku.

Lepas tu...

Masa berganti masa.

Waktu berganti waktu.

Hmmmmmm...

Semua benda tu aku tinggalkan perlahan-lahan.

Balik kerja dah bukan lagi rutin cari track.

Balik kerja jadi rutin cari makan.

Weekend dah bukan bangun pagi untuk tengok kasut running dekat pintu.

Weekend jadi...

"Hari ni nak pergi mall mana?"

"Restoran mana kita nak try?"

Stress kerja.

Keadaan diri yang tak memberangsangkan.

Aku cakap dekat diri sendiri...

"Kita hold jap."

Kononnya sekejap.

Rupanya...

Berbulan-bulan.

Kemudian...

Putrajaya datang tanpa diundang.

Tak ada expectation langsung.

Bila diajak berjalan, dalam kepala aku...

"Wah... opportunity."

"Ni lah masa nak test drive diri sendiri."

Dengan yakinnya aku cakap,

"Jomlah run. Boleh ni. Kasut ni okay."

Terus kena checkmate.

"Tu bukan kasut running. Berat."

"...jalan je lah."

"Awak kan jalan laju."

Okay.

Another Checkmate.

😂😂😂

Haah...

Memang betul pun.

Kasut tu berat.

Tapi sumpah material dia sedap.

Lembut.

Dalam dia ikut bentuk kaki.

Eh... aku promote kasut pulak dah.

Sudahnya...

Tak run pun.

Jalan laju je.

Hahahahaha.

Lepas tu...

Trip Melaka pula.

Aku di tanya,

"Jauh tak ni, Sha?"

Aku jawab dengan sangat menyakinkan...

"Jauh."

Aku sambung,

"Sejauh mata memandang, berat lagi bahu yang memikul."

Dengan muka paling sinis yang aku mampu buat.

😂😂😂

"Okay... cukup satu pusingan ni 10KM."

Aku tambah lagi tanpa keraguan

Kite pusing sana, pastu pusing sini... Ending die 10km

Sekali lagi aku senyum kambing

"10KM?? Awak pasti" 

Alamak... 

Beliau cek jam... 

Kejap... Jap ade map ke? 

Dalam kepala aku...

Harap sangat orang depan aku ni percaya

Alhamdulillah.

Plan aku menjadi.

Sebab aku sebenarnya nak pergi Kampung Morten.

Bukan sebab nak lari.

Sebab nak makan nasi lemak ayam goreng dekat situ je.

HAHAHAHAHAHA.

Akhirnya termakan jugak umpan.

Dah pakai full running gear.

Ending dia?

Tak lari.

Tak jogging.

Tak briskwalk.

Kami duduk.

Sembang.

Sharing stories.

Sharing thoughts.

A very intimate session.

Jenis sembang yang kita cuma akan ada dengan orang yang kita betul-betul selesa.

Kadang-kadang...

Bila fikir balik...

Tak run pun tak apa.

Sebab malam tu aku balik dengan hati yang lebih ringan.

Lepas tu...

Running terus jadi mimpi yang belum menjadi nyata.

Briskwalk pergi pejabat setiap hari?

Errr...

Yang tu aku tak kira.

Tu bagi aku berjalan biasa je.

Briskwalk ni kena jalan macam nak kejar medal walkathon.

Barulah feel dia sampai.

Hahaha.

Tapi...

Makin hari...

Makin rindu.

Rindu nak berlari

Haah.

Rindu dekat orang yang teman berjalan dekat Putrajaya dengan Melaka tu pun betul jugak.

HAHAHAHAHAHA.

Aduiiii.

Kat sini pun sempat lagi interprem.

Haish.

Okay sambung.

Hari ini.

26 Julai 2026.

Aku berjaya maintain easy running sejauh 1KM.

Pace?

8 lebih je.

Tak laju.

Tak hebat.

Tapi...

Untuk seorang yang pernah fikir mungkin dia dah takkan berlari lagi...

1KM ni rasa macam jauh sangat.

Aku tak nak gelojoh.

Aku nak tengok dulu macam mana badan aku respond.

Aku nak adjust balik jadual.

Aku nak biasakan semula badan ni.

Kalau dulu aku selalu fikir,

"Berapa jauh aku boleh lari?"

Sekarang aku cuma fikir,

"Macam mana aku nak kekal berlari."

Sebab yang susah sebenarnya bukan nak start.

Yang susah...

Nak konsisten.

Doakan aku ya.

Mungkin ini baru Running Life #1.

Mana tahu...

Suatu hari nanti kita jumpa pula Running Life #100.

Dan semoga masa tu...

Aku masih lagi ketawa dekat tengah-tengah cerita macam hari ni.

Marilah bersenam demi kemajuan negara, bangsa dan tanah air.

Sekian.

Terima kasih.

Lots of lov3. ❤️🩷💜


UNIVERSITI KEHIDUPAN CERITE ASAL PAKCIK RENJER KEM INTAN SURAYA

Kisah Nasihat Orang Tua Tua :-


Hari ni, rasa macam nak menulis lain sikit daripada hari-hari biasa. Angin dia lain macam. Sebab apa tahu? Sebab hari ni hati rasa nak patah balik ke belakang, jauh sangat... Kita kayuh balik masa ke tahun 2003, betul-betul di Tapak Perkhemahan Intan Suraya.

Zaman tu, tahun pertama bergelar penuntut di Politeknik Ungku Omar. Sebuah menara ilmu yang megah terbina di Lembah Kinta, Ipoh Bandaraya, Perak Darul Ridzuan. Ha, siap pakej lagu tema lagi aku bagi untuk korang semua!
Kalau tak silap, perkhemahan tu berlangsung selama 3 hari 2 malam. Biasanya, kalau sebut pasal *kem*, mesti korang *expect* aku nak cerita bab mistik dan seram, kan? Tapi tak. Bukan itu yang melekat di hati sampai sekarang.

Cerita ni sebenarnya adalah pasal satu perkongsian daripada Ketua Renjer kat situ. Nama beliau aku dah tak ingat—yalah, benda dah berlaku 23 tahun yang lepas, kan?

Kisah ni bermula pada waktu pagi, selepas selesai sesi senam sihat. Hari tu hari terakhir aku dan kawan-kawan di Kem Intan Suraya. Sebelum balik, Pakcik Ketua Renjer ni pun kumpulkan kami semua untuk sampaikan amanat terakhir buat bekal kami meneruskan kehidupan.

"Siapa yang masuk hutan semalam dapat luka-luka, angkat tangan!" tanya Ketua Renjer dengan suara tegas.
Ramai yang angkat tangan.

Dia tanya lagi, "Siapa yang bajunya kotor berlumut sebab masuk hutan semalam?"
Masih ramai yang mengaku dan angkat tangan. 

Akhir sekali, soalan cepumas keluar:
"Siapa yang langsung tak luka, langsung tak kotor... Sila angkat tangan."
Well... Dengan berlagaknya, aku pun angkat tangan tinggi-tinggi. Bangga tau! Dalam hati fikir, tak sia-sia pengalaman masuk hutan dan *camping* dari umur 10 tahun sampai 17 tahun. Masuk hutan bersih, keluar hutan pun maintain bersih!
Tapi, korang tahu apa pakcik tu balas?
"Orang-orang yang bersih nilah sebenarnya yang paling rugi. Sebab korang tak ada kenangan langsung pasal tempat ni. Intan Suraya takkan *special* kat hati korang sebab korang keluar tanpa ada kesan langsung daripada tempat ni."

Dush! Sebiji pakcik tu bagi. Aku yang tengah tersengih tadi terus terkedu. Eh pakcik ni, patutnya pujilah kita sebab pandai jaga diri, ni dah macam kena penampar sulung pula! Gitu dia bagi *plot twist*.

Lepas tu, Pakcik Renjer tu makin ligat. Kali ni dengan bangganya dia kata dia boleh teka kami ni anak nombor berapa berdasarkan pemerhatian dia selama 3 hari tu. Hebatnya, semua yang dia teka, betul! Dia kata, pengalaman 20 tahun jadi renjer dan fasi kem buatkan dia dah masak sangat dengan psikologi dan perangai manusia.

Ok, *fine*... Kita tengok dia boleh pergi sejauh mana.
Aku pun angkat tangan. "Encik, kalau hebat sangat, saya anak nombor berapa?" tanya aku sambil tersengih memandang tepat ke wajah dia.
Pakcik Renjer balas pandangan mata aku. Lama. Aku tak beralih pandang, mata bertentang mata, senyuman kat bibir ni langsung tak pudar. Sikit pun tak rasa seram atau takut. Saja nak test, sebab aku tahu kalau aku tersalah langkah, dia mesti dapat teka dengan tepat.
"Hmmmm... Awak ni... Susah sikit saya nak teka," kata pakcik tu, mula ragu-ragu.

Kawan-kawan aku apa lagi, semua dah bersorak riuh! Akhirnya Pakcik Renjer bertemu dengan *ultimate enemy* dia! Aku masih tersengih, memandang tepat ke anak mata dia. "Encik boleh teka semua orang dengan tepat... Takkan saya seorang pun tak boleh?"
Makin kuat sorakan kawan-kawan. Sengaja bakar line!
"Baiklah, saya teka... Walaupun agak kabur, saya rasa awak anak sulung!"
Aku terus hilangkan sengih. Wajah bertukar serius. "Kenapa tuan kata saya anak sulung?"
"Sebab dalam masa 3 hari ni, saya tengok awak yang *lead* kumpulan awak. Awak tak takut dengan saya, awak berani buat keputusan. Semua ni ciri-ciri pemimpin, dan selalunya anak sulung yang ada sifat macam ni. Cuma... Kadang-kadang saya ada nampak sisi manja awak sikit. Itu yang buat saya konfius. Tapi anak sulung pun ada yang manja, kan?"

Aku matikan terus senyuman. Wajah sengaja dipamerkan dengan riak *'defeated'*—kononnya mengalah dan tekaan dia tu betul.
Pakcik Renjer dah mula tersenyum menang. "Betul kan jawapan saya? Saya mana pernah salah."
Aku dengan selamba senyum sinis dan berkata, "Betullah encik tak pernah salah sebelum ni... Tapi bukan untuk kali ni. Sebab... Saya sebenarnya anak bongsu."
Ha! Ambek kau! Aku tersengih puas sebab berjaya buatkan Pakcik Renjer salah teka untuk pertama kalinya dalam tempoh 3 hari tu. Riuh-rendah satu tapak perhimpunan tu kawan-kawan bersorak.
Akhirnya pakcik tu terpaksa akur sambil tersenyum kambing. "Ah, patutlah... Saya nampak sisi manja awak tu, cuma sisi tu tak keluar sangat. Yang menonjol lebih kepada sifat memimpin. Sebenarnya wujud anak bongsu yang absorb semua perangai kakak dan abang atas dia... Sampai hilang perangai sendiri. Ini di panggil The art of copycat"

Ehhhhh, gitu eh pakcik! Macam tu je dia kata aku ade Art Of Copycat. 

Lepas daripada usik-mengusik tu, ayat pakcik tu buat aku terfikir dalam-dalam sampai sekarang.
Apa yang boleh buatkan seseorang tu berubah menjadi "bukan diri dia yang sepatutnya"? Contohnya macam aku. Kenapa aku tak jadi macam anak bongsu yang lain—yang manja, yang sentiasa nak bermanja? Kenapa aku lebih selesa menyerap perangai Along dan Angah? Kenapa aku lebih suka memimpin daripada dipimpin?

Sebenarnya, kenapa aku berani angkat tangan dan cabar pakcik renjer tu dengan penuh yakin? Sebab aku tahu, tak ada orang yang akan dapat baca siapa aku yang sebenarnya.

Zaman sekolah dulu, aku bukan jenis yang lembik, jenis yang sikit-sikit nak patah patah, sikit-sikit nak mengadu. Memang tak ada maknanya aku nak merengek sana-sini. Aku selalu bawa hal sendiri, berdikari.

Kalau sekarang aku cakap macam ni, mesti ramai orang tak percaya, kan? Sebab yalah... Sekarang kat media sosial nampak macam tergedik-gedik sana sini, happy go lucky selalu, bile time kerje menyendeng sana sini, tersenyum sengeh, memang nampak sangatlah bongsunya... Tapi masih je ade orang tak dapat teka aku anak nombor berapa.... Tapi tulah... Manusia ni kan penuh rahsia.

Kata Pakcik Renjer tu lagi, perangai seseorang akan berubah-ubah mengikut keperluan hidup. Soalannya: Adakah perangai korang hari ni masih sama macam zaman sekolah dulu, atau korang dah berubah?

Kalau tanya aku... *Of course* lah berubah. Banyak sangat berubah.
Time aku sekolah dulu, aku hanya akan bercakap dengan orang yang berada dalam *circle* aku sahaja. Sebab apa? Sebab aku ada masalah kepercayaan (*trust issue*) yang sangat berat dengan orang luar circle . Kalau korang pernah baca cerita pasal 'MALIK' yang aku pernah kongsi dulu... Haa, sebab itulah aku lebih suka berkawan dengan buku daripada manusia. 

Masa zaman sekolah, aku pernah kena *backstab* dengan orang yang bukan dqlam circle aku. Benda tu sakit, dan parutnya buatkan aku bina tembok yang tinggi dan membuatkan aku judging dengan semua manusia yang ada. 

Sekarang ni, adakah tembok tu dah runtuh? *Nope*. Aku masih ada *trust issue*. Aku susah nak percaya orang. Adakah bermaksud aku anggap semua orang jahat? Tak. Cuma aku takkan letak kepercayaan pada sesiapa sehinggalah mereka betul-betul buktikan yang mereka layak dipercayai.

Bila dah masuk alam pekerjaan, *trust issue* ni jadi makin parah. Sampai ke satu tahap, aku rasa aku dah tak mampu nak ada istilah 'kawan baik' dalam kehidupan bekerje... Tambahan pula bila kita anggap orang tu rapat dengan kita tapi dalam yang sama mengutuk kita... Semua orang yang datang, cukup sekadar seorang kenalan. Kasihan, kan? Jangan kasihan... Sebab jika kita tak berbuat begini... Entah berapa banyak lagi invisible pisau ni melekat di belakang kita. 

Tapi itulah realiti Universiti Kehidupan yang membentuk aku hari ni.

Pakcik Renjer tu ada pesan satu benda yang aku simpan dalam minda sampai hari ni:

 "Kehidupan itu adalah satu sesi pembelajaran. Tapi bezanya dengan sekolah atau universiti ialah... KEHIDUPAN akan beri kita UJIAN dahulu, kemudian barulah kita BELAJAR daripada ujian tersebut."

Tapi tulah, ada satu ujian yang kita selalu hadapi berulang kali, tapi kita tetap tak pernah nak belajar. Contoh mudah: kita tahu sepatutnya kita kena bagi tumpuan masa cikgu mengajar, tapi kita main-main. Lepas tu, bila nak dekat exam, barulah kelam-kabut nak *study last minute*.
Hampir semua orang buat macam tu, kan? Akhirnya, kualiti kehidupan kita takkan pernah meningkat sebab kita asyik gagal belajar daripada kesilapan yang lepas, gagal faham kenapa Allah uji kita benda yang sama.

Padahal, setiap ujian yang Allah berikan dalam kehidupan ni, sentiasa—dan pasti—ada solusinya. Allah takkan sesekali bebankan hamba-Nya kalau hamba-Nya tak mampu.

Berbalik kepada sistem universiti biasa; sebelum exam, kita akan belajar dulu. Kita dah tahu subjek apa nak kena hafal untuk exam nanti. Tapi dalam Universiti Kehidupan... Tahu-tahu je kita dicampak dengan ujian—sama ada berat atau ringan. Tup-tup kita terus rasa stres, konfius, mula menyalahkan takdir, dan mula mempersoalkan, *"Kenapa aku? Kenapa Allah buat aku macam ni?"*

Jawapan Pakcik Renjer mudah sahaja:
"Sebenarnya, korang dah dibekalkan dengan *skill* untuk selesaikan masalah korang pun... Cuma korang je yang tak sedar. Sebab itulah ayat-Nya berbunyi:

 **Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.** 

Maksudnya apa? Apa jua masalah yang korang hadapi sekarang, yang nampak macam *impossible* pada mata korang, sebenarnya adalah *possible* di sisi Allah."

Jadi, kalau satu hari nanti korang rasa *lost* sangat, rasa macam dah buntu... Tolong jangan pernah tinggal untuk 'Bermesyuarat dengan Allah'. Bangun malam, buat solat Istikharah, buat solat Tahajjud. Nangis dan doalah sepenuh hati, minta Allah tarik tangan kita keluar daripada jalan buntu tu. Jangan pernah berhenti berharap pada-Nya.

Universiti Kehidupan akan sentiasa menjadi tempat untuk kita menimba ilmu, belajar menyelesaikan masalah, belajar mendepani kesusahan, dan yang paling penting: 

**Belajar untuk bersangka baik dengan setiap ujian yang datang.**

Kenapa kena bersangka baik? Sebab ujian tu datang daripada Allah Yang Maha Pengasih. Jangan tengok masalah tu dari satu sudut pandangan yang sempit sahaja. Cuba analisa, cuba letakkan diri kita dari sudut pandang yang lain (POV yang berbeza).
Tanya pada diri menggunakan *WH-Questions*:
 * Apa yang Allah nak tunjuk sebenarnya?
 * Kenapa benda ni kena jadi kat aku?
 * Apa yang Allah cuba nak ajar pada hati aku?

Bila kita mula mencari hikmah, insya-Allah, hati kita akan jadi lebih tenang, jiwa jadi lebih lapang, dan urusan kita akan jadi lebih mudah untuk diuruskan. Masa tu, barulah kita akan nampak 'mesej cinta' yang Allah nak sampaikan di sebalik air mata kita.

Sebab tu, kalau ingat balik cerita Pakcik Renjer kat awal-awal tadi pasal tiga kumpulan manusia dalam hutan:

Kumpulan Pertama (Langsung tak luka/tak kotor): Mereka ni kononnya dah puas belajar seluk-beluk hutan (ujian). Mereka tahu jalan pintas, mereka tahu macam mana nak elak masalah. Orang lain guna trek asal, tapi geng ni nampak solusi di tempat lain. Walaupun terpaksa jalan jauh sikit, mereka sanggup sebab mereka tahu itu yang terbaik.

 Kumpulan Kedua (Kotor tapi tak luka): Mereka ada sikit pengalaman. Mereka tetap ikut laluan asal, mereka tahu ada bahaya kat depan tapi mereka teruskan juga sebab mereka dah tahu macam mana nak *avoid* bahaya tu berdasarkan pengalaman yang sedikit tadi.

Kumpulan Ketiga (Luka-luka dan kotor): Ini adalah kumpulan yang pertama kali menghadapi ujian hidup. Mereka terpaksa belajar cara nak hadapi ujian tu secara *live*. Terjatuh, tergolek, terpegang duri, dahan patah, tergelincir... semua mereka rasa! Tapi hebatnya, mereka tak patah balik, mereka tetap merangkak menghabiskan ujian tersebut. Dan korang tahu apa yang mahal? Setiap kali mereka jatuh, setiap parut luka tu... Itulah yang akan paling melekat dalam ingatan dan mendewasakan mereka untuk hadapi hari esok.

Jadi kawan-kawan, jangan pernah takut untuk terluka. Jangan pernah takut untuk jatuh tersungkur. Sebab di pengakhiran cerita nanti, Allah takkan pernah kejam untuk seksa hamba-Nya. Allah takkan sengaja nak susahkan hidup kita.
Allah cuma mahu mendidik, mengajar, dan mahu kita buka mata hati luas-luas untuk melihat betapa indahnya hikmah di sebalik sebuah takdir.

Maka dengan itu... Berakhirlah coretan mengenai Kem Intan Suraya yang penuh dengan tamparan nasihat daripada seorang Pakcik Renjer.

Ambillah apa yang baik daripada cerita ni. Yang kurang tu, jadikanlah ia sekadar bacaan santai korang di waktu lapang.
Aku memang suka dengar orang tua-tua bersembang pasal pengalaman hidup mereka. Sebab bagi aku, cerita mereka selalu ada pengajaran luar kotak yang tak ada jual kat kedai buku.

Insya-Allah, kalau ada rezeki, nanti aku ceritakan pula pasal kisah nasihat daripada arwah kawan abah aku. Mana tahu, kot-kot cerita tu boleh korang guna untuk panduan hidup, ataupun sekadar menjadi *comfort story* penenang hati korang, kan?

Semoga perkongsian yang tak seberapa ni bermanfaat untuk semua.

Lots of  Love ♥️ 
C Ya When I C Ya 💜

Warkah Buat Kanda Yang Annoyingly Comel....

Ini bukan surat cinta biasa...

Ini surat cinta yang tidak pernah terfikir akan wujud dalam dunya penceritaan kita.

​Kepada insan yang tidak pernah dijangka, namun tiba-tiba menyinggah dan menyinari hari-hari dinda yang dulunya sepi tanpa sebarang rentak. Insan yang membuatkan sebutan perkataan 'Kanda' dan 'Dinda' itu kedengaran sangat mahal. Sehinggakan setiap kali berbicara menggunakannya, terasa diri dinda seakan sedang bertakhta indah di dalam lubuk hati si penyebutnya.

Kanda ku,

Kehadiran surat ini bukanlah untuk membuatkan kanda pening kepala mahu pun sakit hati. Tapi, saja... dinda memang suka buat macam tu. Geram juga dinda kadang-kadang, sebab kanda selalu sangat tak faham lawak dinda! Penat dinda perah otak fikir punchline yang paling kelakar, rupanya kanda langsung tak dapat detect. Haishlah kanda ni... sejenis loading yang comel tapi bikin dinda gigit bibir!

Kanda ku,

Perjalanan yang kita pilih ini bukanlah sebuah jalan yang mudah. Sejak dari awal lagi, kita berdua sudah tahu bahawa trek yang kita lalui ini penuh dengan onak duri, paya bakau, kelapa sawit, curam yang dalam, cuaca yang tak menentu, bahkan mungkin ribut taufan yang sedia melanda. Tapi pelik kan? Kita masih tetap memilih untuk melangkah dan melaluinya juga, berdua.

Kanda ku,

Jika engkau mengharapkan sebuah jalan cerita cinta yang penuh dengan kegilaan drama, maka... hahaha, dinda mengaku dinda tak cukup gila untuk itu. Mungkin cara dinda mencintai seseorang itu sikit berbeza daripada wanita lain. Dinda lebih suka memerhati dalam diam, suka mendengar dengan tekun, dan suka memahami tanpa lelah. Dinda cuma berharap, dinda dapat menyalurkan tenaga ketenangan di sebalik keributan hati kanda, dan memberikan seulas senyuman yang mampu membuatkan hari-hari kanda yang dingin kembali bercahaya.

Kanda ku,

Untuk pengetahuan kanda, sometimes you really annoy me. Tahu tak kenapa? Sebab bila dinda rasa nak marah atau merajuk, terus tak jadi! Macam mana dinda nak marah kalau kanda bagi 'muka' macam tu? Agaknya lepas ni, kalau dinda tengah geram, dinda kena tutup mata dan tutup telinga rapat-rapat. Marah bagi habis dulu, baru dinda buka mata balik. Senyuman kanda, gelak tawa kanda... semuanya terlalu cukup untuk mencairkan sekeping hati dinda. Gerammm je dinda tengok tahu tak?

Kanda ku,

Dinda tidak pernah tahu yang perasaan seindah ini sebenarnya ada tersimpan kemas untuk kanda. Tidak pernah dijangka, tidak pernah cuba difahami, malah tidak pernah cuba diperhati sebelum ini. Kehadiran kanda sekarang sudah cukup menyenangkan hidup dinda. Sesi berbincang, berborak, dan berfikir bersama... cuma tulah, bab nak sembang merepek dan merapu tu, frekuensi dinda dengan kanda belum betul-betul sync lagi. Mungkin sebab kita terlalu banyak berbicara hal-hal serius sebelum ini, kan?

Kanda ku,

Aturan Allah tu sangat cantik, kan? Jika rasa ini hadir lebih awal dalam hidup kita, mungkin jalan ceritanya tidak akan sama macam hari ini. Mungkin kita akan menjadi pelik, mungkin kita tak berkawan, atau mungkin kita langsung takkan bertegur sapa dah. Tetapi Allah Maha Adil. Dia telah menyediakan waktu dan keadaan yang paling tepat untuk membuatkan kita percaya... sebenarnya apa yang kita ada hari ini, jauh lebih dalam daripada itu. Lebih dari sekadar seorang kenalan, dan jauh lebih bermakna daripada seorang kawan. Rupanya, tanpa kita sedar, dah lama hati dan perasaan kita berdetak ke arah kasih dan sayang yang sama.

Kanda ku,

Di hujung warkah cinta dinda buat mu ini, kutitipkan setulus doa dan harapan. Semoga yang terbaik sahaja yang Allah bentangkan buat kanda dan dinda, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui setiap yang tersirat. Dinda tahu, apa yang ada di hadapan kita ini seakan sebuah perkara yang mustahil. Tetapi dinda sangat percaya, semua yang terjadi pasti ada sebabnya, dan semua pertemuan ada jalan ceritanya yang tersendiri.

​Terima kasih, kanda... kerana sudi membuka pintu dan berbicara mengenai isi hati serta perasaan kanda pada dinda. Terima kasih kerana tidak menyimpannya sendirian sebagai rahsia. Dan terima kasih yang paling dalam, kerana kanda telah mengambil seluruh keberanian yang ada demi memastikan dinda tahu apa yang terbuku di dalam dada kanda.

​Dan ketika saat ini... dinda mahu percaya pada apa yang ada sekarang. Bersyukur dengan setiap detik kebahagiaan yang dipinjamkan, dan meredhai setiap helaian Qada & Qadar yang telah dituliskan. Sehingga saat itu tiba...

Stay a little longer.

Stay until Allah says so.

And please... do not let your heart give up on me.

— Dari Dinda Yang Selalu Geram Dengan Kanda

MiloAisSechawan

“Milo ais satu!” Kalau dapat Milo Dinasour lagi nalek Itulah aku. Makan Milo. Minum Milo. Tidur Milo. Kalau boleh mandi Milo, mungkin dah la...