Alien invasion
Tengah aku bekerja seperti biasa di dalam bangunan Aeon ini, tiba-tiba terdengar jeritan yang tidak berapa jauh dari butik aku. Semua orang terpinga-pinga dengan jeritan tersebut, orang ramai berkeliaran berlari tidak tentu arah mencari tempat perlindungan. Pekerja-pekerja Aeon sudah tutup beberapa pintu dan pintu di antara pembahagian bangunan untuk memisahkan kami dengan situasi yang kami sendiri tidak pasti apa yang berlaku sehingga orang ramai lari bertempiaran.
Kami duduk diam, sambil memandang diantara satu sama lain, ada yang berpelukan. Manakala aku pula sudah brrsedia mengunci shutter supaya tiada siapa boleh masuk. Keadaan menjadi hening sementara menunggu segala-gala yang terjadi selesai. Kami terkurung selama satu hari setengah, dan pekerja Aeon perlahan-lahan membuka shutter yang menghubungkan kami dengan pintu keluar.
Situasi di luar sudah sunyi dan kembali tenteram, ya kami masih kebinggungan dengan apa yang berlaku. Ada diantara kastemer yang bersama kami hanya menyatakan bahawa beliau lari kerana bunyi jeritan dan dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku. Tetapi pekerja Aeon pula sebaliknya, mereka sudah tahu apa yang berlaku dan sebab itu mereka menutup semua shutter yang menghubungkan kami dengan pintu keluar.
"Ada sekumpulan orang, membunuh dengan membabi buta. Mereka menembak sesuka hati"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
JANJI YANG TAK TERUNGKAPKAN : BAB 6 SURAT DAN KERIS
Majlis penyampaian hadiah pertandingan Suatu Hari Yang Indah berlangsung di sebuah dewan acara yang dihias dengan konsep moden dan klasik. D...
-
Wait Until You See the Whole Movie... Untuk pengetahuan korang aku bekerja di tempat menjual CD, DVD dan VCD, jadi apa-apa yang terjadi ...
-
Berkesan??? Does it Really Work??? or not??? sebelum aku mencuba dan membeli Inner Shine Pati Prune dan Camu Camu ini, aku search thr...
-
PROLOG Melaka, 1526 Bumi Melaka belum kembali tenang. Lima belas tahun telah berlalu sejak kota itu jatuh ke tangan Portugis, namun bagi ...
No comments:
Post a Comment