Hello Mr.DakGalBi welcome to IPOH muahh muahhh

Hye Oppa!!! Hye Ahjussi!!! 

Adekah mengkome, mengkome skalian pernah makan di tempat restoren Korea ini??? Kalau korang pernah, mesti korang semua tahukan bagaimana rupa Mr.DakGalbi ni kan? Aku pun bukan lah pertama kali makan bende ALLAH ni, tapi dulu aku macam was was sikit jadi aku tak makan banyak, aku kutip2 sayor dia je makan... Haish sebab aku ni banyak tengok cerita korea maka aku rase semua bende pon diaorang akan letak pork pork sebagai bahan perisa, kadang kadang kita tak nampak tapi cara mereka buat sos atau peperapan dia, mereka akan selit selitkan rasa pork pork... Kalau korang pernah pergi Korea atau selalu tengok cerita Korea korang akan faham dan tahu citarasa mereka macam mana... Oleh kerana daging lembu mereka sangat mahal maka pork pork adalah pilihan untuk makan daging yang orang orang korea ada.
Berbalik kepada cerita Mr.DakGalBi yang baru bertapak di bumi Ipoh ini, maka 1/5/18 bermulalah perniagaan mereka di Aeon Station 18 Ipoh. Aku dengan kawan kawan aku pun sangat kepochi untuk melihat ape yang telah terjadi di kawasan kejadian, wow sungguh tidak menyangka bahawa kedai Korea iniiiiiiiiiii... Ade empat meje je yang ramai orang.
Aku ngan kawan aku pon... Owhhh okay lorhhh so kami hanya bertanya khabar harga dan teruskan perjalanan kami dengan niat jap lagi dalam kul satu or dua kami akan kembali ke restoren tersebot.

Oppa!!! THANKIU for cooking for us
Kiteorang pon kembali ke restoren Mr.DakGalBi dalam kul 1.30 petang, Ya ALLAH!!! Ramainyaaaa Mak Ngah ooiii!!!! Full house, sampai terpaksalah kami mengambil nombor giliran untuk makan, nasib baik tak payah tunggu lama. Lepas aku dan kawan aku masuk, aku dapat melihat yang barisan pelanggan makin panjang dan panjang, GILALAH orang Ipoh memang suka mencuba benda baru ke? Dan ini lah pertama kali kat Station 18, orang Cina, India dan Melayu beratoq sama sama nak makan kat kedai yang sama... Selalunya aku nampak Canton i dan Kim Gary je ade orang beratoq, jadi barisan kali ni panjang dia lagi dahsyat ler.
Seperti yang korang lihat di dalam Gambar, itu aku dan si Ikan Merah... Kami berdua datang dulu dan order makanan sebelom seorang lagi datang mengjoin. Lepeh kami membuat order, makanan dengan kadar segera sampai ke meja kami, dan pekerje pekerja yang kiut miut, encem encem berlaka datang ke meje bersedia untuk masak di atas kuali leper untuk anda. BAU wangian yang keluar daripada makanan yang di masak membuatkan ayaq liur anda meleleh, bunyi desiran di atas kuali leper seakan akan lagu Jampi nyanyian Hael Husaini yang sedang menjampi anda anda semua dan membuatkan anda semua tidak sabar untuk makan. Melihat pula pada oppa korea yang masak untuk anda, gerak gerinya seakan akan menari mengikot rentak lagu Rythm Ta oleh iKON.. dengan nasi di gaul gaulkan dengan ayam yang bersalut dengan sos merah pedas, guchang... Dalam kepanasan nasi goreng tersebut di letakkan cheese dan kemudian di biarkan nasi goreng itu bersama cheese di dalam... Kita boleh melihat cheese meleleyh leleh keluar dari celah celah nasi... Dan membuatkan anda lagi rase macam sabar nak makan... YUMMMM
Tak cukup dengan nasi goreng korea, di masakan pula meggi goreng dengan sos pedas tersebut... Di kacau kacau, di golek golek de depan mata anda... Dalam masa beberapa minit terhidang dan tersedialah makanan DakGalBi di depan mata anda.
Selain main course dia, side dish yang di sediakan ialah makanan asasi orang orang Korea iaitu Kimchi... Sayor kobis dan juga jeruk lobak putih... Sedap tau jerok lobak lobak putih tuu... Hahahahaha
Tapi kannn selepas si Crystal Lee ni datanggggggg......

Stage Clear... YUMMM!!!

Oppa yang masak untuka kiteorang tu terus puji dia Yeppoooyooo atau dalam bahasa inggerisnya you are Beautiful... Hadoiiyaii bang, Aku ni ngan Ikan Merah dok ler tertonggok depan ko ni... Sepatah haram pon tak de... Cume senyuman yang engkau leparkan kepada kami berdua... Wahai oppa kejamnye dikau... Sampai hati engkau diam seribu bahasa walaupun senyuman yang engkau sedekahkan... Huhuhu layan jeee... Janji makanan dia A... Kiteorang tak order ayor sebab ayor kosong dia free so kteorang minom ayor koson je... Kalau korang jenis tak kesah macam kiteorang ayor koson tu pon dah cukup dan siap boleh refill lagi. Bukan setakat ayor koson yang boleh refill, side dish dia pon boleh tambah kalau korang dah habiskan.
Konklusinya di sini, kalau korang jumpa restoren ini di mana mana... Make sure nama dia Mr.DakGalBi taste from Korea dan Halal, sebab sekarang dah banyak dah restoren Korea jual DakGalbi... Cuma takoot ade yang tak halal je okeyh... Selamat menjamu selera semua, semoga apa yang aku tulis nie dapat membuatkan anda anda semua tak sabor nak pergi merasa makanan Korea ini... Daaaaaaaaa

P/s: Maybe Msg dia too strong so i need lots lots of plain water to remove all the side effect of the Msgs... But its taste gooddddddd

Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu