GREEN CURRY... KFC
Jalan-Jalan Cari Makan part 2
Adakah anda pernah mencuba menu terbaru ini daripada KFC... dengan hanya melihat iklannya di televisyen pasti membuat anda teruja dan ingin terus ke KFC dan merasainya sendiri... Jadi apa yang aku lakukan... ofkoslah aku sendiri akan merasai bagaimana rasa Kari Hijau yang popular di negara Gajah Putih ini... Jadi melangkah lah kaki aku bersama-sama dengan kawan-kawan aku ke KFC. Seperti mana-mana kedai makan, restaurant, hotel dan tidak ketinggalan restaurant makan segera... rasa sedap sesuatu makan itu terletak di tangan pekerja atau chef yang mengendalikan makanan di tempat tersebut. Kalau korang nak tahu aku pernah makan KFC yang rasa masinnya teramat sangat... agaknya kitchen crew dia nak khawin sangat dah kowt... hahahahaha
KFC Green Kari: maaflah kuah dia aku letak ckit... sebab aku makan ckit-ckit huhuhuhu |
Coleslaw itu sudah rasa lemak, kari kene pekat baru lah saling mengimbangi... nasi putih dan ayam spicy... rasa kepedasan yang tidak terlampau sudah cukup membuatkan anda makan tanpa melihat kiri dan kanan... sudah pasti anda tidak mahu berkongsi kuah kari hijau anda dengan orang lain... jadi saya bagi 4 bintang close to perfection but da curry just tooo runny... anda sudah baca, anda sudah boleh bayangkan bagaimana rasanya... apa lagi... jalankan lah kaki anda ke KFC berdekatan... jangan lupa bawa ahli keluarga pergi merasainya skali... selamat mencuba selagi promosi masih ada...
p/s: kalau korang pergi KFC jangan lupa try potatoes waffle cheesy... memang sedap yang ni aku kasi 4 setengah bintang
Comments
Post a Comment