CHEESE TART... Mr.Siew Bao

Jalan-Jalan Cari Makan part 3



Hye fellas... how u guys feeling today... hari ini jalan-jalan cari makan Cik Kiess membawa anda semua ke sebuah kedai pastri... dan kedai pastri ini bukan jual pastri biasa tetapi lebih kepada kuih-muih daripada bangsa Tiong Ha dan dalam bahasa pasarnya ialah dari bangsa cina... aku dah lama pernah makan daripada kedai yang sama tetapi tiba-tiba suatu hari tiba-tiba dia dah hilang...ghaib... tidak wujud lagi di alam fana cinta isabella... hahahaha rupa-rupanya dah bertukar menjadi lebih cantik... ooowwwhhhh dah maju rupanya... baru aku tahu~ macam mana aku boleh termakan kuih daripada kedai yang bukan datangnya daripada buatan orang melayu ini... ini kerana ia terletak di dalam AEON. Dulu semasa Aeon masih bernama JUSCO aku juga pernah makan kuih Char Siew Bao, Curry Siew Bao dan butter cookies... hmmm kalau tak salah aku. Kesedapan kuih muih dari Mr.Siew Bao ini sentiasa di ingatan aku... walaupun sudah berzaman aku tak makan...

harga Cheese tart per piece: RM2.70


Daripada banyak pilihan kuih muih yang ada di Mr.Siew Bao ini, aku ingin mempromosi kepada korang sume CHEESE TART... kenapa aku tidak suggest Char Siew Bao ataupun Butter Cookie... ini kerana... kerana apa ae... mungkin sebab aku dan kawan-kawan aku suka makan kot... jadi!!!! kenapa kiteorang suka makan CHEESE TART ini??? pertama skali... Cheese Cream yang lembut dan gebu serta terdapat sedikit jam blueberry di tengah-tengahnya yang membuat deria rasa anda terbuka dengan lebih luas dan meinginkan untuk makan dengan lebih lagi... rasa masam blueberry itu dapat mengimbangi rasa cheese yang lemak berkrim di sukai ramai... manakala pastrinya pula... nipis dan rapuh... adakah rapuh itu bagus... atau dengan nama lainnya gebu... aku rasa bagus kerana ia tidak akan membuatkan si pemakan menjadi jemu dalam masa yang singkat... kerna jika pastrinya terlampau tebal... si pemakan akan cepat merasa kenyang dan berkemungkinan tidak mahu menghabiskannya.... jadi kolibrasi di antara Cheese Cream yang tebal, Bluberry Jam dan Pastri nipis yang rapuh adalah satu kolibrasi yang terbaek... sedap untuk di nikmati di mana sahaja... 4 bintang untuk CHEESE TART ini... tetapi hari ini nasib tidak baik dapat yang pastri tebal... jadi aku tarik balik setengah bintang kerana tidak konsisten dalam penghasilan pastri tart ini... SELAMAT MENCUBA

inilah rupa CHEESE TART... mengiurkan bukan...

cantik dan menarik... apa lagi cubalah sekarang
p/s: halal untuk di makan... jangan lupa untuk mencuba Char Siew Bao dan Curry Siew Bao

Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu