FROZEN the next

Fan Fic  FROZEN part 1


Ini bukan sambungan FROZEN yang sebenarnya... ini adalah hanya Fan Fiction yang di tulis oleh peminat tegar FROZEN... selain aku boleh mengasah kembali bakat menulis aku... aku juga nak try menulis balik dalam bahasa inggeris... dis will be in rojak languages... Now let's start this... how about we take FROZEN to the very cliché Disney princesses story.... its all begin like this

Prince Hans of Southern Isle telah di hantar pulang ke negara nya dan dia terpaksa menghadap 12 abang-abangnya untuk menjelaskan apa yang telah berlaku semasa lawatan baginda di negara Arendale. Ternyata kemarahan 12 abang-abangnya itu tiada penghujung ini kerana dengan apa yang telah di lakukan oleh Prince Hans, negaranya The Southern Isle menerima padah. Arendale telah menyekat sebarang urusan perniagaan dan ekonomi kepada negara itu sehingga suatu waktu yang di tetapkan, atau dalam maksud yang lain apabila luka di hati Queen Elsa dan Princess Anna telah terubat.

Prince Hans tidak sanggup lagi menerima tomahan dan cacian daripada abang-abangnya, sesungguhnya Prince Hans memang seorang yang tamak, dan sanggup untuk membuat apa sahaja supaya dia dapat apa yang dia kehendaki. Memang benar Prince Hans mahu menjadi seorang raja, tetapi di mana dan bagaimana dia sendiri pun tidak tahu akan tetapi di dalam kepalanya masih lagi terdapat tempat yang cantik bernama Arendale, dia mahu pulang ke situ dan kembali mendapatkan cinta Princess Anna. Prince Hans termenung mengenangkan nasib dirinya, dia berasa benci akan dirinya yang tamak itu, jika dia memberikan ciuman kepada Princess Anna pada hari itu dan bersama-sama mengembalikan Arendale kepada keadaan asal kemungkinan nasibnya lebih baik "OOOhhh Anna, im such a jerk" Putera Hans menangis seorang diri.

Sementara itu di negara Weselton, Raja di negara itu bengang sekali, ini kerana segala urusan import dan export dengan negara Arendale telah di batalkan sama sekali "Arrrgghhh!!!! apa yang kamu lakukan di Arendale, Kenapa, queen Elsa menghentikan sama skali pertalian persahabatan dengan negara kita? jawab duke!!! Jawabbbb!!!!" duke of Weselton menggigil ketakutan dengan kemarahan rajanya. "Dengan ini beta, menghukum Duke of Weselton di buang negara selama-lamanya dan tidak lagi di kenali sebagai Duke of Weselton!!!!!" "noooooooo!!!!!!!" kata Duke of Weselton. Dengan sehelai sepinggang, Duke di bawa menaiki sebuah bahtera untuk di hantar ke suatu kawasan terpencil, ini adalah akibat daripada tingkah lakunya dengan memanggil Queen Elsa sebagai Monster dan cuba membunuh baginda. Apabila sampai sahaja di sebuah tempat terpencil, Duke of Weselton pun di paksa turun daripada bahtera tersebut "Arendale~~~ aku pasti akan membuatkan engkau semua merana dengan apa yang telah kamu lakukan kepada aku, suatu hari nanti pasti akan tiba... Nantikanlah Elsa, Anna dendam aku pasti akan aku balas"

p/s: teruskan membaca.... FROZEN from my point of view


Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu