Posts

Showing posts from 2024

KITA KAWAN SAMPAI LEPAS KHAWIN YEEE....

Maksud di sini ialah bukan kawan sehingga khawin  TAPI Dah Khawin dengan orang lain pun still Kawan lagi. Tetiba je aku ada banyak benda yang hendak di tulis dan di kongsikan. Well walaupun aku suka main TikTok tapi untuk aku sekadar untuk bercerita, macam tetiba rasa poyo pulak guys, jadi aku pun menulis walaupun penggunaan bahasa aku tu ke sana ke mari. Fuhhh Tajuk kali ini bukan main - main guys.... isu yang menarik untuk di kupas dan di ulas kan betul tak... Mungkin ada yang bertanya, kalau dah khawin dengan orang lain tu, nak kawan apa lagi... hati dah pun terluka, emosi dah pun tercalar... macam mana nak stay kawan lagi... IMPOSSIBLE HAHAHAHAHA.... aku gelak dulu kenapa tajuk ini di pilih, kerana baru - baru ni ada kenalan aku berkongsi cerita di mana EX dia ialah kenalan aku juga dan dia bertanyakan "Kenapa hani tegur saya macam marah - marah kak, kenapa dia nak emosi, saya tegur dia elok - elok je?" jawab aku "ko expect ape? die sembang ngan ko happy happy macam ...

Melepak Sambil Berfikir ( Apa yang hendak di fikirkan)

  TAK PIKIR APE PUN... HAHAHAHA Kebelakangan ini, menulis mengenai diri sendiri seakan menarik pula bila di baca kembali, kenangan lama yang indah di tukar formatnya menjadi tulisan yang boleh di baca berkali - kali sambil tersenyum sendiri. Pejam celik - pejam celik tahun 2024 bakal berlabuh tirainya, aku melihat kembali blog milo ini, yang pada mulanya aku bersungguh untuk menghabiskan cerita tiktok aku itu namun tidak berjaya... hmmm kenapa agaknya, adakah aku terlampau sibuk, atau aku sudah malas untuk mengadap komputer yang dari siang hari aku menatap. Mungkin betul juga, setiap saat aku tengok bende empat segi ini, makin menyampah pula hahahahaha Baiklah marilah kita mulakan penceritaan, cerita ini tidak ada kena - mengena sama ada yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia tetapi hanya aku sahaja yang suka throwback... ibaratkan cerita novel yang pernah aku baca cerite ini terjadi tidak lama dahulu... jeng jeng jeng.... pada ketika dan saat ini, aku hairan kenapa korang ...

BARANG YANG LEPAS JANGAN DI KENANG.... BIARKAN IA BERLALU PERGI

Image
 PADA SUATU KETIKA DAHULU Sedang aku bersedia untuk menghadapi pertandingan yang aku sendiri tidak pernah terfikir untuk masuk. Satu pertandingan yang rupenye memerlukan masa dan perhatian yang sangat banyak, walhal kerja aku sendiri aku tidak terkejar, inikan pula bertambah - tambah di atas kerja dan fikiran. Tiba -tiba seperti angin lalu, kenangan menerpa kesegenap tubuh ku, seakan - akan perkara itu seperti baru berlaku semalam. Mungkin juga apa yang aku ingatkan hanya sebahagian daripada cerita dan sebahagian lagi mainan minda ku. Tidak mungkin aku boleh mengingati semuanya dengan nyata dengan jelas kerana ia sudah pun berlalu berpuluh tahun yang lepas. Cerita mengenai seorang budak berusia 18 tahun yang buat pertama kalinya mempunyai CRUSH, agak kelakarkan... kenapa umur 18 baru crush, bagaimana sebelum - sebelum itu, sebab budak ni perangai dia sangat - sangat confident level tak tinggi, sepanjang kehidupan sekolah dia, perasaan diri tu tidak cantik juga tinggi jadi sememangy...

Mi Amor Goes...... Tik Tik Tok For You (Episode 4)

Image
KEBAHAGIAN ITU MILIK KITA Sudah seminggu Ratna dan Anggun tidak berjumpa, alasan yang di berikan oleh Ratna dia terlalu sibuk untuk melepak dan meluangkan masa bersama Anggun. Anggun cuba memenuhi masa dengan membuat video - video asthetic, meng upload video - video daripada gambar - gambarnya sendiri. Mencuba memeriahkan akaun tik toknya, mencuba mengedit dan belajar menggunakan applikasi tersebut seorang diri. Anggun berasa bersalah kerana mengungkit kembali serta menyegarkan kembali kenangan yang tidak ingin di ingati oleh Ratna lagi.  Kebergegasan Ratna meninggalkan Anggun semalam membuatkan Anggun berfikir dengan mendalam, perpindahan Ratna ke Johor adalah beberapa hari sebelum hari pernikahan Ash. Adakah alasan ini yang membuatkan Ratna meninggalkan Kuala Lumpur sehinggakan Ratna tidak sempat memberitahu Anggun sebelum ke Johor. Adakah sesuatu telah berlaku yang sebenarnya tanpa Ratna bercerita dengan lebih mendalam atau Anggun sendiri yang tidak memberi ruang dan peluang kep...

MI AMOR GOES...... TIK TIK TOK FOR YOU (eps 3)

Image
 Monolog Penulis Kebelakangan ini penulis seringkali menonton LIVE Tiktokers yang menyanyi- nyanyi, dan baru penulis perasan yang sebenarnya jika sering "SEARCH" sesuatu genre, maka itu jelah yang akan keluar jadi kalau korang semua tanya, siapa yang penulis suka pada ketika dan saat ini. Adalah beberapa.... alamak.... nak ke penulis tulis di sini... hahahahaha... meyh korang cek this out kot korang pun suka. 1. ZACK AK ATTAN - penulis rasa beliau hebat giler boleh bermain alat gabus dengan pelbagai jenis lagu dan genre, sebab penulis tak boleh buat macam tu kan.... jadi penulis rase beliau sangat hebat. 2. Reyhanoab (One Avenue Band) - Sebenarnya penulis tak tahu pun yang sebenarnya nilah kumpulan yang nyanyi lagu penulis suka tu "Kisah Antara Kita" siapa yang suka join Tik Tok hanya untuk hiburan...boleh lah go go cek it outttttttt. 3. Putri_Bollycover - Suara beliau kalau di offer oleh pihak Bollywood Filem rasanya korang semua mesti tak percaya kan yang penyanyi...

Mi Amor Goes Tik Tik Tok..... For You (eps 2)

Image
 Pembuka Episod Dua Kebelakangan ini, penulis banyak menghabiskan masa di hadapan Applikasi Tik Tok, kalau penulis tak kenal applikasi ni macam mana nak tulis cerita kannnnn... sambil tersenyum penulis berfikir "Indah ke hidup sebagai pengpengaruh media sosial ini? attend events sana sini, orang ramai kenal, dan dapat masuk tv lagi" "itu ke yang anak - anak muda suka zaman sekarang ini, ATTENTION?"  dan pada tarikh 27 Mei 2024 telah keluar keputusan SPM. Agak tidak mengejutkan penulis kerana SEPULUH RIBU pelajar tidak menduduki peperiksaan SPM, "Nak Kerje Apa Dikkkkk" nak kerja AEON pun kena ambik SPM, terima kasih kepada semua INFLUENCER yang banyak mempromosikan "TIDAK PERLU AMBIL SPM" tapikan nak salahkan Influencer pun tak boleh juga, bagaimana pula dengan mak bapak budak tu 😜😜😜😜😜😜 "DI NASIHATKAN KEPADA SEBELAS RIBU YANG DAPAT STRAIGHT As, Kalau nak khawin nanti sila tanya bakal Isteri atau Suami, ada ambil SPM tak? sebab kalau nak...

Mi Amor Goes Tik Tik Tok..... For U ( eps 1 )

Image
EPILOG PENULIS Pada zaman yang serba moden dan canggih ini, banyak laman - laman sosial yang baru muncul, satu - persatu menjadi terkenal dan ada juga yang telah berkubur. Sensasi terkini pastinya aplikasi TikTok daripada China, maka muncul lah juara - juara, pakar- pakar video di applikasi ini, pelbagi transaksi muncul dan tahun berganti tahun imej Tik Tok mula berubah menjadi medium manusia menjadi terkenal dengan pelbagai jenis 'CONTENT" ada yang isinya hanya untuk menarik perhatian dan penipuan sahaja, ada yang penuh dengan nasihat dan bermesej dan ada juga menjadikan Tik Tok medium mencari pendapatan.  Bagi penulis pula, Tik Tok ini hanyalah medium hiburan dan untuk mencari ilmu yang dahulu nya kita perlu menghadiri kelas - kelas dan majlis -majlis ilmu dan akhirnya sekarang tinggal keinginan kita sahaja untuk mencari dan memperolehi ilmu yang kita mahukan. Penulis tersenyum sendirian memikirkan betapa banyanya applikasi kini menggantikan apa yang pernah kita suka dan enj...

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Image
  Nasib Baik Aku Dah Katham Plot Twist Ala - ala Ramlee Awang Murshid 😆 Hye You All, sampai lagi awak - awak semua ke blog Milo ni... seriusly speaking aku rase bersalah pula sebab pakai nama Milo. Korang tahu tak betapa aku terseksa dengan pemboikotan ini, sesungguhnya Milo itu lah life line aku ketika aku berdiet. Sebab dengan minm milo je korang dah rase kenyang.... tapi apa kan daya. Baiklah semua, seperti tajuk kita di atas... kini tibalah masanya giliran Filem kesukaan ramai yang meletop - letop di pawagam dan menggegar dunia Polis dan semuanya enjoy melihat polis tangkap polis. Kalau di dalam badan uniform ni kita panggil MP = Military Police, kalau dieoerg datang dikkkknooon lari tak cukup tanah lah korang. Apa persamaan Ramlee Awang Murshid dan juga director filem ni Shafiq Yusoff? Mesti korang tertanya - tanya kan setelah melihat sub Title aku begitu. Mudah je kalau korang adalah salah seorang daripada peminat Ramlee Awang Murshid, buku - buku beliau semuanya penuh denga...

I WAS BORN TO LOVE U.........

Image
  AN AMAZING FELING COMING THROUGH..... .💖💖💖 Tuan - tuan dan Puan - Puan ini adalah tajuk lagu daripada kumpulan 80an - 90an QUEEN. Saya bukan nak bercerita mengenai kumpulan QUEEN atau mengulas lanjut mengenai kumpylan tersebut,akan tetapi saya hanya ingin berkongsi mengenai lagu tersebut. Soalan pertama, Korang pernah dengar tak lagu tu? kalau tak pernah dengar, silalah dengar yang telah remaster tahun 2011 atau yang paling penting bukan yang origial release.... Aku sebenarnya dah terkena jangkitan suka sangat dengan lagu tu di sebabkan Drama Jepun lakonan Takuya Kimura, sekarang dah jadi atok dah dia sekarang. Cerita pasal Takuya Kimura ni, dialah aku punya Childhood crush. Nama pena aku, Keiskies juga sebenarnya asal nama Jepun, Keisuke. Di sebabkan asyik kene ajek SUKE.... SUKE ape... sampai menyampah jadinye... huhuhuhuhu... maka aku macam biasa bermesyuarat dengan diri sendiri untuk menukar menjadi Kei Skies... dan nama tu kalau orang tak alert die akan bunyi Keis Kies......

LAST CHRISMAST.................... i gave you my one and only heart

Image
NOT JUST A  ANY XMAS MOVIE EHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH Dah kenapa aku nak cerita pasal Xmas AKU SUKA CERITA NI Korang dah tengok ke cerita ni, Dah lama dah Tahun 2019, cerita ini di keluarkan Film romantik yang menarik penonton untuk mengetahui dengan lebih lanjut Terutamanya setelah munculnya watak lelaki utama di dalam Filem ini. Maafkan aku ye kawan - kawan, aku terpaksa merosakan mood korang  Tapi aku berharap korang akan rasa lebih lagi nak tengok selepas korang membaca review daripada aku =) Apakata aku terus ke KESIMPULAN Cerita ini di buka dengan watak seorang perempuan yang agak huru - hara hidupnya, Tiada rumah sendiri, masih duduk bersama dengan ibu bapanya dan bukan lah orang Inggeris Ibu bapanya immigrate dari negara lain dan tinggal di England. Oleh kerana watak heroin ini rimas dengan ibu bapanya maka dia pun hidup nomad. Sanggup tidur bersama dengan mana - mana lelaki hanya untuk ada tempat bermalam. Naseblah perempuan ni bukan orang Islam kan, mana mungkin orang...
Image
 ðŸ’†  IDEA OWH IDEA  Alamak otak aku dah beku lah korang... Bila aku mula mula menulis mengenai Kasih Sang Rienta Aku sangat - sangat excitedddd sebab aku rase aku nak tulis mitos sejarah versi aku Tapi aku tak sangka pula yang menulis sesuatu yang berkaitan dengan sejarah ini Bukan engkau boleh menulis dengan Mengkhinzir Buta,  Bahkan kalau nak konar baring pun kena berilmu. Baru aku tahu betapa banyaknya buku - buku yang nak kena baca, Research - research yang kena buat. aduhhhhhhhai korang... Jika aku ada masa yang begitu banyak, Mungkin dulu iya, namun sekarang macam susah je kan. Jadi aku telah membuat mesyuarat tergempar dengan diri aku sendiri Aku menangguhkan Cerita Kasih Sang Rienta tu ke suatu masa Yang aku sendiri tidak tahu. Kita beralih pula kepada cerita UNTITLLE Dulu masa aku tulis cerita - cerita ni, aku banyak sangat terpengaruh  Dengan cerita TV3 cerita novel - novel macam ombak rindu, Cerite - cerite FanFic, wow rajin tak dulu aku membaca =) Pe...