Saturday, 31 October 2026

Gedix? Hegeh-Hegeh? Mengelejat : The Person I am

A PERSON I AM

Novemberlogy: Novemberish

Calm. Composed. Collected. Confident. — The 4C Philosophy

Tadi, masa aku tengah menulis cerita Reset, Restart, Reformat, entah macam mana boleh terselit satu cerita lain.

“Kau ingat aku ni terhegeh-hegeh nak kenal jantan sana sini?”

HAHAHAHAHA!

Okay, wait.

Let me tell ya a story.

Sebenarnya, dalam sepanjang kehidupan aku ni, adalah seorang lelaki yang aku sendiri tegur dan mulakan perkenalan.

Dan nak dijadikan cerita, lelaki tu sempatlah menjadi boyfriend aku.

Tapi apakan daya, tak ada jodoh.

Yesss, there was someone.

Aku pernah cakap dekat dia,

“You're special because I was the one who approached you first.”

Sebab benda tu memang sangat jarang berlaku dalam kehidupan aku.

Me, Myself and My Circle

Dari zaman sekolah lagi, aku ni jenis yang hidup dalam circle sendiri.

My circle. My people. My comfort zone.

Aku kenal orang melalui kawan-kawan aku. Dan nak dijadikan cerita, kawan-kawan aku ni pula memang jenis ramai kawan.

Geng paling legend?

Budak-budak Tingkatan 3 aku!

Blood brothers and sisters, katanya. HAHAHA!

Bayangkan, sampai sekarang kami masih rapat. Masih beraya ke rumah masing-masing. Masih berhubung walaupun masing-masing dah ada kehidupan sendiri.

Siap ada student angkat lagi dalam circle kami.

Sebab nak jadi besties, katanya!

Zaman tu, kalau orang tanya siapa boyfriend aku…

NSYNC!

HAHAHAHA!

Jc Chasez and the gang, please!

Hidup aku masa tu memang banyak berkisar tentang sekolah, kawan-kawan dan segala macam aktiviti dengan geng Tingkatan 3.

Bukan tentang siapa lelaki yang nak dikejar atau siapa yang patut aku pikat.

My life never revolved around boys.

Polytechnic Era: The Social Experiment

Kemudian masuklah alam politeknik.

Haaaa, dekat sinilah aura menegur orang, mengusik orang dan sedikit elemen menggedik tu mula keluar.

Tapi jap.

Menggedik yang macam mana sebenarnya?

Aku pun kadang-kadang tak faham definisi orang tentang perkataan ni. HAHAHA!

Course aku dulu majoritinya lelaki. Aku ambil bidang ukur.

Jadi, secara semula jadinya, memang kena berkawan dan berkomunikasi dengan lelaki.

Nak belajar, nak buat assignment, nak urus kerja berkumpulan.

Berkawan? Yes.

Mengusik? Of course.

Kacau orang? Kadang-kadang. HAHAHA!

Tapi nak kata setiap perkenalan tu melibatkan perasaan?

Nope.

Aku bukan orang yang mudah melihat setiap lelaki yang aku jumpa sebagai calon boyfriend.

Dating sana sini?

Owh, tidaklah.

The Working World: Communication Is a Skill

Masuk pula alam pekerjaan.

Sales assistant, promoter, retail — semua kerja ni memang memerlukan communication skills.

Kena bercakap dengan orang. Kena senyum. Kena layan pelanggan. Kena tahu macam mana nak berkomunikasi.

Jap, aku tengah cari lagi dekat bahagian mana aku terhegeh-hegeh tu.

Tak jumpa pula.

Mungkin aku yang tak nampak.

Mungkin orang luar nampak benda lain.

HAHAHAHA!

Kemudian aku beralih pula kepada bidang kerja yang lebih melibatkan masyarakat, program dan pelbagai lapisan manusia.

Dan ya, aku memang biasa senyum.

Sengeh pun biasa.

Bergurau? Memanglah.

Tapi janganlah bayangkan aku pergi program sambil buat pengumuman:

“LELONG! LELONG! NOMBOR TELEFON SAYA! SIAPA NAK, SILA CALL!”

Mende siakkkk! HAHAHAHAHA!

Aku pergi program untuk bekerja, berkomunikasi dan menjalankan tanggungjawab.

Orang tegur, aku tegur balik.

Orang sembang, aku sembang balik.

Orang baik dengan aku, aku baik dengan orang.

Dan selalunya, setakat itulah.

Tak ada sambungan episod romantik selepas program tamat.

Kadang-kadang sampai ada orang cakap aku ni tak peka sebab tak sedar seseorang tu dah lama cuba mengorat.

Masalahnya, pada aku, semua orang tu sama.

Selagi tak ada sesuatu yang jelas, aku anggap perbualan tu sekadar perbualan.

Words are just words until actions give them meaning.

Senyum Itu Sedekah, Bukan Invitation

Aku memang suka suasana yang ceria.

Bila dengan kawan-kawan, aku happy.

Bila berada dengan orang yang buat aku rasa selesa, lagi naiklah vibe aku.

Aku suka tengok orang sekeliling pun happy.

Kalau boleh, semua orang enjoy.

Sebab aku pegang satu perkara:

Senyum itu sedekah.

Tapi senyum bukan bermaksud aku sedang mengurat.

Mesra bukan bermaksud aku sedang memberi harapan.

Dan berbual dengan seseorang bukan bermaksud aku sedang mencari hubungan.

Kalau aku ni jenis yang melayan lelaki sana sini, rasanya dah bersepah-sepah nombor lelaki dalam WhatsApp aku.

Tapi yang ada?

Urusan kerja.

Kawan lama.

Orang yang ada kaitan dengan kerja.

Dan circle yang memang aku kenal.

Itu sahaja.

Getting to Know Me Is Another Story

Kalau korang betul-betul kenal aku, korang akan tahu satu perkara.

Aku sangat jarang memulakan perbualan peribadi dengan seseorang yang aku tak kenal.

Very, very rarely. Almost impossible.

Apatah lagi kalau melibatkan perasaan.

Dan nak yakinkan aku bahawa seseorang tu benar-benar serius?

Haaaa, itu lagi satu cerita.

Kalau kau kata kau sukakan aku, aku akan tertanya-tanya.

Suka yang macam mana?
Suka-suka?
Sekadar tertarik?
Atau betul-betul serius?
Aku pernah tanya juga,"sebab semua orang suka, jadi awak pun suka saya macam tu"

If you're serious, what are you willing to do to earn my trust?

Sebab bagi aku, kepercayaan bukan dibina dengan ayat manis semata-mata.

Ia dibina melalui tindakan, kejujuran, kesungguhan dan masa.

"What will you do to earn my trust, how... sejauh mana kesungguhan untuk awak buktikan sebenarnya awak bersungguh sugguh suka kan saye"

Bukan melalui mesej, bukan melalui call
Tu biase... i need something wow, yang buat my heart goes "seriuslahhhhhhhh" contoh nya tetibe terpacak depan muka hahahaha... so i will value ur effort ur sacrifice and return all back

Mungkin sebab pengalaman hidup mengajar aku supaya lebih berhati-hati.

Mungkin juga sebab aku dah pernah melalui hubungan yang menyakitkan.

Jadi, aku bukan mudah percaya hanya kerana seseorang pandai berkata-kata.

Dan aku rasa tak ada salahnya begitu.

Running Is Running. Not a Dating Audition.

Sebab itulah bila ada orang tanya,

“Pergilah cari seseorang. Takkan pergi running, join running event, pergi gym, yoga… tak kenal sesiapa? Takkan tak ada lelaki tegur?”

Aku macam…

EHHHHHHHHH?!

HAHAHAHA!

Sejak bila pergi running kena ada objektif tambahan untuk mencari boyfriend?

Aku pergi running sebab aku nak berlari.

Aku pergi gym sebab aku nak bersenam.

Aku pergi yoga sebab aku nak jaga kesihatan, fleksibiliti dan ketenangan diri.

Bukan sebab nak berdiri dekat treadmill sambil menunggu calon suami lalu sebelah.

Kalau aku yang mengendalikan program, memang aku senyum, bersembang dan berinteraksi dengan orang.

Itu sebahagian daripada tanggungjawab.

Tapi kalau aku yang menyertai program sebagai peserta?

Haaaa, lain cerita.

Aku boleh jadi orang yang sangat serius.

Muka kadang-kadang macam nak telan orang!

HAHAHAHA!

Kalau orang tegur, aku senyum.

Kalau orang ajak berbual, aku jawab.

Kalau tak ada siapa tegur, aku buat hal sendiri.

Simple.

Aku tak rasa perlu sengaja mencari perhatian untuk membuktikan aku seorang yang menarik atau mudah didekati.

I don't need to be noticed to enjoy being present.

Dan itulah antara kemahiran yang aku belajar selepas lama hidup berdikari.

Pergi mana-mana, urus diri sendiri.

Enjoy the activity.

Enjoy the surroundings.

Enjoy the moment.

Kalau ada perkenalan yang baik berlaku secara semula jadi, alhamdulillah.

Kalau tak ada?

Alhamdulillah juga.

Tak ada apa yang kurang pun.

A Different Chapter

Sekarang, kehidupan aku pun sedang melalui perubahan.

Mungkin selepas ni aku tak lagi terlalu banyak terlibat dengan program seperti sebelum ini.

Kuranglah sedikit aktiviti yang memerlukan aku berlari ke sana sini, berjumpa ramai orang dan mengurus macam-macam perkara serentak.

Dan mungkin juga kuranglah peluang untuk orang salah faham tentang cara aku bergaul.

Tak adalah orang nak kata aku terhegeh-hegeh, menggedik, mengelejat atau…

UDANG KENA BAKAR!

HAHAHAHAHAHA!

Entah dari mana datangnya perumpamaan tu.

Tapi begitulah kehidupan.

Ada masa kita berada di tengah-tengah orang ramai.

Ada masa Allah membawa kita ke ruang yang lebih tenang, dengan tanggungjawab yang berbeza.

Sekarang mungkin perjuangan aku lebih banyak berlaku di meja mesyuarat.

Berfikir.

Merancang.

Mencari idea.

Membina sesuatu yang lebih bermanfaat untuk masyarakat.

Dan aku harap pengalaman yang aku kumpul selama ni dapat membantu aku menghasilkan sesuatu yang lebih baik.

Insya-Allah.

The 4C Philosophy

Jadi, sempena Novemberlogy ni, aku nak bawa satu konsep baru dalam kehidupan.

CALM. COMPOSED. COLLECTED. CONFIDENT.

Haaaa, 4C!

Barulah ada corporate style sikit, kan?

HAHAHAHA!

Calm — belajar untuk lebih tenang walaupun keadaan sekeliling tak seperti yang aku harapkan.

Composed — belajar mengurus emosi dan memilih bagaimana aku mahu bertindak balas.

Collected — belajar menyusun fikiran, keputusan dan kehidupan dengan lebih teratur.

Confident — perlahan-lahan membina semula keyakinan untuk menjadi diri sendiri, tanpa perlu membuktikan nilai diri kepada sesiapa.

Bukan semua ni boleh dicapai dalam sehari.

Bukan juga bermaksud aku tak boleh sedih, marah, menangis atau kecewa.

Aku masih manusia.

Cuma kali ni, aku nak belajar menghadapi semuanya dengan lebih matang.

I'm not trying to become the person I used to be. I still want her laughter, her curiosity, her confidence and her love for life. But this time, I want to be more calm, composed, collected and confident.

Not because life has become easier.

But because I'm learning to understand myself better.

Dan aku juga semakin sedar bahawa menjadi seorang perempuan yang lebih baik bukan bermaksud aku perlu kehilangan personaliti asal aku.

Aku masih boleh ketawa.

Masih boleh bergurau.

Masih boleh ramah.

Masih boleh aktif.

Cuma dengan batas, tujuan dan niat yang lebih jelas.

Road to a Better Me

Akhirnya, perjalanan ni bukan tentang nak membuktikan kepada orang bahawa aku boleh menjadi seseorang yang mereka mahu.

Ia tentang menjadi seseorang yang aku sendiri mahu usahakan.

Lebih baik dalam pekerjaan.

Lebih sihat dari segi fizikal dan emosi.

Lebih matang dalam membuat keputusan.

Lebih berhati-hati dalam menjaga hubungan.

Dan yang paling penting, lebih dekat dengan Allah SWT.

Aku tahu perjalanan ni tak mudah.

Ada hari aku boleh berjalan laju.

Ada hari aku perlu berhenti.

Dan ada hari, seperti yang aku selalu cakap…

Kita merangkak dulu.

Tak apa.

Asalkan kita tak berhenti mencuba.

Semoga Allah membimbing setiap langkah, memperbaiki niat dan menjadikan segala perubahan ini sesuatu yang diredai-Nya.

Road to a Better Me.

Not perfect. Just progressing.

A servant of Allah, still learning, still growing, and still hoping to become better.

Bismillah. Welcome to my 4C era.

Lots of love,πŸ’œπŸ©·πŸ’“❤️😘



NOVEMBERLOGY: NOVEMBERISH = Reset : Reformat : Restart

**1 November 2026**
 Welcome, Novemberish! 
Belum pun masuk tahun baru, tapi dah sibuk bercakap tentang azam baru. 
Reset, restart, reformat. 
 Macam komputer pula kehidupan ni. HAHAHA! 
Tapi siapa kata kita kena tunggu 1 Januari untuk mulakan sesuatu yang baru?

 **A life can start anywhere. At any time. For any reason.** 

 Kadang-kadang permulaan baru datang selepas kita jatuh. Kadang-kadang selepas kita sakit. Ada juga ketika kita rasa dunia ni tak adil, semua benda serba tak kena, dan apa yang kita rancang langsung tak menjadi seperti yang kita harapkan.

 And sometimes, life just doesn't make sense.

 Bila dah sampai ke tahap tu, mungkin perkara terbaik yang kita boleh buat bukan terus berlari mencari jawapan. 
 Maybe we just need to stop for a moment.
 Duduk diam sekejap. 
Tengok hati sendiri. 
Tanya perasaan kita, sebenarnya apa yang sedang berlaku? 
 Biar bunyi sekeliling masuk ke telinga. Dengar bunyi angin, hujan, burung, kereta lalu-lalang atau apa sahaja yang selama ni kita terlalu sibuk untuk perasan. 
 Cuba tenang. 
 Mungkin dalam kesibukan mengejar apa yang kita belum ada, kita terlepas pandang begitu banyak nikmat yang Allah dah beri. 
 Nikmat yang kita anggap biasa. 
 Nikmat yang kita rasa memang sepatutnya ada. 
 Sampai kadang-kadang kita terlupa untuk bersyukur. Sedangkan apa yang kita ada hari ni, mungkin itulah yang paling baik untuk kita pada waktu ini. 
 Allah dah susun perjalanan kita. Ada doa yang kita ulang hari-hari. 
 Ada permintaan yang kita bawa dalam setiap sujud. 
 Ada perkara yang kita sangat yakin akan membahagiakan kita kalau Allah makbulkan.
 
Tapi akhirnya, tak semua yang kita minta menjadi kenyataan. 
 Mungkin bukan sebab Allah tak mendengar. Mungkin kerana ada perkara yang kita terlalu inginkan, tetapi sebenarnya bukan yang terbaik untuk kita. 
 Dan mungkin juga kita belum nampak lagi hikmah di sebaliknya. 

 **We may not understand the journey, but we can learn to trust the One who plans it.** 

 ### Life Is a Little Bit Like Running 

 Sejak kebelakangan ni, jogging dan running dah jadi sebahagian daripada rutin hidup. 
Dan bila fikir balik, banyak juga perkara tentang kehidupan yang kita boleh belajar daripada aktiviti ni. 
 Bila keluar berlari, bukan sepanjang masa kita berlari pada kelajuan yang sama. Ada masa kita laju. 
Ada masa kita slow down. Ada masa kita berhenti sekejap sebab penat, nak minum air, 
nak betulkan pernafasan atau sekadar nak menikmati angin yang lalu menyentuh muka.
 Sometimes, we just want to feel the wind on our faces. 
 Tak fikir pasal pace. 
Tak fikir pasal distance. 
Tak kisah pun berapa kilometer dah berjaya dibuat. 

 Just enjoying the moment. Life works pretty much the same way. 

 Ada masa kita bersemangat. 
Semua benda rasa boleh buat. 
 Kerja berjalan lancar, rutin teratur, hati pun ringan. 
 Tapi ada masa kehidupan terasa terlalu berat. 

 Too much to think about. Too much to handle. 

Too many things happening at once. Bila jadi macam tu, tak semestinya kita kena terus paksa diri berlari. 

 **Sometimes, slowing down is exactly what we need.** 

 Bila kita perlahankan langkah, kita ada ruang untuk berfikir dengan lebih jelas. 
 Kita boleh tengok semula keadaan, pertimbangkan pilihan dan buat keputusan tanpa terlalu dikuasai emosi. 
 Dan ada masa, kita memang perlu berehat. Bukan berhenti daripada kehidupan. 
 Cuma berhenti sekejap daripada mengejar segala-galanya. 
Tengok sekeliling. 
Nikmati apa yang ada. Bersyukur dengan perkara-perkara kecil yang selama ni kita tak sempat hargai. 
 Menariknya, bila kita berjalan atau berlari seorang diri, barulah kita mula perasan benda-benda yang sebelum ni tak pernah menarik perhatian. 
 Pokok di tepi jalan. Langit yang berubah warna. 
 Bunyi burung. 
Orang yang sedang menjalani kehidupan masing-masing. 
 Rupanya dunia ni masih berjalan seperti biasa, walaupun dalam kepala kita macam-macam sedang berlaku. Dan ada satu lagi perkara tentang running yang buat saya terfikir.

 **Eventually, we always turn back.** 

 Tak kisahlah sejauh mana kita berlari, akhirnya kita kena patah balik juga.
  Sebab kereta parking dekat tempat kita mula tadi. HAHAHA! 
 Tapi bila fikir tentang kehidupan, kita pun selalu begitu.
 Kita akan kembali kepada perkara-perkara yang pernah membuatkan kita rasa selesa. Tempat kegemaran.
 Kenangan lama.
 Orang-orang yang pernah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. 
Ada kenangan yang tak boleh dijual beli.
 Ada tempat yang walaupun dah bertahun tak pergi, masih terasa dekat di hati.

 Bila bercerita mengenai kenangan:-
 kadang - kadang ada juga tempat kegemaran yang kita cuba lupakan
 mungkin ada kenangan yang dah tak releven untuk di ingati 
ada juga nama tempat yang sering meniti di bibir, 
 tempat tersebut membuatkan kita rasa teruja tiap kali nak pergi tetapi keterujaan itu pun hilang sama seperti kenangan
 ok takpe mungkin ni kene tulis tajuk lain iaitu kenangan yang hilang...
 hahahah
 Jom masuk balik mood tadi Lessgoooooo

 Dan ada manusia yang kehadirannya pernah membuatkan kita rasa tenang.
 Bukan mudah nak jumpa semua tu dalam dunia yang begitu besar ni. 

 ### House Is Not Always a Home Pernah dengar orang kata, *a house is not a home*?

 Aku suka fikir tentang ayat ni. 
Sebuah house boleh jadi home. 
 Tapi bukan semua house akan terasa seperti home. 
House mungkin sebuah bangunan. Ada dinding, bumbung, pintu, tingkap dan segala kelengkapan untuk kita tinggal. Tapi home?

 Home is where you feel comfortable.
 Tempat kita boleh jadi diri sendiri. 
 Tempat kita boleh berehat tanpa perlu berpura-pura. 
 Tempat kita rasa diterima, dihargai dan selamat. 
Tempat kita rasa di cintai dan di kasihi Kadang-kadang home itu sebuah rumah. Kadang-kadang home itu keluarga. Dan kadang-kadang, home itu seorang manusia. you cannot simply want to replace a home especially manusia... 
bukan harini kau keluar rumah lima minit... kemudian jumpa manusia lain lepas tu cakap, "Sudi tak awak jadi my comfort person"
 kalau lah semudah tu aku berkenalan dengan orang mesti dalam list telefon tu dah bersepah orang aku kenal kt gym and tempat run

 FYI GYM n Tempat Run Bukan tempat mencari jodoh 
hahahahahahahahahah 
kalau ada yang jumpa tu alhamdulillah 
aku ni lain lah... kerete - running - kerete kerete - gym - oldtown - kerete 
muke kalau tak macam nak makan orang tak sah biaselah kalau hidup sensorang ni, 
belum gile lagi jalan sorang - sorang sengeh sana sini...
Pastu cakap this is my card... please call me
Im looking for a boyfriend and yet a husband..
 aduiiiiiiiii kelakar..... 
Aku tak pernah hegeh-hegeh minta no telefon orang yang aku tak kenal
Aku belum lagi hegeh hegeh dok sebuk sebuk sembang dengan orang yang aku tak kenal esp lelaki
Aku senyum sengeh kat program jelah... dah orang datang program aku plak yang kerje...
Kena lah senyum sengeh...
Kalau aku g run n gym buat gitu... 
Tak ke pelik... paling paling pun orang kate giler
Aku belum pernah lagi pergi run sana sini walaupun aku posting kat sosial media sebab nak berkenalan nak acah acah hot lah...
Pastu Aku start conversation????... almost mustahil
Kalau anda orang itu... 
Please consider yourself special

 -_- kenapa tak ketawa... ni lawak tau 

 alamak termerepek pula... sambung- sambung kat mana kita tadi owhhhh YESSSSS 

 **Home is where your heart feels at peace.**

 Tapi semakin lama saya fikir, ada satu lagi perkara yang saya nak belajar. 
 Bagaimana kalau kita juga boleh menjadi home untuk diri sendiri? 
 Bagaimana kalau satu hari nanti, walau ke mana pun kita pergi, kita tetap boleh rasa tenang dengan siapa diri kita? 
 Tak perlu sentiasa bergantung kepada tempat tertentu atau kehadiran seseorang untuk rasa selesa. 
Mungkin itu juga sebahagian daripada perjalanan hidup yang perlu kita pelajari. Okay, settle bab home.

 Kita sambung cerita November pula.
 HAHAHA! 
 ### Why November? 
 Sebenarnya, apa yang menarik sangat dengan November ni sampai tiba-tiba nak buat azam baru? 
 Haaaa… sebab kita dah semakin menghampiri Ramadan Al-Mubarak! 
Lebih kurang seratus hari lagi,
 insya-Allah, kita akan menyambut bulan yang sangat dinantikan tu. 
Dan aku terfikir, kenapa tak gunakan masa yang ada ni untuk mula memperbaiki diri? 
Tak perlu tunggu Ramadan baru nak berubah.
 Tak perlu tunggu tahun baru baru nak susun kehidupan. 

 **The perfect time to begin doesn't have to be perfect.** 

 So My Plan Before Ramadhan Begin. 
 Find... Find tau bukan make new one eceh padahal macam bagus naw sebelum ni
 Try to find or build or make a better me
 Semoga, by this Ramadhan im already Her...
 A better me...
 Insya ALLAH klw dulu orang kate gedix,
 terhegeh - hegeh 
 menggelejat,
 macam udang kene bakar...

but this time 

I'm not trying to become the person I used to be. 
 I still want her laughter, 
her confidence, 
her curiosity and her love for life. 

But this time, 
I want to be more composed, 
calm and 
collected. 

Not because life has become easier, but because I've learned that not everything deserves my reaction, 
 not every disappointment needs an explanation, and 
not every chapter needs to end the way I imagined.”

 Slowly n Surely towards Ramadhan
 Jaga Kesihatan, ibadah, penampilan, pekerjaan, rumah, rutin harian, pemikiran 
dan segala perkara yang boleh diperbaiki sedikit demi sedikit. 
Bukan bermaksud semuanya kena berubah secara drastik. 
 Taklah. Penatlah kalau semua benda nak buat serentak! Kita mula dengan apa yang mampu. 
Kalau boleh berjalan, kita berjalan. Kalau belum mampu berjalan, kita merangkak dulu.

 **Crawling is still moving forward.** 

 Aku pun sebenarnya dah mula lebih awal. Supposedly lah. HAHAHA! Tapi biasalah, bila kehidupan datang dengan macam-macam kejutan, ada rancangan yang terganggu. 
 Ada hari yang kita rasa bersemangat, 
 Ada hari yang kita bangun menanges sebab tak dapat jawapan 
Ada hari kita nak live as people expect us to live and break us down 
Ada hari kita nak ada diri sendiri tu je ada hari yang kita cuma nak tidur dan tak fikir apa-apa. Tak apa. Kita susun balik. 
Apa sahaja yang berlaku sepanjang tahun ni, kita letakkan sebagai sebahagian daripada perjalanan sehingga Oktober. 
 Bukan buang semua kenangan. 
 Bukan berpura-pura perkara yang menyakitkan tak pernah berlaku. 
Kita ambil pengajaran, simpan apa yang baik, dan cuba lepaskan perkara yang tak lagi membantu kita bergerak ke hadapan. November ni kita mulakan bab baru. 

 **New chapter. New routines. New energy. New ambitions. And most importantly, a new me.** 

 Bukan semestinya diri yang lebih hebat daripada semua orang. 
Cukuplah diri yang lebih baik daripada semalam. 
 Lebih menjaga kesihatan. 
 Lebih menghargai masa. 
 Lebih teratur mengurus kehidupan. Lebih dekat dengan Allah. 
 Dan yang paling penting, semoga setiap usaha ni sentiasa berada dalam rahmat, keredhaan dan perlindungan ALLAH SWT.
 Sebab kita boleh merancang macam-macam, tetapi akhirnya ALLAH juga yang menentukan perjalanan kita. 
 Yang penting, niat tu dah ada. Sekarang tinggal nak usahakan. 
Pelan-pelan. 

### Meanwhile, 31 Oktober 2026 (Night time) ### 

Okayyyy, selepas panjang lebar bercakap tentang kehidupan, muhasabah, Ramadan dan segala falsafah tadi… 
 Sekarang aku sedang duduk menikmati minum Caramel Macchiato di tepi jalan, 
 to be precise depan KK Mart. 
kenapalah kk mart sebab kedai lain dah tak buka ni je yang ada kt sini kenapa nak minum kopi kat situ... 

ehhhhhh suka hatilah nak minum kat mana haishhhhhhlah 
 Well suasana hujan 
mata aku melihat semua yang lalu depan kedai yang berenti terus depan ni
 semua yang naik moto 
ada yang bawa anak - anak 
ada yang datang sorang 
 ada yang grab semua singgah sekejap kat kak mart
 sama macam aku 
 Dalam keadaan hujan pula tu.
 yang bawa anak - anak tu comei, gigih bapak dieorg 

 Kenapa tak order Grab je? 
sama je, 
masih nak kena turun bawah terus je lah... ngopi kat luar lagi senang...
takkanlah nak suruh abang Grab hantar secawan kopi je, kan? 
 Mesti dia tengok order tu pun terus fikir dua tiga kali nak ambil. 
alih alih order cancel...
 lagi sakit hati kan 

 Melainkan kita bagi tips RM10, 
 siap orderkan sekali secawan kopi untuk abang tu. 

 Haaaa, mungkin baru berbaloi! HAHAHA! Jadi di sinilah aku melepak Sechawan Caramel Macchiato (kalau korang percaya sechawan... tak la) 
Hujan yang turun. 
Bunyi kenderaan lalu-lalang. 
Dan masa untuk menikmati sedikit ketenangan. 
Harini, emosi aku dah huru hara...
sangat huru hara jadi aku cari lah a HOME where i can be calm mencari balik sense aku mencari balik makna kehidupan

 Me, always have me to comfort me bunyi macam sedih kan... 
dah biase kadang - kadang bile dengan orang calm tu lambat sampai...

 tapi kenapa di sini depan KK MART, takpe KK MART ade toilet tiberrrrrrrr 

hahahahahhaha 

 Actually, not bad at all. 
Cuma ada satu masalah kecil. Saya duduk dekat dengan lubang longkang. 
Dan daripada tadi asyik terfikir… 
 **Ya Allah, janganlah ada tikus keluar lalu dekat kaki aku sekarang ni!**

 HAHAHAHAHAHA! Seriuslah, tengah syok-syok menikmati suasana November,
 janganlah tiba-tiba ada makhluk berbulu keluar daripada longkang nak join sesi healing! pastu bunyi cit cit cit..... 
euuwww 
Risauuuu je tengok lubang tu. 

 Anyway… Begitulah permulaan November saya. 
Tak ada sambutan besar.
 Tak ada countdown. 
 Tak ada bunga api. 
 Cuma secawan caramel macchiato, hujan, sedikit ruang untuk berfikir, dan satu keputusan kecil untuk mencuba lagi. 
 Mungkin kehidupan baru tak semestinya bermula dengan sesuatu yang luar biasa. 
Kadang-kadang ia bermula dengan kita memilih untuk bangun semula, 
walaupun perlahan. 
Dan kalau hari ni belum mampu berdiri? 
 Tak apa. Kita merangkak dulu. 

 **Welcome to Novemberlogy. Welcome to Novemberish.** *

Reset. Restart. Reformat.* 

 *I'm not trying to go back to who I was. I'm learning to become someone better, at my own pace.

* May this November bring us closer to Allah, closer to peace, and closer to the person we are trying to become. 

 **BISMILLAH. WELCOME NOVEMBER!**

 Lots of love,πŸ’œπŸ©·❤️πŸ’“πŸ˜˜

Sunday, 25 October 2026

JANJI YANG TAK TERUNGKAPKAN : BAB 5 KIRI CANTIK, KANAN CANTIK... MEMANG CANTIK RUPANYA.

“Kiri cantik…”
Klik.
Sophia mengambil satu gambar.
“Kanan cantik…”
Klik.
Dia memusingkan keris itu sedikit ke arah cahaya dari tingkap.
“Eh. Sini lagi cantik.”
Klik.
Kemudian satu lagi.
Dan satu lagi.
Lima minit kemudian galeri telefonnya sudah penuh dengan gambar benda yang tiga minggu lalu langsung tidak menarik minatnya.
Sophia duduk bersila di atas lantai.
Keris itu diletakkan di atas kain di hadapannya.
Dia zoom gambar pertama.
Ukiran pada hulunya.
Zoom lagi.
“Wah…”
Sophia menggeser ke gambar seterusnya.
Ukiran pada sarung pula.
Zoom.
Lagi.
Sampai gambar mula pecah.
“Alaaa…”
Dia mengambil keris itu semula dan mendekatkannya kepada kamera.
“Kalau boleh zoom sampai dalam-dalam, memang aku zoom kau.”
Klik.
Sophia tersenyum sendiri.
Dia langsung tidak tahu apa-apa tentang keris.
Apa nama bahagian-bahagiannya, dia tidak tahu.
Kenapa bilahnya begitu, dia tidak tahu.
Kenapa ukirannya begitu halus, lagi dia tidak tahu.
Kalau seseorang bertanya keris itu berasal dari mana, Sophia mungkin hanya mampu menjawab—
Kedai dekat Melaka.
Itu sahaja.
Tetapi dia tahu seni.
Dan semakin lama dia memandang, semakin dia yakin satu perkara.
Benda ini bukan dibuat sambil lewa.
Jarinya bergerak perlahan mengikut ukiran tanpa benar-benar menyentuh permukaannya.
Ada lengkung yang bertemu lengkung.
Ada corak kecil yang hampir tidak kelihatan jika tidak diperhatikan dekat.
Dan di celah-celahnya, warna keemasan itu semakin jelas.
“Sungguh luar biasa kau ni…”
Sophia mengangkat keris tersebut.
“Siapalah pemilik asal kau, kan?”
Dia tersenyum.
Untuk beberapa saat dia cuba membayangkan seseorang memegang keris itu beratus-ratus tahun dahulu.
Kemudian dia ketawa sendiri.
“Aku ni pun satu.”
Keris diletakkan kembali di atas meja hiasan.
“Duduk situ.”
Cebisan kertas?
Entah ke mana fikirannya tentang benda itu pergi.
Hari itu Sophia tidak mencari tulisan lama.
Tidak mencari maksud perkataan.
Tidak mencari Kunda, Kundur, atau apa sahaja yang pernah membuat kepalanya pening.
Hari itu—
dia hanya kagum dengan sebilah keris.
Petang berikutnya, Sophia kembali ke Melaka Straits.
Canvas.
Berus.
Cat.
Air mineralnya sendiri.
Dan manusia.
Sophia sukakan tempat itu kerana tiada siapa peduli apa yang dia buat.
Orang datang.
Orang pergi.
Pasangan berjalan berdua.
Kanak-kanak berlari.
Pelancong mengambil gambar.
Cruise melintas perlahan.
Dan Sophia boleh duduk berjam-jam di satu sudut tanpa perlu bercakap dengan sesiapa.
Berusnya bergerak di atas canvas.
Biru.
Sedikit putih.
Kemudian bayang bangunan.
Sophia berhenti.
Matanya terangkat ke hadapan.
Tidak jauh dari tempatnya duduk terdapat sebuah muzium.
Dia memandang lama.
Berus masih berada di tangannya.
Fikirannya entah ke mana.
Kemudian pintu muzium terbuka.
Seseorang keluar.
Sophia yang tadinya bersandar terus duduk tegak.
“Eh…”
Seorang perempuan berjalan keluar sambil membetulkan beg di bahunya.
Sophia mengecilkan mata.
“Eh…”
Perempuan itu turun beberapa anak tangga.
Sophia semakin tegak.
“Dia lagi?”
Perempuan Air Mineral.
Sophia meletakkan berus.
Matanya terus mengekor.
Perempuan itu berjalan seorang diri.
Tidak tergesa-gesa.
Tidak membawa sesiapa.
Tidak pula kelihatan seperti sedang menunggu orang.
Sophia menyandarkan dagu pada tangan.
“Memang dia ni sorang-sorang macam aku.”
Dia memerhatikan pakaian perempuan itu.
Hari ini nampak lebih elok sedikit daripada kali pertama mereka bertemu.
“Elok pula dia hari ni…”
Sophia berfikir.
“Cuti agaknya.”
Perempuan itu semakin hampir.
Sophia masih memandang.
Sepuluh meter.
Lapan.
Enam.
Sophia masih memandang.
Tiga.
Tiba-tiba perempuan itu menoleh.
Tepat ke arah Sophia.
Mata mereka bertemu.
Sophia terkaku.
Perempuan itu pula yang terkejut kerana kakinya hampir tersadung pada sesuatu.
“Oi, mak kau—fuh!”
Dia terhuyung sedikit.
“Nyaris tak jatuh.”
Sophia pantas mencapai berus.
Terus memandang canvas.
Tak nampak.
Tak tengok.
Aku tengah melukis.
Malah tubuhnya bergerak sedikit ke belakang canvas.
Perempuan itu memandangnya sekejap.
Sophia pura-pura sibuk.
Berus kosong bergerak atas canvas.
Perempuan itu akhirnya berlalu.
Sophia menunggu.
Lima saat.
Kemudian menjenguk perlahan dari tepi canvas.
Dah jauh.
“Malunya…”
Dia menekup muka.
“Kenapa aku tengok dia macam stalker?”
Sophia ketawa sendiri lalu kembali melukis.
Matahari mula rendah ketika Sophia mengemas barang.
Berus masuk.
Cat masuk.
Botol air masuk.
Canvas—
Sophia mengangkat canvasnya.
Sekeping risalah yang berada di bawah begnya terselak ditiup angin.
“Hm?”
Sophia menahannya dengan kaki sebelum sempat terbang.
Dia tunduk dan mengambilnya.
PAMERAN KERIS
Sophia berhenti.
Di bawahnya tercetak nama muzium yang baru sahaja dipandangnya sejak tadi.
Matanya beralih kepada pintu muzium.
Kemudian kepada risalah.
Kemudian kembali kepada muzium.
“Hmmm…”
Dia melihat jam.
Masih sempat.
Sophia memasukkan risalah ke dalam beg.
“Sekejap je.”
Sekejap itu ternyata satu penipuan.
Sebaik sahaja masuk, Sophia sudah berhenti di ruang pameran pertama.
“Wahhhh…”
Barisan keris tersusun di sebalik kaca.
Ada yang sederhana.
Ada yang sarungnya penuh ukiran.
Ada yang gelap.
Ada yang mempunyai hulu yang membuat Sophia terpaksa mendekatkan muka ke kaca.
“Amazing…”
Sophia berjalan perlahan.
Tetapi selepas beberapa keris, perasaannya mula berubah.
Dia berhenti.
“Hmmm…”
Cantik.
Memang cantik.
Tetapi—
“Kenapa rasa lain?”
Sophia sendiri tidak tahu apa yang dia cari.
Tangannya masuk ke dalam beg.
Telefon dikeluarkan.
Dia membuka galeri.
Gambar keris di rumah.
Sophia berdiri di hadapan keris pertama.
Telefon.
Pameran.
Telefon.
Pameran.
“Tak sama.”
Dia bergerak ke keris kedua.
Zoom.
Pandang.
“Tak.”
Ketiga.
“Hmm…”
Keempat.
Sophia zoom gambar ukiran kerisnya sehingga memenuhi skrin.
Dia berjalan lagi.
Sekarang matanya tidak lagi melihat keseluruhan keris.
Dia mencari lengkung.
Ukiran.
Bentuk.
Apa sahaja yang terasa familiar.
“Cari apa tu?”
Sophia tersentak.
Dia berpaling.
Seorang lelaki berdiri beberapa langkah daripadanya.
“Mana?”
Lelaki itu sedikit terpinga.
Sophia memandang kiri kanan.
“Tak cari apa-apa.”
Lelaki itu tersenyum.
“Saya nampak awak tengok dekat handphone lepas tu tengok keris.”
Sophia melihat telefonnya sendiri.
Kemudian lelaki itu.
So?
“Corak apa tu?”
Sophia tidak menjawab.
Sebaliknya dia memberikan pandangan yang membuat senyuman lelaki itu perlahan-lahan mengecil.
Perlu ke aku menjawab?
Lelaki itu mengangkat kedua-dua tangan sedikit.
“It’s okay kalau awak tak nak bagi tahu.”
“Okay.”
Sophia terus mahu berjalan.
“Tapi maybe saya boleh bantu.”
Sophia berhenti.
Dia menoleh sedikit.
Lelaki itu menunjuk ke arah tangga.
“Sebab muzium ni tiga tingkat.”
Sophia memandang tangga.
Kemudian kembali kepadanya.
“Kalau awak nak tengok semua keris yang ada…”
Dia tersenyum.
“…panjang perjalanan awak.”
Sophia melihat telefonnya semula.
Akhirnya dia mengalah sedikit.
“Well…”
Dia memusingkan skrin ke arah dirinya sendiri, belum lagi menunjukkan kepada lelaki itu.
“Saya cari kalau-kalau ada keris yang design dia sama dengan gambar ni.”
“Boleh saya tengok?”
Sophia terus memandangnya.
Lama.
Lelaki itu ketawa kecil.
“Okay. Tak boleh.”
Sophia tersenyum nipis.
“Pandai pun.”
Lelaki itu tidak kelihatan tersinggung.
Sebaliknya dia memandang deretan keris di hadapan mereka.
“Tapi kalau awak cari keris yang betul-betul sama…”
Dia menggeleng.
“…susah.”
Sophia yang tadi mahu pergi terus diam.
“Kenapa?”
“Setiap keris tak semestinya sama. Lagi-lagi kalau custom-made.”
Sophia memandang pameran.
“Maksudnya?”
“Mungkin ada design yang berkait dengan keluarga tertentu. Tapi dalam keluarga yang sama pun tak semestinya semuanya serupa.”
Sophia kembali memandang lelaki itu.
Lelaki tersebut menunjuk kepada salah satu keris tanpa menyentuh kaca.
“Ukiran, bentuk, hulu… benda-benda macam ni boleh ada sebab dia sendiri.”
Sophia mendengar.
“Depend pada pembuat, pemilik, tempat… banyak benda.”
Dia berhenti seketika.
“Setiap ukiran boleh ada makna.”
Mata Sophia kembali kepada gambar dalam telefonnya.
Lelaki itu menyambung santai,
“Itu keris. Not simply made.”
Kemudian dia tersenyum.
“They made it on purpose.”
Sophia diam.
Ayat itu entah kenapa melekat.
Dia memandang semula gambar kerisnya.
Ukiran yang semalam hanya dilihat kerana cantik kini terasa seperti sesuatu yang sepatutnya dibaca.
Bukan sekadar dilihat.
“Ohhhhh…”
Lelaki itu ketawa kecil melihat reaksinya.
Sophia mendongak ke tingkat atas.
Kemudian ke tangga seterusnya.
Tiga tingkat.
Dia menghela nafas.
“Terima kasih untuk info.”
“Sama-sama.”
Sophia mula berjalan.
Dua langkah kemudian dia berpaling.
“Dan sekarang encik buat saya lagi eager nak pusing satu bangunan ni.”
Lelaki itu ketawa.
“Sorry.”
“Thanks a lot.”
Sophia berpusing semula.
Telefon masih di tangan.
Gambar keris masih terbuka.
Dia berhenti di pameran seterusnya.
Zoom.
Banding.
Bergerak lagi.
Kali ini Sophia tidak mencari sesuatu yang benar-benar sama.
Dia mencari satu lengkung yang serupa.
Satu ukiran.
Satu bentuk.
Satu petunjuk kecil yang mungkin menghubungkan keris di rumahnya dengan sesuatu yang berada di sini.
Entah apa.
Entah kenapa.
Tetapi untuk pertama kalinya sejak membawa pulang keris itu—
Sophia yakin ada sesuatu yang belum dia faham.
Dia memandang tingkat di atas.
Kemudian kembali kepada gambar di tangannya.
There must be something here.

Sunday, 18 October 2026

JANJI YANG TAK TERUNGKAPKAN : BAB 4 SUATU HARI YANG INDAH

Telefon Sophia berbunyi.
Sekali.
Dua kali.
Tiga kali.
Kemudian bertalu-talu.
Sophia yang sedang berdiri di hadapan mesin kopi hanya memandang telefonnya dari jauh.
“Kenapa?”
Telefon berbunyi lagi.
Dia mengambil cawannya.
Berjalan ke meja.
Skrin telefon penuh dengan notification.
Instagram.
TikTok.
WhatsApp.
Group office.
Group production.
Group yang dia sendiri tidak ingat bila dia join.
Sophia membuka satu.
WEH DAH 48K!
Satu lagi masuk.
SOPHIAAAA 62K!
Sophia mengerutkan dahi.
“Apa benda?”
Dia membuka Instagram ThrowBag.
Video semalam sedang bermain.
Seorang wanita berpakaian zaman silam berdiri di bawah teduhan rumah kayu. Seorang lelaki datang menghampirinya membawa sebuah beg.
Dinda…
Kanda hadiahkan ini untuk Dinda.
Kemudian visual bertukar pantas.
Beg yang sama berada di tangan seorang wanita moden.
Tulisan muncul perlahan di skrin.
THROWBAG: ONCE UPON A TIME
Sophia melihat jumlah tontonan.
“Oh.”
Refresh.
Nombor berubah lagi.
“Ohhh.”
Refresh.
Naik lagi.
“OHHHH.”
Pintu biliknya tiba-tiba terbuka.
“SOPHIA!”
Sophia hampir tertumpahkan kopi.
“Ya Allah, Jess!”
Jess masuk sambil mengangkat telefonnya.
“You tengok tak?!”
“Tengah tengok.”
“Comments!”
“Aku belum baca.”
“Baca!”
Sophia scroll.
Ada yang memuji beg.
Ada yang bertanya harga.
Ada yang bertanya bila design tertentu akan restock.
Tetapi semakin ke bawah, semakin ramai yang bermain dengan dialog iklan mereka.
Kanda, Dinda nak warna hitam.
Kanda, kalau sayang Dinda belikan dua.
Kanda jangan bagi harapan kalau beg pun tak mampu bagi.
Sophia pecah ketawa.
“Yang ni bodoh.”
Jess merampas telefonnya.
“Tengok ni!”
Satu komen lain muncul.
Suatu hari yang indah, Kanda akan datang dengan ThrowBag… kalau Kanda masih hidup.
Sophia terus ketawa.
“Netizen memang tak boleh bagi chance.”
Jess pula sudah tidak boleh duduk diam.
“We need to do something.”
Sophia memandangnya.
“Buat apa?”
“Engagement.”
Sophia diam sekejap.
Kemudian mengambil telefonnya kembali.
Dia scroll.
Scroll lagi.
Matanya berhenti pada satu komen.
Suatu hari yang indah…
Sophia mengetuk meja perlahan.
Sekali.
Dua kali.
Jess kenal sangat muka itu.
“What?”
Sophia mengangkat kepala.
“Kita bagi ayat ni dekat orang.”
“Ayat apa?”
“Suatu hari yang indah.”
Jess menunggu.
Sophia mula tersenyum.
“Kita jangan habiskan.”
“Habis tu?”
“Kita suruh dia orang habiskan.”
Petang itu satu posting baru naik di semua platform ThrowBag.
Tidak banyak visual.
Tidak banyak tulisan.
Hanya satu ayat:
SUATU HARI YANG INDAH…
Dan di bawahnya:
Sambungkan ayat ini dan rakamkan dalam versi zaman silam yang paling menarik anda.
Sophia menyandarkan tubuh di kerusi.
“Now kita tengok.”
Jess yang berdiri di belakangnya masih ragu-ragu.
“Orang nak buat ke?”
Sophia mengangkat bahu.
“Kalau tak buat, tak buatlah.”
Malam itu mereka mendapat tujuh penyertaan.
Esok pagi—
tiga puluh dua.
Tengah hari—
lebih seratus.
Hari ketiga, Sophia sudah tidak mampu menonton semuanya.
Ada yang menyewa baju.
Ada yang menggunakan langsir rumah sebagai tanjak.
Ada yang membawa bakul.
Ada yang menggunakan sudip sebagai keris.
Seorang lelaki muncul lengkap berpakaian tradisional, berdiri di hadapan pintu rumah sambil berkata dengan penuh perasaan,
“Suatu hari yang indah… Kanda akan pulang kepada Dinda.”
Pintu terbuka.
Seorang wanita menjawab dari dalam,
“Tak payah. Sampah belum buang.”
Video tamat.
Sophia terdiam.
Kemudian ketawa sampai terpaksa menutup muka.
“Aku tak boleh buat kerja macam ni.”
Aiman dari meja sebelah menjenguk.
“Kenapa?”
Sophia menunjukkan telefon.
Beberapa saat kemudian satu bahagian pejabat ketawa.
Kempen itu hidup dengan sendirinya.
Orang tidak lagi sekadar menonton iklan ThrowBag.
Mereka menjadi sebahagian daripadanya.
Dan dalam hampir setiap video—
beg Jess ada.
Nama Jess ada.
ThrowBag ada.
Beberapa hari kemudian Jess berdiri di hadapan Sophia dengan wajah yang terlalu gembira untuk disembunyikan.
“I nak keep.”
Sophia masih menaip.
“Keep apa?”
“Konsep ni.”
Sophia berhenti.
“Zaman silam?”
Jess mengangguk laju.
“Untuk beberapa series.”
Sophia bersandar.
“Jess…”
“Please.”
“Kita baru habis satu.”
“I know.”
“Team aku dah rupa mangsa perang.”
Jess ketawa.
“Tapi sekarang orang tengah tunggu.”
Sophia diam.
Jess duduk di hadapannya.
“Before people lose interest. Kita kena cepat.”
Sophia memandang ke luar bilik.
Teamnya memang masih bekerja.
Ada yang sedang menyusun footage.
Ada yang menjawab enquiries.
Ada yang menyunting content daripada penyertaan orang ramai.
Minggu-minggu kebelakangan itu mereka hampir tidak berhenti.
Sophia kembali memandang Jess.
“Okay.”
Mata Jess terus bersinar.
“Tapi aku ada syarat.”
“Apa?”
“Three days.”
“Hah?”
“Cuti.”
Jess terdiam.
“Untuk seluruh team aku.”
“Sophia…”
“Three days, Jess.”
“Dua.”
“Tiga.”
“Dua setengah.”
Sophia mencebik.
“Cuti apa ada setengah?”
Jess ketawa.
“Okay, tiga.”
Sophia terus menghulurkan tangan.
“Deal.”
Jess menyambutnya.
“Lepas tiga hari terus start.”
“Lepas tiga hari baru boleh sebut perkataan kerja depan aku.”
“Deal.”
Hari pertama cuti, Sophia bangun lewat.
Tidak ada alarm.
Tidak ada orang memanggil namanya.
Tidak ada WhatsApp berbunyi:
Kak, artwork ni okay?
Sophia, client nak amend.
Sophia, video dah export.
Sophia, boleh tengok kejap?
Tidak ada.
Sophia berbaring sambil memandang siling.
Sunyi.
Seekor kucing melompat naik ke katil.
Sophia memandangnya.
Kucing itu memandang Sophia.
“Jangan suruh aku buat kerja.”
Kucing itu berjalan atas perutnya.
“Beratlah.”
Sophia menarik selimut.
Untuk beberapa minit dia cuba tidur semula.
Tak boleh.
Akhirnya dia bangun.
Rumah yang selama beberapa minggu hanya menjadi tempat dia mandi, tidur dan menukar pakaian terasa asing pula apabila dapat dilihat pada waktu siang.
Sophia membuat kopi.
Menyiram pokok.
Mengemas sedikit.
Kemudian tidak tahu mahu buat apa.
Dia duduk di sofa.
Bangun.
Masuk bilik.
Keluar balik.
“Patutlah orang pergi kerja.”
Dia mencapai telefonnya.
Tangan hampir membuka group office.
Sophia cepat-cepat meletakkan telefon terbalik.
“Tak.”
Dia sudah berjanji.
Tiga hari.
Petang semakin senyap.
Sophia akhirnya mengambil kain kecil dan mula mengelap barang-barang di atas meja hiasan.
Frame gambar.
Buku.
Bekas kecil.
Kemudian tangannya berhenti.
Ada sesuatu di hujung meja.
Panjang.
Bersarung.
Sophia memandangnya beberapa saat.
“Oh…”
Baru dia teringat.
Keris.
Sudah berapa lama benda itu berada di situ?
Sejak Melaka.
Sejak kedai itu.
Sejak cebisan kertas pelik itu jatuh tepat ketika jam berdentang dua belas malam.
Sophia mencapai keris tersebut.
Kemudian tangannya terhenti di udara.
Keningnya perlahan-lahan berkerut.
“Hmmm?”
Dia mengambilnya.
Beratnya masih sama.
Bentuknya masih sama.
Tetapi—
Sophia membawanya dekat ke tingkap.
Cahaya petang jatuh pada permukaannya.
Dia memusingkannya sedikit.
Pantulan cahaya bergerak di sepanjang ukiran.
Sophia diam.
Dia memusingkannya ke sebelah lagi.
Ada warna keemasan yang dia tidak ingat pernah nampak.
Kusam yang dahulu menutupi beberapa bahagian hampir tidak kelihatan.
Ukirannya pula lebih jelas.
Lebih hidup.
Lebih… cantik.
Sophia mengerutkan dahi.
“Eh?”
Dia cuba mengingat kembali malam dia membelinya.
Kedai keris.
Pekerja kedai.
Perempuan air mineral.
Bismillah.
Kertas jatuh.
Jam berdentang.
Tetapi rupa keris?
Sophia tidak pasti.
Malam itu dia terlalu sibuk dengan cebisan kertas sehingga hampir tidak memerhatikan keris tersebut.
Dia mengangkatnya sedikit tinggi.
Cahaya menyentuh bahagian ukirannya sekali lagi.
Emas itu berkilau.
Sophia mengecilkan mata.
“Adakah…”
Dia memusingkan keris itu perlahan.
“…kau memang secantik ini…”
Satu lagi sudut.
“…sewaktu aku membeli kamu?”
Sunyi.
Sudah tentu tiada jawapan.
Sophia masih memandang.
Kemudian bibirnya perlahan-lahan tersenyum.
“Hmmm.”
Telefon di atas meja langsung tidak disentuh.
Cebisan kertas juga tidak terlintas di fikirannya.
Buat pertama kali sejak membawa pulang keris itu dari Melaka, Sophia tidak tertarik kepada apa yang jatuh daripadanya.
Dia tertarik kepada keris itu sendiri.
Sophia membawa wajahnya semakin dekat.
“Kiri cantik…”
Dia memusingkannya.
“Kanan cantik…”
Sophia tersenyum.
“Cantik rupanya kau ni.”
Dan tanpa Sophia sedari—
rasa ingin tahu yang selama ini melekat pada sehelai kertas lama…
akhirnya berpindah kepada sebilah keris.

Sunday, 11 October 2026

JANJI YANG TAK TERUNGKAPKAN : BAB 3

ThrowBag: Once Upon A Time
Jess memandang skrin di hadapannya lama.
Sophia pula bersandar di kerusi, menunggu.
Satu minit.
Dua minit.
“Jess.”
“Hmm.”
“Kalau tak suka, cakap tak suka.”
Jess masih memandang visual konsep yang Sophia bentangkan.
“Siapa cakap I tak suka?”
Sophia mengangkat kening.
“Dah dua minit you diam.”
“I tengah imagine.”
“Oh.”
Sophia kembali duduk tegak.
Jess menganalisa beberapa visual di skrin. Rekaan beg yang moden digandingkan dengan latar dunia lama—kain, rumah kayu, lorong-lorong sempit, suasana yang seolah-olah datang daripada zaman yang sudah lama berlalu.
“I suka.”
Sophia tersenyum.
“Kan?”
“Tapi…” tarik Jess
Sophia terus mencebik.
“Aku dah tahu dah mesti ada tapi.”
Jess ketawa.
“I nak campaign ni betul-betul kuat. Bukan cantik aje.”
“Of course.” jawab Sophia
“I suka macam Cristy Ng. Dia tak takut letakkan diri dia dengan brand dia. Orang nampak dia, orang tahu produk dia. I nak macam tu.” Terang Jess
Sophia mengangguk.
Itulah sebabnya sejak awal dia mahu Jess berada di hadapan.
Bukan sekadar nama kecil di hujung iklan.
Bukan sekadar designed by.
Jess adalah wajah di sebalik ThrowBag. Kalau orang jatuh cinta dengan produk itu, Sophia mahu mereka mengenali perempuan yang menciptanya sekali.
“That's why I letak you as main character.”
Jawab Sophia sambil berdiri menunjukkan Sophia 
Jess memandangnya.
“Serious?”
“Serious. Beg you. Cerita you. You duduk belakang buat apa?”
Jess tersenyum puas “Okay. I trust you.”
Sophia terus bangun “Good. Sebab production dah nak start.”
“Hah?” Jess terkejut dengan reaksi pantas sophia. 
Sophia sudah mencapai telefonnya.“Bye.”
“Sophia!” Jerit Jess
“Too late!” Sophia terus berlalu pergi
Set penggambaran pagi itu kelihatan seperti dunia lain.
Sophia berdiri di tengah-tengah kekecohan sambil memegang beberapa helai storyboard yang sudah penuh dengan contengan.
“Yang kain belakang tu turunkan sikit!”
Crew di hujung set mengangkat tangan.
“Bukan naik! Turun!”
Kain turun.
“Ha. Situ.”Sophia memandang monitor.
“No, no, no…” Dia bangun.
“Lighting ni terlalu clean. Kita nak old-world feel. Bukan dia pergi photoshoot raya dekat studio.”
Beberapa orang ketawa.
Sophia berjalan masuk ke set.
Hari itu ThrowBag tidak lagi berada dalam tahun 2026.
Sophia mahu membawa beg itu jauh ke belakang.
Ke sebuah zaman yang dia sendiri tidak pernah kenal.
Bahasanya lama.
Geraknya perlahan.
Visualnya romantik, tetapi bukan terlalu manis.
Dan entah kenapa, semakin lama Sophia membina dunia itu, semakin mudah segala-galanya muncul dalam fikirannya.
“Okay, kita try scene ni.”
Sophia menunjukkan posisi kepada talent lelaki.
“Awak datang dari sebelah sana.”
Kemudian dia memandang Jess sebagai watak wanita
“Dinda dekat sini.” Jess hanya mengangguk.
“Awak jangan terus senyum. Kanda baru datang.”
Sophia berhenti.
“Kanda…”
Dia mengulang perlahan, cuba merasakan bunyinya.
“Okay. Nice.”Dia kembali ke monitor.
“Rolling!” Kamera bergerak.
Talent lelaki berjalan masuk.
“Dinda…”
“Cut!”
Sophia terus bangun.
“Too modern.”
Talent itu terpinga-pinga.
“Modern?”
“Cara awak pandang dia tu macam awak baru jumpa girlfriend dekat Starbucks.”
Satu set ketawa.
“Again.”
Sophia masuk ke tengah set.
“Macam ni. Awak dah lama tak jumpa dia. Awak datang bawa sesuatu. Jadi bila awak panggil dia…”
Sophia memandang Jess dengan lembut.
Suaranya berubah sedikit.
“Dinda…”
Jess buat mimik geli geleman... YUCKSSS
"U sana lah Sophia, i dan in character dinda ni" 

Di sebuah rumah yang jauh dari situ, sebilah keris yang terbiar di atas meja hiasan bergetar halus.
Sophia sudah lama tidk mengambil tahu mengenai kewujudan keris tersebut. 
Dia masih berdiri di hadapan talent.
“Then awak cakap…”
Sophia mengambil ThrowBag daripada tangan crew.
“Kanda bawakan sesuatu untuk Dinda.”
Pada permukaan keris itu, satu tompok kusam yang sudah bertahun-tahun melekat pada logamnya mula merekah.
Sedikit.
Terlalu sedikit untuk disedari sesiapa.
“Macam tu,” kata Sophia.
Talent lelaki mengangguk.
“Okay.”
“Again!”
Kamera kembali rolling.
Tengah hari semakin panas.
Sophia masih belum berhenti.
“Wardrobe!”
“Ya!”
“Pin belakang tu nampak.”
“Okay!”
“Camera, tadi movement cantik. Kita repeat.”
“Okay!”
“Jess, jangan tengok camera!”
“I tak tengok!”
“You tengok.”
“I tak!”
Sophia menjeling.
Jess ketawa.
“Okay, sorry.”
Sophia menggeleng sambil kembali memandang monitor.
Seseorang tiba-tiba berdiri di sebelahnya.
“Boleh ke air sejuk?”
Sophia yang sedang fokus terus menyambut botol yang dihulurkan.
“Oh… boleh. Thank you.”
Perempuan itu tersenyum.
Kemudian berlalu.
Sophia membuka botol tersebut dan minum beberapa teguk sambil matanya masih melekat pada monitor.
“Okay, yang tadi kita ambil lagi sekali.”
Dia menutup botol.
Kemudian berhenti.
Matanya bergerak perlahan ke tepi.
Perempuan tadi sudah beberapa meter daripadanya, sedang menghulurkan air kepada crew lain.
Sophia memandang.
Macam pernah nampak.
Dia mengecilkan mata.
Perempuan itu berjalan lagi.
Sophia terus memerhatikannya.
“Eh…”
Satu memori muncul.
Melaka Straits.
Malam.
Seorang perempuan berjalan semput sambil bergelut membuka botol air mineral.
Sophia terus menegakkan badan.
“Tu bukan ke kakak yang briskwalk malam-malam tu?”
Perempuan itu sudah semakin jauh.
Sophia masih cuba melihat mukanya.
“Kak Sophia!”
“Hah?”
“Ready.”
Sophia memandang set.
Kemudian kembali memandang perempuan tadi.
Dah hilang di sebalik crew.
“Hmmm…”
“Kak?”
Sophia menggeleng.
“Nothing. Okay, rolling.”
Dan begitu sahaja, fikirannya kembali kepada kerja.
“Action!”
Talent lelaki masuk ke frame.
“Dinda…”
Sophia memerhati monitor.
“Kanda kembali membawa sesuatu untuk dinda".
Sophia sudah lupa berapa kali dia menyebut perkataan itu.
“Kanda masuk frame.”
“Kanda tunggu.”
“Kanda jangan jalan dulu.”
“Close-up masa Kanda bagi beg.”
“Expression Kanda terlalu happy.”
“Okay, Kanda sekali lagi.”
“Cut!”
“Again!”
“Good!”
Setiap kali perkataan itu keluar daripada bibir Sophia, sesuatu berlaku pada keris yang ditinggalkannya.
Sedikit demi sedikit.
Karat menghilang.
Kusam berundur.
Ukiran yang selama ini tersembunyi mula timbul.
Seolah-olah masa sedang berjalan secara terbalik pada sebilah keris yang sudah lama dilupakan.
Tetapi di tengah-tengah set yang penuh manusia, lampu dan suara—
Sophia tidak memikirkan keris itu langsung.
Yang sesekali muncul dalam kepalanya hanyalah cebisan kertas.
Kunda?
Kundur?
Entah apa.
“Okay!”
Sophia bertepuk tangan.
“Last shot!”
Semua orang bersorak kecil.
Sophia kembali memandang monitor.
Di skrin, seorang lelaki dari zaman yang tidak pernah wujud menyerahkan sebuah beg moden kepada seorang perempuan yang menunggunya.
Sophia tersenyum.
“Cantik.”
Jess datang berdiri di belakangnya.
“Title?”
Sophia tidak perlu berfikir lama.
Matanya masih pada skrin.
“ThrowBag: Once Upon A Time.”
Jess tersenyum.
Sophia menyandarkan tubuh ke kerusi.
Penat.
Tetapi puas.
Di rumahnya yang sunyi, sebilah keris terbaring di atas meja.
Tidak lagi sama seperti pagi tadi.
Dan buat pertama kali setelah sekian lama, di celah ukirannya yang tua—
emas mula berkilau.

SCRAPBOOK NEGENTROPY : Dynamic Equilibrium Intervention

Sabtu, 10 October.

Sementara Bella Astillah dan Syed Saddiq prepare untuk majlis kahwin…
Majlis aku?
Tunggu dulu.
Tapi aku tak sarankan tunggu lama-lama sangat. Silap haribulan semua dah bau-bau tanah wakaf, majlis aku tak sampai-sampai lagi.
HAHAHAHA.
Okay takpe.
Let’s enjoy today.
Sementara ALLAH masih bagi pinjam nafas dan nyawa, jom kita ke Ministry of Biomechanical Affairs.
Hari ni awal kita sampai.
Sambil mempersiapkan diri untuk sesi Dynamic Equilibrium Intervention, aku riki-riki dulu kawasan.
Tengok orang senam sana.
Senam sini.
Haish.
Boring pulak.
Takpe. Kita buatlah senam sikit-sikit.
Ngam jam 9 pagi—
Bermulalah Dynamic Equilibrium Intervention. 
Huhuhu.
Well.
Lain ae.
Tuan Minister ni dasat.
Rasanya semua dalam kelas ni dah master-master sebab dia kenal. Aku budak baru belajar terus—
HAAAAA DUDUK DEPAN MUKA DIA.
Bagus.
Senang beliau menyaksikan sendiri kegagalan sistem keseimbangan negara.
Level dia memang level tinggi. Aku ni selama ni main level beginner je.
Tapi bila mula buat…
Eh.
Badan aku macam kenal.
Teringat zaman aku gila Pilates dulu. Tiap-tiap minggu, dua tiga kali tanpa gagal. Tengah kerja pun aku buat yang simple-simple.
Stretching je kan.
Betullah Personal Trainer aku cakap.
Badan aku masih ada muscle memory.
Bila disuruh buat itu ini, posture masih tahu nak duduk mana.
Lunges?
Oh. Kenal.
Squat A.
Squat H.
Semua auto.
Badan buka fail lama.
Padahal zaman aku gila Pilates dengan sekarang dah jarak lapan tahun.
Lepas tu Pilates aku tukar kepada running sekitar 2023 sampai 2025. Oktober 2025 aku kena diagnose masalah saraf akibat jangkitan kuman.
Terus stop.
Fun run tak join.
Brisk walk pun sangkut.
Aktiviti fizikal semakin berkurangan dan akhirnya bertukar kepada—
duduk rumah dan pergi shopping.
Sangat mencabar.
Jadi hari ini, setelah sekian lama, bermulalah kembali Dynamic Equilibrium Intervention.
Dan beberapa minit kemudian—
YA ALLAH.
Minta nyawa.
Minta nyawa.
Tapi tuan-tuan dan puan-puan…
Strong mind. Strong body. You can do it.
Kata Denise Austin.
YES.
I CAN.
Cumanya Denise Austin dulu dia kira berapa kali.
Yang ni dia kira MINIT.
Aduiiiiii.
Help.
Help.
Tuan Minister ni bagus.
Dia check seorang-seorang.
Dia tak bagi kau buat ashe-ashe je.
Sekali aku tengah struggle…
Alamak.
Dia tengok.
Muka kena steady bai.
πŸ™‚
Dalam badan:
AAAAAAAAAAAAAAAA.
Boleh pulak dia bantai gelak tengok aku struggle.
Haish.
Alhamdulillah bukan aku seorang first timer.
Takpe.
Kita buat ikut yang kita tahu.
Kiri.
Back center.
Pause.
Kanan pula.
Back center.
Pause.
Kiri balik.
Yang penting bukan kuantiti.
Kualiti apa yang kau buat tu.
Dan masa tu aku boleh rasa seluruh badan stretching betul-betul.
Huhuhu.
Seronokkk sia.
Lama gila tak buat dengan betul macam ni.
Habis Dynamic Equilibrium Intervention, peliknya aku rasa masih banyak tenaga pagi ni.
So…
Kita sambung dengan Sustained Locomotor Experiment.
Naik machine.
Aku berlari.
Satu kilometer.
Up sikit.
Bagi lajuuuuu.
Pace 7.
RUNNNNN.
Dua kilometer.
Letih.
Turun pace 8.
Dan entah macam mana…
aku boleh termenung.
Termenungggg ku sendiriiiiii…
mengenangggg…
Huhuhu.
Lagu raya.
Aku terus berlari.
Tiga kilometer.
Pemandangan masih sama.
Dinding yang sama. 
Cermin yang sama. 
Manusia yang sama.
Kaki aku bergerak, 
tapi aku tidak ke mana-mana.
Dan entah pada kilometer ke berapa, satu persoalan muncul—
apakah tujuan kewujudan aku di muka bumi ini?
Aku pandang nombor di treadmill.
2.74 km.
Oh.
Patutlah.
Apakah tujuan kewujudan aku di muka bumi ini?
Aku pandang treadmill.
Aku sebenarnya hamster... 
Noooooo... Hahahaha
YA ALLAH SESUNGGUHNYA.
Aku bukan seekor hamster chubby yang comel.🐹 
Sudahlah tu.
Jomlah cari Putrajaya lagi.
I is cannot like this.
No.
No.
Tolong jangan biarkan aku memerhati cermin yang sama, dinding yang sama, berlari di tempat yang sama.
Tiada apa yang bergerak melainkan nombor-nombor di atas machine.
Mari kita selamatkan diri kita.
Marilah kite keluar dari Ministry ini
Enough for today

Jommmm.
Ke Old Town White Coffee.
Coffee + Brunch
Nak mana Hazelnut Coffee ke❤️ 
Nak Caramel keπŸ’œ 
Atau originalπŸ’‹ 
Which one is your flavour πŸ’ 
Kopi kite tapau bawak balik rumah
Minum kat depan tv sambil tengok 
Luar beranda... Tgk train lalu

Sekian,

Nota Scrapbook of Negentropy untuk hari ini.
Selamat membuat ulang kaji Physics of Aida.
Anda masih mempunyai banyak kelas sebelum berjaya khatam semua terminology.
Lots of love,πŸ’œ

SCRAPBOOK NEGENTROPY : SUSTAINED LOCOMOTOR EXPERIMENT!

SCRAPBOOK OF 

Macam biasa... bahagian 2!

Lessssssgoooooooo...... 

Saya percaya setelah 20 episod nanti anda akan menjadi bijak fizik versi Aida dan memahami apa yang kita sedang ceritakan...

Baiklah... mari kita masuk ke pengenalan bab kita pada hari ni...

Owh... pandai-pandai korang fikir binatang apa dari tajuk yang diberikan... mungkin ia adalah enjin motosikal atau enjin motorbot... atau tiada kaitan dengan motor...

Perkara ini berlaku dengan...

"Takpe akak boleh belikan, lagi pun akak memang nak ke mall."

Yupp... that's me...

Memang sebenarnya aku ada appointment Rhythmic Kinetic Intervention pada jam 7.30 malam...

Apa dia? Ni binatang apa pula? Entahlah ae... mungkin ubat yang kena makan dua kali sehari...

AHAHAHAHAHAHA...

Kita teruskan...

Aku pun bersiap untuk nak ke appointment aku, namun setelah solat Maghrib di rumah, aku gagal untuk berada di tempat appointment aku pada waktu yang ditetapkan.

Segan pula nak lalu situ tapi tak masuk... almaklumlah kedai Mr.DIY tu sebelah je...

Tetiba otak aku berfungsi...

Baru je minggu lepas aku cari reben... reben takde, yang aku beli tu lah last. Pastu aku teringat pula tempat lagi satu...

Disebabkan situ habis lah... aku ke tempat yang hampir habis... jadi aku pun bergerak ke suatu tempat yang lain...

Dia macam alaaaaaaa... dah siap-siap daaaa... takkan tak nak buat apa-apa... kata aku dalam hati...

Masih berfikir namun aku berfikir lagi...

Nak cari reben... nak cari reben...

Maka membelilah reben aku di situ...

Belek 1, belek 2...

Aikkk mana reben tarik-tarik...

Alaaaaaaaa kenapa... WHYYYY... WHYYYY semua dah habis...

Ish la... time nak takde... time tak nak... berjoget-joget depan mata...

Takpe Jebat... semua ni dugaan duniawi je Jebat...

Kita beli je lah reben biasa... buatlah sendiri, tengok TikTok ke YouTube ke...

Aku redha Jebat... ini semua dugaan-Nya...

Sampai gitu sekali ae...

Habis je membeli-belah... aku duduk dalam kereta layan call dari Mama, sambil sembang dengan dia...

Aku berfikir...

Macam best je pergi Putrajaya...

Lama sangat tak run secara reality. Serius aku tak ingat last... Melaka kot? Owhhhh tidak tidak... Dekat wetland Putrajaya, tapi tu briswalk jeLepas tu takde dah.

Yang pergi Taman Botani tu jalan-jalan tengok tempat... HAHAHA tak kira...

Yang betul-betul last run atas treadmill...

Tapi nak cerita kat korang...

Tak sama... serius tak sama...

Treadmill aku boleh buat 3 km run tanpa henti, pace 7...

Time ni aku fuhhhhhhh... ala benda small the pieces... tak susah langsung... still got it...

Boleh ni... aku okay lagi nak pergi run...

Jadi dengan ini saya nak buat announcement yang...

PUTRAJAYA I'M KAMINNNNNNN!!!

Tempat ni kira tempat healing aku, cantik, ramai orang, tak rasa seorang kalau datang sini. Cukup sekadar aku tengok bangunan, tangkap gambar, duduk kat tangga tepi jalan ni...

HAHAHA cerita pasal duduk kat tangga ni korang...

Saja je aku tangkap gambar... sebab dulu aku pernah duduk kat tangga tunggu abang JPJ...

Bukan bukan... ni tak sado macam dalam perarakan Hari Kebangsaan...

Ini sebab tak renew roadtax...

KEKEKKEKEKEK...

Okie okie bang selesaikan lah apa yang patut... saya tunggu je kat tangga ni...

Abang JPJ tu pergi settle budak-budak lumba jap... pastu baru aku tahu apa nasib aku...

Well alhamdulillah renew roadtax tu...

KEKEKEKE takpelah kenangan...

Nanti aku tengok roadtax tu aku teringat Putrajaya dengan tarikh sekali...

Nanti tahun depan... aku tengok tarikh nak renew roadtax balik... mesti aku tergelak teringat kenangan Putrajaya...

Haaaaa that's why lah aku kata kat sini...

Dari bulatan Masjid Putra ni terus jalan Boulevard ni straight je...

Sepanjang jalan ni jalan kenangan...

Tetiba aku nak ajak korang menelusuri sepanjang jalan kenangan...

To tell you the truth...

Well this is my first time jogging all alone through this street...

Aku tak pernah datang sini sorang-sorang... last time pun ada orang teman...

Takpe everything needs a first time...

Maybe ni first to many times... I don't know...


Alamak... awkward-nya lahai rasa...

Takpe buat-buat FOMO sambil run, sambil lah tangkap gambar sendiri... acah-acah main telefon...

Teringat aku memberi makna di setiap selekoh yang aku lalui...

Dan aku jalan lagi ke depan cuba mengingati bangunan mana yang jumpa akak hari tu...

Makin lama makin jauh...

Rasa dah jauh...

Tengok jam kat tangan...

EHHHHHH 1 KM BARU?!

AMENDE AE?!

Tempat yang bagi makna tak sampai-sampai...

Dah macam kurang bermakna je...

KEKEKEKE...

Takpe jalan depan lagi...

Kita cukupkan 2 km pergi, 2 km balik...

Alamakkkkk orang makin ke depan makin takde...

Kedai makan tepi jalan ye banyak... ada burger, ada pasta...

Jangan sampai aku singgah...

AHAHAHAHA...

Takpe... dah dah dah jom lah patah balik sebab sorang-sorang first time... confident tak berapa ada...

Pastu aku pun dah lama tak long run macam ni...

Aku pun U-turn patah balik belakang...

Sambil mesmerising semua yang ada di kiri dan kanan aku...

Bila aku berjalan sorang-sorang, aku mula menghayati apa yang ada di persekitaran aku...

Bangunan...

Aku start tengok...

Owhhhhh ni bangunan Ministry of Finance rupanya...

Laaaa banyak kedai tepi jalan...

Siap aku baca lagi menu apa...

Aku start teroka dunia yang sebenarnya tak baru...

Tapi kali ni aku rasa bila aku sorang-sorang dunia mula kelihatan berbeza dengan sebelumnya...

Alert terhadap persekitaran tinggi...

Sambil aku berlari aku mendengar orang bersembang... setiap butir terdengar jelas...

Aku mula melihat manusia di sekitar aku...

Dan aku mengagumi tempat-tempat yang aku pernah singgah dulu...

Owhhhh macam ni rupanya...

Aku duduk di tempat aku menunggu JPJ selesai urusan dia terjah budak-budak rempit dulu...

Ehhh kenapa nak throwback...

Buat je lah memori baru...

Lama-lama kalau aku hari-hari run kat sini... memori lama tu akan jadi tak istimewa dah ke?

EHHHHH SALAH...

Istimewa lah kenapa tak istimewa...

Tu sebab bila kita lari ke hadapan, sampai satu tahap kita akan patah balik...

Kalau tak...

KAU NAK BALIK MACAM MANA?!

HAHAHAHAHAHA...

Kereta kat parking belakang tadi kan...

Jadi memori adalah suatu tempat yang kita akan kembali mengenang, bukan untuk meratapi... untuk menghargai...

Things happen for a reason.

Yang tahu reason tu hanya satu... ALLAH je yang tahu...

Jadi just live in the moment...

Enjoy the time given...

Appreciate everything...

Dan memories...

Is something to thank for...


JANJI YANG TAK TERUNGKAPKAN : BAB 6 SURAT DAN KERIS

Majlis penyampaian hadiah pertandingan Suatu Hari Yang Indah berlangsung di sebuah dewan acara yang dihias dengan konsep moden dan klasik. D...