Sorry Untittled on Hold

I'm Been Busy Working and Fasting...


Assalammualaikum wahai pembaca dan pengunjung Milo Ais Sechawan,
maaf akan sudah lama aku tak update dengan cerita terbaru mengenai Kristal dan Rykal kerana aku punye idea sangat-sangat kering dan tidak kunjung tiba, yang kunjung tiba ialah part akhir cerita ini, sigh* aku nak idea sambungan cerita babak 16 tapi tak apa lah, aku tulis ending dia atas kertas dahulu. Kalau di ikutkan ending yang muncul di dalam kotak fikiran aku yang tidak berapa besar ni, jauh lagi perjalan cerita kita ini, setengah pon belom lagi, mungkin cerita Untittled ini akan menjadi macam cerita telenovela yang sampai beratus episod dia baru habis.... hahahahahaha.... tak apa lah kita semua pelahan-pelahan kayuh ye.
Start masuk bulan Jun ini aku sangat sibuk dengan kerja, rasa macam letih sangat je nak on lappy ni, agaknya itulah sebab kenapa idea aku tidak mari-mari, bila balik kerja je terus terjelepuk depan televisyen, aku sendiri pun tak tahu aku tengok apa cuma aku rasa macam nak beli koleksi cerita HOBBIT dari satu sampai tiga macam aku beli cerita Lord of the Ring, and yesss itu cerita kegemaran aku dari dulu kini dan mungkin selamanya. Kalau korang suka cerita LOTR ini yay! sepp sikit, kita geng... tetapi orang kata yang tengok cerita macam ni budak nerd je, macam hari tu aku tengok final cerita Hobbit dekat panggung wayang dengan Max, macam-macam Max tanya sebab dia tak pernah tengok tapi aku cakap kat dia, No Talking, I'm Watching, ask me later okay.... hahahahahah
Korang tahulah sekarang ni cuti sekolah, dan alhamdulillah rezeki butik yang aku kerja sekarang makin murah rezekinya dengan kedatangan pelanggan yang ramai setiap hari dan memang letih nak melayan, sebab macam-macam karenah ada, kadang-kadang sampai give up lah mak di buatnya.

hijau itu menyejukkan

Memandangkan bulan Ramadhan sudah menghampiri kita, aku pun barulah semangat nak ganti puasa, Alhamdulillah sudah empat hari aku dapat ganti, oleh yang demikian gula yang kurang menyebabkan otak mak tak aktif untuk berfikir tetapi bila mak fikir balik, mungkin sebab mak berpuasa maka dia terus dapat ending yang menarik, tak sabar mak rasa nak tulis cerita sehinggakan ending yang telah mak ada di dalam otak mak ini. Walaupun jauh lagi perjalanan untuk sampai ke bahagian ending itu tetapi mak akan cuba sebaik yang mungkin Yeahh!!!! (sambil berdiri dan buat sign peace depan komputer, dan Cik Toon tengok aku macam aku ada buat salah.... uhuk uhuk dok balik diam-diam)
Aku harap nanti bila bulan puasa nanti aku akan cuba mencuri waktu untuk menulis, aku berharap bulan Ramadhan nanti aku tak lah blur sangat kannnnnn. Cerita pasal Cik Toon, dia ada tanya aku kenapa last-last minute baru nak sibuk ganti puasa, and aku cakap lah baru ada rasa macam tanggungjawab nak puasa dan nanti bila Ramadhan tiba, aku dah ready dan tidak mengharapkan Cik Toon kejut aku untuk bagun sahur kerana sekarang ini bila aku ganti puasa, aku buat sendiri meal sahur aku. Jadi dengan semangat yang macam ini aku akan cuba teruskan sepanjang bulan Ramadhan nanti. 
Tadi punya cerita aku dan Cik Toon berjalan-jalan dekat Aeon dan tengok banyak baju lawa-lawa dan aku rasa baru je dieorang display baju baru semua tu dan yang paling mengejutkan baju untuk saiz macam Cik Toon dah habis (aku buat muka terkejut sambil pegang pipi sendiri di depan komputer dan Cik Toon memberikan pandangan sisi yang tajam, sebelum Cik Toon cakap apa-apa baik aku kembali normal.... CHANGEEEEEEE.... ngeeeee) jadi aku ngan Cik Toon pun mengambil peluang ini untuk membeli baju raya waaaaaaaa belum puasa tetapi baju raya dah ada.... macam tahun lepas aku pun beli sebelum bulan puasa dan aku beli satu lagi bila dah nak raya tetapi tahun ini dua-dua pun sebelum raya aku dah beli..... sighhhhhh**** terlanjur bercerita mengenai Ramadhan tiba-tiba tangan mak nak menulis sesuatu.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Semoga Tahun ini kita semua akang menjalaninya dangan penuh keimanan
Jadikan Ramadhan tahun ini terbaik dari semua Ramdhan yang pernah kita jalani,
Sesuatu perjalan hidup itu singkat,
oleh itu jadikan yang terbaik yang boleh kita jadikan.
Adakah mungkin Ramadhan bagi kita lagi, sempatkah kita menyambut Syawal,
Jadi jangan sia-siakan rezeki dan peluang untuk beribadat di bulan Ramadhan
Ketua segala bulan, bulan yang penuh dengan amalan
bulan yang memberikan kita bonus dan extra pahala,
Insya ALLAH amalan kita akan di terima oleh NYA
Insya ALLAH....

Inilah baju raya mak... jangan cakap mak tak payung k =D

p/s: aku baru je manambah koleksi baju warna merah dan hijau aku, kalau aku bukak je alamari, semua baju tradisional aku kalau tak kaler merah, kaler hijau (peningggggg) padahal aku punya faveret kaler ialah unggu... mak tak faham betui mak tak fahammmm... kekekeke Selamat berpuasa semua.


Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu