Untittled 12.

Babak 16.
Seducing Kristal part 2... I do Anything To Please You...


Kristal yang baru sahaja menyegarkan diri daripada pulang dari kerja terus berkejaran ke arah telefon barunya setelah telefon Iphone Emasnya berbunyi, Kristal tersenyum bahagia apabila melihat satu teks daripada Rykal yang mengucapkan terima kasih kepadanya dan menasihatkan Kristal untuk tidur awal membuatkan hati Kristal berbunga. Kristal tidak tahu samada dia mahu membalas atau tidak teks Rykal tersebut, setelah berfikir untuk beberapa lama Kristal mula menaip di telefonya yang berwarna emas dan di hiasi dengan biji-bijian kristal yang cantik dan berkilau.

Good Nite my dear Rykal, and you are not my master but my dear friends. So sleep tight i hope you will have a great dream tonite, take care daaaaa.

Kristal tekan send, tanpa dia sedari yang dia sedang tersenyum gembira, sama seperti cerita hindustan Kristal mula memeluk bantal busuknya dan terguling-guling di atas katilnya sambil Kristal teringat akan layanan Rykal yang amat baik dan romantik terhadapnya tadi. Tiba-tiba Kristal berhenti terguling-guling dan muka Kristal mula serius "baik jangan masuk perangkap buaya seorang ini, hmmmm tapi" Kristal ketawa besar sambil menutup lampu biliknya dan kemudian sambil berlari-lari anak, Kristal terus merebahkan dirinya diatas tilam vononya.
Keesokkan paginya Kristal tidak pergi ke kerja kerana hari ini ialah hari Kristal bercuti dan dia menghabiskan masanya berada di rumah dengan menolong ibunya mengemas rumah dan juga memasak. Kristal seorang yang sangat pandai masak, ini kerana ibu Kristal seorang yang sangat kolot. Bagi ibu Kristal seseorang perempuan itu walaupun segenius mana, tetap tidak akan terpisah dengan dapur dan seseorang wanita itu akan tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya dari suaminya jika seorang isteri itu tidak mengetahui bagaimana untuk menjaga perut suaminya. Oleh itu, apabila tiba masa Kristal cuti, Kristal akan cuba pelbagai jenis masakkan dan pada hari ini Kristal memasak masakkan arab iaitu nasi arab. Seperti biasa ibu Kristal akan memantau setiap pergerakkan anaknya semasa di dapur sama seperti ketua chef di dalam sesebuah restoren ternama. Pada mulanya Kristal memang tidak biasa dan tidak boleh membuat kerja apabila ibunya berbuat sedemikian rupa tetapi apabila setiap kali pun ibunya berkelakuan sedemikian rupa, Kristal sudah tidak lagi gentar dan Kristal juga mempunyai lagak seperti seorang chef yang sudah lama memasak. Apabila Kristal sudah habis memasak, Kristal mula menyediakan meja supaya situasi dan mood pada hari itu berbeza dengan hari-hari yang lain. Kristal suka melayan kerenah kedua ibu bapanya kerana dalam hidup Kristal, ibu bapanya lah kawan baiknya.
Seperti biasa Kristal menunggu bapanya pulang dari rumah dengan ibunya sudah tersedia lebih cantik daripada biasa bersedia untuk menyambut suaminya pulang makan tengah hari bersama. Apabila kereta proton iswara ayah Kristal sampai di halaman rumah, ibu Kristal terus menyambut suaminya di muka pintu, ibu Kristal senyum sehingga nampak giginya yang sudah tidak berapa penuh, Ayah Kristal turun dari keretanya dengan senyuman yang sangat banhagia, dia terus melangkah laju mendapatkan isterinya dan di hulurkan tangannya kepada ibu Kristal dan di cium lembut oleh ibu Kristal dan di usap kepala ibu Kristal oleh ayahnya. Kristal yang dari tadi hanya menjadi pemerhati melihat telatah ibu dan ayahnya berasa gembira dan bahagia kerana pada usia emas begini ibu dan bapanya masih lagi romantis seakan-akan baru berkhawin semalam dan Kristal juga berfikir adakah dia akan bernasib baik dan akan mempunyai suami yang sayang dan mencintainya sehingga rambut sudah menjadi putih, muka berkedut dan gigi sudah tinggal hanya beberapa batang sahaja. Sedang Kristal mengelamun di alam fantasinya, telinga Kristal dapat menangkap satu suara yang amat di kenalinya memberi salam, Kristal terus memandang tepat ke arah suara itu dan melihat seseorang yang dia harap dia tidak akan jumpa terutamanya pada hari cutinya.
"Masuk nak, masuk... biar pakcik kenal kan ini isteri pakcik boleh panggil makcik Biah" kata ayah Kristal sambil memperkenalkan ibu Kristal kepada Rykal.
"dan yang ini anak pakcik yang bongsu Kristal, kami tinggal bertiga sahaja, jom masuk jom" ayah Kristal terus melangkah masuk ke dalam rumah. Kristal membuat muka apabila Rykal menghulurkan tangan untuk bersalam, Rykal hanya tersenyum nakal apabila dia berjaya untuk datang ke rumah Kristal walaupun pada pagi tadi apabila Rykal menghantarkan mesej untuk mengajaknya makan tengah hari bersama, Kristal menolak dan berkata dia akan makan bersama Mei Mei dan mereka mempunyai mesyuarat dengan para designer kemungkinan besar Kristal tidak sempat pulang ke butik. Kristal yang terkejut apabila melihat Rykal pulang ke rumah bersama ayahnya tidak dapat berfikir di mana logiknya dan bagaimana Rykal dan ayahnya boleh berjumpa, Kristal cuba berfikir sedalam-dalamnya, cuba mencari alasan kenapa Rykal berada di rumahnya tiba-tiba satu ciuman singgah di pipi Kristal. Tergamam dengan tindakan Rykal, Kristal menjadi kaku dan matanya membulat takut akan tindakkan Rykal di lihat oleh ibu dan ayahnya, sesak nafas Kristal untuk seketika, kegilaan apa yang sedang melanda dirinya.
"Tengok anak awak tu, tak habis-habis dengan perangai kartun dia tu" kata mak cik Biah kepada suaminya.
"Anak saya tu anak awak jugak, banyak sangat tengok cerita Korea, tu yang perangai dia macam tu" terang pakcik Usop panjang lebar terhadap perangai Kristal yang suka buat aksi pelik-pelik. Rykal hanya ketawa-ketawa kecil apabila mendengar penerangan Pakcik Usop mengenai Kristal.
Pakcik Usop mengarahkan Kristal menghidangkan makanan tengah hari yang merupakan nasi arab yang mempunyai lauk-lauk yang setaraf dengan restoren yang hebat-hebat seperti salata hara, bersama sos khasnya, ayam kabsah dan juga kurma kambing, dan Kristal juga membuat air kesukaan ayahnya iaitu tembikai laici. Kristal menceduk dan mula mengisi pinggan-pinggan ibu bapanya dan juga Rykal, muka Kristal mula kemerah-merahan dan dia tidak sangka yang makan tengah harinya dia akan menjadi pelayan restoren kepada Rykal. Kristal tidak mampu berkata apa-apa dan hanya duduk memerhatikan sahaja Rykal melayan ibu dan bapanya, tanpa Kristal sedari segaris senyuman terukir di bibirnya. Di lihat Rykal yang menghormati kedua ibu bapanya dan bersembang dengan sopan dan ada ketikanya mereka bertiga ketawa sama seperti melihat rancangan maharajalawak mega, dan di dalam kotak fikiran Kristal jika inilah takdirnya bersama Rykal, pastinya keluarganya akan lebih bahagia.
"Kamu tak makan ke Kristal, dari tadi mak tengok asyik senyum je" kata makcik Biah dan kata-kata itu telah membawa Kristal kembali ke alam realiti.
"kamu janganlah tunjuk sangat perangai pelik kamu tu, Rykal tu macam berminat benor dengan kamu tu, hemsem pun hensem, ishhh cuba jadi normal sekejap" bisik makcik Biah kepada Kristal.
Apabila makan tengah hari berakhir, sebelum pakcik Usop dan juga Rykal berlalu pergi, Rykal sempat memberikan isyarat kepada Kristal sentiasa on kan telefon barunya, seperti seorang yang akur akan perintah tuannya Kristal menganggukkan kepalanya. Akhirnya kereta pakcik Usop pun berlalu pergi dan terus ke pejabatnya iaitu Homestay Teratak Usang Pak Usop, iaitu rumah banglow tiga tingkat yang sebelum ini kepunyaan Dato Hamzah iaitu jutawan yang terkenal di Perak dan telah di ubah suai oleh pakcik Usop menjadi Homestay empat tingkat setengah, dengan namanya yang unik ramai orang memilih untuk tinggal di teratak itu di mana pada sesiapa yang tinggal di tingkat lima, dua bilik akan berkongsi satu bilik air, manakala di tingkat empat setiap bilik mempunyai satu bilik air, dan di tingkat tiga dan tingkat dua hanya mempunyai satu bilik air untuk setiap tingkat dan akhrinya di tingkat satu mempunyai dua bilik air dan dua tandas.
"Pakcik nak ucapkan terima kasih dengan kamu Rykal, kenapa tiba-tiba nak tolong pakcik" tanya pakcik Usop sambil berjalan masuk ke dalam pejabatnya yang terletak di tingkat satu homestay tersebut.
"Tak apa lah pakcik, kebetulan saya berada di bank, dan saya kenal Dato Hamzah tu jadi tak menjadi masalah" Kata Rykal sambil tersenyum.
"Banyak duit pakcik buat ubah suai homestay ni, banyak barang nak kena beli jadi... entah lah Rykal pakcik tak tahu macam mana boleh over budget" keluh pakcik Usop kepada Rykal.
"Over budget? buku akaun homestay ni siapa yang kemaskini" tanya Rykal yang pelik dengan situasi Pakcik Usop memandangkan Homestaynya amat terkenal dan sentiasa ada orang tinggal dan ada juga menyewa untuk satu tempoh yang lama seperti enam bulan.
"Macam ni lah pakcik, saya ada kawan yang boleh bagi nasihat kepada pakcik bagaimana nak organize sesuatu syarikat" kata Rykal lagi.
"errrrr.... mana pulak syarikatnya Rykal.... hahahaha" Pakcik Usop ketawa apabila Rykal menggunakan istilah Syarikat terhadap Homestaynya yang hanya mempunyai pekerja beberapa orang.
Kemudian Rykal mula memberi penerangan kepada Pakcik Usop tentang apa yang harus Pakcik Usop lakukan untuk menjadikan Homestay Teratak Usang Pak Usop suatu yang terkenal dan akan menarik lebih ramai pengunjung. Pakcik Usop hanya menganggukkan kepalanya tanda faham dan akhirnya dia menerima pandangan dari Rykal dan akan memberikan amanah kepada kawan Rykal untuk mengguruskan akuan dan aliran wang tunai HTUPU. Apabila Pakcik Usop sudah memahami apa yang Rykal cuba perkatakan, Rykal meminta izin untuk meneruskan perjalanannya ke pejabat rakannya di Greentown Business Center.
"Kamu dari mana Rykal... ada perempuan baru lah tu. Kononya pergi bank, ke buat bank" tanya Hairi apabila dia nampak sahaja kelibat Rykal memasuki pejabat.
"I had my own thing, you just do yours okay. Aku tak lama, aku nak balik hotel berehat" jawab Rykal.
"Kau dah makan ke, kat bank ada jual nasi tak, or hamburger" kata Hairi sinis.
"I just had the best meal of my life and i'm also had an angel served me" kata Rykal lagi dan terus berlalu ke pejabat yang di pinjamkan kepadanya.
Apabila duduk sahaja di atas kerusinya, Rykal terus mengeluarkan telefonnya dan menaip sesesuatu dan tanpa berfikir panjang Rykal terus menekan butang hantar. Rykal tersenyum gembira, dia bersandar di kerusinya tanda puas sambil melihat pemandangan Ipoh daripada pejabatnya. Rykal tidak menyangka yang rancangan ke duanya walaupun pada mulanya tidak berjalan dengan lancar apabila Kristal berkata dia akan makan tengah hari dengan Mei Mei, satu panggilan dari Andrew Leong mengubah segala-galanya, apabila Andrew mengatakan bahawa banglow kepunya Dato Hamzah mungkin akan di lelong kerana orang yang membelinya tidak mampu membayar ansuran lebih dari tiga bulan dan kemungkinan besar owner baru banglow itu akan di istiharkan muflis. Apabila bersembang panjang dengan Pakcik Usop apabila terjumpa dengannya di bank dan mengetahui bahawa pakcik Usop itu adalah ayah kepada Kristal, tanpa berfikir panjang Rykal terus mengeluarkan wangnya untuk membayar dua bulan daripada tiga bulan ansuran tertunggak.
Bagi Rykal, ini adalah satu polisi insurans yang akan membuatkan Kristal akan lebih akur kepadanya, kerana Rykal juga telah menyelamatkan daripada Pakcik Usop di istiharkan muflis oleh pihak bank. Rykal tersenyum bangga dan puas, sekarang ayah Kristal berada di belakangnya dan pastinya ayah Kristal akan membiarkan Rykal untuk berdating dengan anaknya setalah apa yang dia lakukan.
"part two done.... next part.... Kristal~ i will make you to obey me" kata Rykal seorang diri sambil tersenyum puas, kemudian telefon Rykal berbunyi, Rykal memusingkan kerusinya dan mencapai telefon Iphone 6nya. Rykal membaca mesej yang membuatkan hatinya lebih berbunga-bunga, akibat terlalu gembira, Rykal memusing-musingkan kerusinya.



p/s: sorry kalau korang rasa, apa yang aku tulis nie meleret-leret.... nanti aku akan cuba try dapatkan yang lebih menarik dan lebih seronok untuk di baca... well~ kadang-kadang kenelah ada part-part yang serius betul tak... heheheheh ok lah mak dah letih dok depan lappy neyh~ mak nak pergi guling-guling atas katil.... until next time.

Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu