Untittled 11.

Babak 15.
Seducing Kristal part 1... One and only One...


Rykal berada di pejabat rakannya yang terletak di Kawasan Perindustrian Greentown, walaupun sebenarnya Rykal berada di Ipoh adalah untuk menyelesaikan urusan perniagaannya dan pada waktu yang sama Rykal juga menggunakan masa yang dia ada untuk memujuk Kristal mengikutnya pulang ke kampung. Rykal sedang menyusun semua rancangan yang dia ada untuk membuatkan Kristal terbuka hati dan sudi menjadi temannya, ternyata bukan mudah untuk memujuk Kristal tetapi Rykal tahu yang Kristal juga seperti perempuan-perempuan yang di kenalinya. Apabila wajah Kristal menunjukkan kegembiraan apabila di berikan Iphone baru, di saat itu Rykal tahu yang Kristal juga mempunyai ciri-ciri seorang wanita yang materialistik dan juga rantai emas yang di berikannya dahulu masih lagi tersemat menghiasi leher Kristal.
"woman, always be a woman, but it is okay because it make my life easy" kata Rykal kepada dirinya.
Jam menunjukkan 5 petang, Rykal mulakan langkahnya dengan senyum sinis dan dia berharap semua yang dia rancangkan akan menjadi.
"lambat!!!" kata Kristal dengan wajah yang merajuk.
"what!!! lambat... excuse me miss... baru errr 6.05pm" kata Rykal sambil tergelak kecil.
"i memang ingat tak mahu nak tunggu you pun tadi... but you know, suddenly had work to do" kata Kristal lagi sambil menyusun langkahnya. Rykal cuba untuk bercakap tetapi Kristal teruskan sahaja langkahnya tanpa memberi peluang kepada Rykal untuk berkata-kata sehinggalah mereka sampai di hadapan restoran Kim Gary barulah Rykal berpeluang untuk bercakap akan niatnya.
"I nak ajak you pergi makan dekat cassurina hotel, i dah tempah tempat dah kat sana" kata Rykal .
"but were here already" Kata Kristal dengan membuat muka sepuluh sen.
"sini? halal ke... macam seram je nak masuk" tanya Rykal yang was-was dengan restoran Kim Gary yang di penuhi dengan warga tiong hua sahaja.
"aiiikkk tahu pulak haram halal ye.... hahahahahah" Kristal sengaja memerli Rykal, yang mana Rykal di kategorikan sebagai ahli socialist dan pastinya cara hidup Rykal sahaja dah banyak bertentangan dengan Islam.
Kristal terus menarik tangan Rykal masuk ke dalam restoran Old Town White Coffee yang terletak betul-betul di hadapan restoran Kim Gary. Kehadiran Rykal dan Kristal di nantikan oleh Yen yang sudah lama menunggu mereka berdua di situ, Rykal terkejut melihat Yen kerana Rykal hanya mahukan makan malam berdua dengan Kristal. Tanpa di ketahui oleh Kristal, Rykal sudah merancang untuk makan malam di hotel Cassuarina, Rykal juga telah aturkan satu makan malam yang romantik serta makanan yang hebat untuk mengambil dan membuatkan Kristal rasa terharu dan akan terbuka hatinya untuk menerima Rykal, namun nasi sudah menjadi bubur dan dia terpaksa berpuas hati dengan hanya makan malam di Old Town.
"Hello, yup.... errr.... cancel everything ok... yeah~ everything...hmmm... ok" kata Rykal dengan nada berbisik, Yen dan Kristal cuba mencuri dengar perbualan Rykal tetapi gagal.
"You ada hal ke Rykal?" tanya Kristal.
"No... i clear everything just to be here with you" Rykal cuba bermain kata-kata dengan Kristal, di dalam minda Rykal bermain-main seribu satu rancangan untuk membuatkan Kristal menerima Rykal sebagai seorang yang lebih istimewa dan lebih dari hanya seorang kawan.
"wow~ how romantic" kata Yen pula melihat situasi yang berada di hadapannya, Rykal menyatakan kata-kata yang romantik itu betul-betul di hadapan wajah Kristal. Kedudukan mereka yang duduk bersebelahan, kelihatan seperti mereka berdua persis pasangan orang bercinta. Kristal cepat-cepat menendang kaki Yen, tanda tidak setuju dengan apa yang Yen katakan tadi dan ia seakan-akan menggalakkan lagi Rykal berkelakuan begitu.
"Apa... memang betul, so romantic and look at both of you like a love bird" kata Yen sambil tersenyum.
Rykal biarkan sahaja Kristal memesan makanan untuknya, ini kerana Rykal sendiri tidak begitu mengetahui akan makanan yang sedap dan dia juga tidak mempunyai idea, apa makanan yang ada di jual di Old Town. Kristal sangat asyik menerangkan setiap makanan kepada Rykal, makanan yang Kristal selalu makan, makanan yang popular dan Kristal juga bertanyakan Rykal suka makan makanan yang macam mana, kemudian dari apa yang Rykal memberitahu jenis makanan yang dia suka, Kristal mula mencadangan beberapa jenis hidangan.
"You want this, or this... this also okay... but are you eat rice already... kita makan nasi jelah okay tak" Kristal mengangkat wajahnya yang dari tadi sangat kusyuk melihat menu makanan, dan mata Kristal memandang tepat ke dalam mata Rykal, suasan tiba-tiba sunyi.
Rykal sengaja merapatkan dirinya ke arah Kristal kerana ingin mendengar apa yang Kristal katakan tetapi makin lama Kristal berkata-kata suara Kristal makin hilang kerana Rykal sudah hanyut ke dalam wajah Kristal yang cantik dan lembut.
Yen yang dari tadi bertanyakan soalan berasa pelik kerana tiada jawapan yang di beri, suasan yang tiba-tiba sunyi menyebabkan Yen mengangkat wajahnya daripada membaca menu kemudian.
"hye!!!! mahu kiss ke you dua orang ini... jangan buat dekat sini... malu lorh orang tengok" kata Yen.
Tersedar dari lamunan, Kristal terus menjarakkan diri daripada Rykal.
"I nak makan nasi lemak ayam old town" Kristal membuat muka yang menyatakan dia tak bersalah dan tak tahu apa yang telah terjadi.
"I macam mana" tanya Rykal sambil merapatkan dirinya kembali kepada Kristal dan tangan kirinya di letakkan di bahu kiri Kristal, terkejut dengan tindakan Rykal, Kristal menghantukan kepalanya dengan kepala Rykal.
"Aduhhhh!!!! sakitnya" kata Kristal.
"tahu pun sakit, yang pergi buat macam tu kenapa" tanya Rykal sambil menggosok-gosokan kepalanya.
Tanpa membuang masa ketiga-tiga mereka pun membuat pesanan makanan kerana Kristal dan Yen tidak mempunyai masa yang panjang untuk berehat dan mereka hanya mempunyai satu jam untuk menikmati makan malam mereka. Rykal menggunakan masa bersama Kristal sebaik-baiknya, dan Rykal cuba mencari peluang untuk menambat hati Kristal. Apabila Rykal melihat Kristal terkial-kial untuk memisahkan isi ayam dari tulangnya, Rykal mengambil ayam goreng daripada Kristal dan memotongnya untuk Kristal, dan semua isi-isi ayam di letakkan kedalam pinggan Kristal bagi memudahkan Kristal untuk menikmati nasi lemak special old townnya. Yen yang dari tadi melihat situasi Rykal dan Kristal hanya mampu tersengih-sengih seorang-seorang kerana apa sahaja yang di lakukan oleh Rykal membuatkan hati perempuan Yen terusik dan di dalam hati Yen dia berharap suatu hari nanti akan ada lelaki seperti Rykal akan datang berjumpa dengannya.Rykal yang hanya memakan nasi ayam chicken chop memotong sedikit ayamnya dan mengambil sedikit nasi dan lauk sampingan cuba menyuap Kristal, pada mulanya Kristal menolak kerana malu dengan Yen dan orang-orang yang berada di sekelilingnya tetapi apabila telah di desak oleh Rykal akhirnya Kristal mengalah.
"Sedap tak air you tu, apa nama air tu" tanya Rykal kepada Kristal.
"air jimat tapi rugi" jawab Kristal sambil tersenyum.
"air jimat tapi rugi? ada ke air macam tu? tak pernah dengar pun" tanya Rykal lagi kerana nama air yang di pesan oleh Kristal amat pelik baginya.
"ialah nama dia air Ximut, yang ruginya, tengoklah harga dia mahal kan" terang Kristal sambil ketawa, kemudian Kristal mengambil airnya dan minum, kemudian Rykal terus berkata kepada Kristal yang dia ingin mencuba air yang di pesan oleh Kristal. Tetapi apabila Kristal memberikan kepada Rykal, Rykal tidak mengambil cawan Kristal tetapi dia minum terus dari penyedut minuman yang di gunakan oleh Kristal sambil cawan tersebut di pegang oleh Kristal sendiri.
"you nak cuba air yang i pesan tak, sedap jugak, Honey lemon juice" Rykal terus menghulurkan gelasnya ke arah Kristal dan apabila Kristal mahu mengambil gelas dari Rykal, dia hanya mengisyaratkan kepada Kristal untuk terus minum dari penyedut minumannya sambil di pegang oleh Rykal. Kristal yang malu hanya meminum sedikit sahaja tetapi Rykal suruh Kristal untuk terus minum lagi.
"sedap kan" tanya Rykal.
Yen melihat adegan filem romeo and juliet di hadapan matanya sambil tersenyum sambil mendagu dengan kedua-dua belah tangannya. Rykal mengambil tisu untuk mengelap mulut Kristal, wajah Kristal mula kemerah-merahan dengan layanan Rykal yang baik, Rykal terus ke kaunter untuk membuat pembayaran dan apabila dia kembali ke meja, Rykal menarik kerusi Kristal perlahan-lahan supaya mudah untuk Kristal bagun.Yen seperti orang yang angau bercinta, walaupun hanya dengan melihat Rykal dan Kristal di dalam minda Yen dia menggambarkan Rykal seperti seorang putera raja yang melayan puterinya dengan baik, Yen sudah berada di awang-awangan tersenyum-senyum seorang diri, walaupun di lihat orang yang di laluinya, Yen masih belum sedar diri sehinggalah Yen terlanggar dengan seorang lelaki yang berbaju biru, tertulis samsung di baju lelaki itu.
"Sorry, ni mo shi ma" kata lelaki berbaju samsung itu.
"it is okay, mo shi" kata Yen dan kedua-dua mereka meneruskan perbualan dan akhirnya Yen berjumpa dengan putera idamannya.
Rykal dan Kristal teruskan perjalanannya ke butik KMN, Rykal terus mencapai tangan Kristal dan berjalan seakan-akan tiada apa yang berlaku, Kristal cuba menarik tangannya tetapi gagal dan akhirnya mereka berjalan berpimpim tangan sama seperti orang yang sudah bercinta bertahun-tahun.
"okay dah sampai, i hantar you sampai sini sajalah, or you nak i hantar sampai dalam" tanya Rykal.
"tak mo lah" jawab Kristal ringkas, Rykal cuba mencium Kristal tetapi Kristal mengelak dari ciuman Rykal.
Rykal tergelak kecil melihat reaksi Kristal, Rykal menyedut nafas panjang-panjang dan dia cuba sekali lagi tetapi dia menarik tangan Kristal dekat ke bibirnya dan memberi satu ciuman.
"you may go now my mistress, i will see you soon, make sure you on your new hand phone okay" kata Rykal kepada Kristal dan terus berlalu pergi dengan senyum yang puas, manakala Kristal pula di tinggalkan terkedu di pintu butik KMN.
"Kristal... Kristal...You think you can destroy my plan, but you make a lot more easier for me... this is Rykal lah... playboy tittle is not enough... king? well i am women's Master... apa gunanya bersepah mistresses aku" Kata Rykal seorang diri sambil menukar pakaiannya di bilik hotelnya di Syuen, ternyata Rykal puas dengan rancangannya pada hari ini.
"Plan two..." Rykal terus mencapai telefonnya dan menghantar mesej kepada Kristal

Thanks for today, i really appreciate it. esok you boleh teman i makan lagi, you know i hate to be alone. Remember, balik mandi makan and then sleep early ok my mistress, i don't want you to be sick. miss you already... goodnite

Selesai Rykal menghantar mesej kepada Kristal, Rykal cuba melelapkan matanya, walaupun mata tertutup rapat tetapi Rykal masih belum memasuki alam mimpi kerana jantungnya berdegup dengan laju, kemudian air muka Rykal bertukar serius, tanganya memegang jantungnya dan dia tahu yang jantungnya cuba memberitahunya sesuatu, iaitu perasaan yang terpedam di dalam Rykal, adakah Rykal sudah jatuh cinta kepada Kristal.
  
even though this is only a game
but why did i felt my heart at risk
why i am feeling like giving it to you
are you gonna appreciate it or throw it away
but i can't help myself to lose myself whenever i'm with you
whenever i saw you, i can saw rainbow and sun shine around you
i feel like i can fly and walk on water whenever i am thinking of you
but will you love me back, love me for me and only me
if i don't have all this powers, money and name
will you be my side,
please dear let me into your world and be together
be mine and only mine
i can't help but lose myself in you
Kristal.... i do anything to win your love
heart~ are you try to tell me something
is she the ONE and ONLY ONE for me...

~Rykal Tan Sri Syakirin~
_UnTittled_      


nah aku tinggalkan korang dengan satu lagi lagu romantic yang aku suka, jangan lupa dengar k

p/s: maaf ade gangguan teknikal... tadi tengah syok-syok menaip ada plak yang nak nengok gambo aqiqah anak angah aku sama-sama... sape lagi cik toon ler... kalau tak ngikut cakap mak... dose kome... oklah~ sampai sini dulu ok... thanks for reading....

Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu