Untittled 10

Babak 14
I'll do What Ever it Takes...


"Hello, yeah... this is she...who, no can do... i will never do that... i am not that crazy... well i'm not that desperate" Mei Mei terus mematikan telefon, entah siapa yang menelefon Mei Mei sehinggakan wajah Mei Mei berubah menjadi marah. Mei Mei terus melangkah keluar dari pejabatnya dan keluar terus dari butik KMN, semua pekerja yang bekerja pada waktu itu amat terkejut melihat reaksi Mei Mei yang tidak pernah kelihatan begitu marah. Mei Mei terus pulang ke rumah dan dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan, walaupun apa yang di pinta oleh orang yang menelefonnya adalah tidak begitu penting dan hanya hal remeh temeh tetapi jika dia terus memberikan maklumat, Mei Mei takut sesuatu yang buruk akan berlaku tetapi apa yang membuatkan Mei Mei lagi marah ialah perkara yang di ugut oleh orang di hujung talian itu kerana dia mahu mengapa-apakan keluarganya.
"Nope, nothing can do wrong, arrrgghhhh i hate being stuck in the middle" Mei Mei terus mengambil barang-barangnya dan menaiki kereta terus ke rumah ibu bapanya yang terletak di Kota Damansara Kuala Lumpur.
Mei Mei cuba berlagak seperti tiada apa-apa dan cuba melihat sebarang perubahan berlaku pada keluarganya, kemudian telefon bimbit Mei Mei berbunyi lagi.
"Apa yang kau nak tu memanglah takda kena mengena dengan aku dan syarikat aku, tapi apa yang kau tanya itu semua maklumat peribadi pekerja aku dan aku ada hak nak bagi atau tidak" terang Mei Mei
"Aku rasa tiada apa yang boleh kau buat untuk memaksa aku, dan aku cakap skali lagi... Aku Takkan Bagi!!!!!" Mei Mei terus mematikan telefonnya.
Setelah bercakap dengan seseorang di dalam telefonnya Mei Mei menghempaskan punggungnya di atas sofa di ruang tamu, dia sendiri tidak pasti adakah tindakkannya itu betul atau pun tidak dan betul ke orang itu boleh membuatkan keluarganya di dalam bahaya dan akan membuatkan keluarganya berada di dalam keadaan yang susah.
"What are you doing here" tanya Andrew, abang kepada Mei Mei.
"Why? i can't come home now?" tanya Mei Mei sinis.
"Hai yiwei ni wangle women ma" jawab Andrew dengan senyum kambing
"Wo de Mei Mei shi yige chenggong nuren, rang ni wangle ni jiaren" sambung Andrew lagi.
"I know where i belong and i'm still a member of this family" Kata Mei Mei tegas.
"If you are a member of this family, you will never leave and join some stupid fashion industries" Kata Andrew pula, dan pertengkaran kecil mula berlaku di antara dua beradik yang sudah lama tidak ketemui, perbalahan mereka bermula apabila Mei Mei tidak mahu meneruskan pembelajarannya di dalam bidang perniagaan di UTM tetapi Mei Mei mengambil ijazahnya di Universiti Lim Kok Wing  dan pada ketika itu lah semua elaun dan sara hidup Mei Mei di potong, daripada seorang cik muda yang kaya terus menjadi seorang yang tidak mempunyai apa-apa dan Mei Mei terpaksa mencari jalan keluar dan dari hasil titik peluhnya maka terhasil lah KMN.
"If dad not helping you, KMN still and only just stupid online crab" Andrew cuba menyakitkan hati Mei Mei, namun pada ketika itu Mei Mei tahu yang di pulang ke rumah ibu bapanya bukanlah untuk bergaduh dengan Andrew tetapi cuba bertanyakan jika ada sesuatu yang pelik berlaku.
"Mei You, xianzai ni quai dian huiqu" kata Andrew yang cuba menghalau Mei Mei pulang ke Ipoh dan dia tidak mahu melihat kelibat Mei Mei lagi di rumah itu.
"read my lips... WO BU YAU!!!" jawab Mei Mei yang mula merasa menyampah dengan abangnya.

Ke esokkan harinya, telefon Mei Mei berbunyi lagi, dan sekali lagi Mei Mei menjawab dengan jawapan yang sama, mahu sahaja Mei Mei pulang ke Ipoh kerana dia tidak dapat melihat sebarang urusan yang membolehkan orang yang menelefonnya untuk berbuat sesuatu. Tepat jam menunjukkan pukul 1 petang, tiba-tiba pintu rumah ibu bapa Mei Mei di buka dan pada ketikan itu kelihatan wajah Andrew pucat dan dia bersama seorang lagi pekerja mereka memimpin ayah Mei Mei Mr.Chew ke ruang tamu. Mr. Chew pengsan di pejabat apabila dia mendapat berita yang mengejutkan dari pihak ahli lembaga pengarah syarikatnya.
"What had happen" tanya Mei Mei
Andrew tidak menjawab pertanyaan Mei Mei tetapi mengarahkan orang gajinya untuk menelefon Doktor peribadi mereka supaya datang ke rumah secepat mungkin. Mei Mei tidak tahu apa yang terjadi dan adakah ini rancangan jahat yang di katakan oleh orang yang menelefonya itu, Mei Mei masih tidak pasti. 
"Quai dian Andrew, zuo mo shi" Mr.Chew hanya berkata ini kepada Andrew kemudian dia kembali tidur setelah beberapa jam berada dalam keadan pitam.
Mei Mei mencuri dengar apa yang berlaku supaya dia dapat memastikan semua yang berlaku adalah berkaitan dengannya kemudian telefon Mei Mei berbunyi.
"now you can see what i'm capable of" kata lelaki yang menghubungi Mei Mei, tetapi Mei Mei tidak menjawab apa yang lelaki itu berkata tetapi hanya mendengar apa yang lelaki itu mahukan.
"if you still stubborn with your decision, i will make sure your family company will going and break down and i will also make sure no one can help, for your info... our country pretty much corrupted... it is an easy world for a man like me" kata lelaki itu dan Mei Mei terus mematikan telefon, dia tidak tahu perkara yang sangat remeh boleh membuatkan sesuatu yang serius sehingga tahap yang membolehkan syarikat ayahnya jatuh bankrupt.
Pada hari berikutnya, perkara menjadi lebih serius, di khabarkan pemegang saham mula menjual semua saham-saham syarikat dengan kadar yang murah dan memudahkan pengalihan kuasa pemegang syarikat dan kemungkinan besar keluarganya akan kehilangan syarikat mereka sendiri, saham syarikat keluarga Mei Mei jatuh ke tahap yang rendah dan dengan secara lansung KMN turut terjebak dalam perkara ini, walaupun KMN bukanlah syarikat yang terlibat dengan hartanah tetapi syarikat ayah Mei Mei adalah pelabur yang terbesar dalam kemajuan KMN dan jika ayahnya bankrupt maka KMN akan turut mengikut sekali. Mei Mei menjadi panik dan dia mula tidak tahu untuk berbuat apa supaya semua ini tidak terjadi, dia hanya mampu melihat abangnya cuba menghubungi semua ahli lembaga pengarah supaya tidak menjual saham, dan Andrew cuba mencari punca apa yang menyebabkan semua orang menjual saham dengan tiba-tiba, Mr.Chew pula berada di dalam keadaan yang kritikal dan tidak dia tidak boleh menerima sebarang berita yang mengejutkan manakala Mrs.Chew hanya menangis di sisi suaminya.
Telefon Mei Mei berbunyi lagi, Mei Mei sudah tidak berdaya, dia sudah terduduk di lantai dan hanya mampu melihat keluarganya menjadi huru-hara serta emailnya juga di penuhi dengan mesej dari pekerja-pekerja KMN di bahagian Admin kerana mereka juga terkejut dengan situasi yang berlaku pada syarikat ayah Mei Mei.
"Yes...."jawab Mei Mei ringkas.
"you will co-operate now, or you want to loose everything" tanya lelaki di hujung talian
"i will give you, what ever you want and please leave my family and KMN alone" Kata Mei Mei dalam keadaan menangis.
"you do the right things dear, i need you send me, everything that i want, email me right away and i will make sure everything will be going back to normal" kata lelaki itu lagi.
"how can i know you will make everything right" tanya Mei Mei yang was-was dengan janji lelaki yang tidak di kenalinya itu.
"Just do it, more time you waste, the situastion will be worst and worsen" lelaki itu terus mematikan talian.
Mei Mei terus menangis, Andrew melihat Mei Mei dari kejauhan dan wajah Andrew pula menjadi mendung dan Andrew masih cuba menjalankan rundingan dengan siapa sahaja yang dia fikir dapat membantunya. Manakala Mei Mei tanpa berlengah lagi, dia terus membuka fail maklumat peribadi pekerjanya dan terus menghantar email ke alamat email yang di berikan oleh lelaki misteri tersebut. Mei Mei terus menerus menangis dan dia merasakan yang dirinya bukanlah seorang bos yang berguna yang boleh melindungi pekerja-pekerja syarikatnya dan dia sanggup mebiarkan pekerjanya dalam keadaan bahaya semata-mata untuk menyelamatkan dirinya, syarikatnya dan juga ahli keluarganya, tanpa di sedari Mei Mei tertidur sambil di temani oleh air matanya sendiri.
Mei Mei terbagun, di kejutkan daripada mimpi ngeri, dengan melangkah malas dia keluar dari bilik untuk melihat situasi yang berlaku pada keluarganya, ibunya berada di sisi ayahnya, menanges kegembiraan apabila Mr.Chew sudah kembali segar seperti biasa, Andrew pula berada di ruang tamu kelihatan letih dan dia tertidur di atas sofa. Mei Mei tidak tahu adakah syarikat ayahnya sudah kembali stabil, tiba-tiba telefon Mei Mei berbunyi, nama setiausaha Mei Mei muncul di skrin telefonnya, tanpa berlengah lagi Mei Mei terus menjawab panggilan telefon setiausahanya.
"Yes" jawab Mei Mei pendek, kata-kata setiasusahanya membuatkan Mei Mei menghela nafas lega, semuanya sudah kembali seperti asal, KMN tidak berada di dalam keadaan yang merbahayakan lagi, ini bermaksud syarikat yang melabur di KMN belum lagi bankrupt dan kemungkinan syarikat ayahnya sudah kembali stabil, mahu sahaja dia mengejutkan Andrew untuk mengetahui status syarikat keluarganya. Mei Mei mendengar ayahnya memanggil dirinya dan dengan sepantas kilat Mei Mei terus berlari mendapatkan ayahnya dan memeluk erat ayahnya.
"ni hao ma? wo de hou mei nu er" kata Mr.Chew sambil mencium dahi anak perempuannya.
"wo heng, heng hao... ni ne? wo de hou hou shuai papa" Mei Mei menanges sambil memeluk ayahnya.
"wei shen me ni hai pohuaile ta? she already a woman" kata Mrs.Chew, dan Mei Mei membuat muka kepada emaknya dan terus memeluk ayahnya, Mrs.Chew hanya ketawa-ketawa kecil. Syarikat keluarga Mei Mei kembali stabil dan saham-saham yang telah di jual dapat di beli kembali oleh Andrew dan terdapat juga ahli lembaga pengarah yang baru tetapi mereka tidak berniat untuk mengambil alih syarikat daripada Mr.Chew. Berita ini sudah cukup untuk membuatkan Mei Mei berasa gembira tetapi di dalam waktu yang sama, Mei Mei telah meletakkan seseorang yang lain di dalam keadaan yang bahaya, Mei Mei tidak mahu memilih tetapi dia juga tidak mahu membiarkan keluarganya derita. 
Mei Mei menghidupkan enjin kereta dan dia terus ke rumahnya di Ipoh, setelah lima hari berada di Kuala Lumpur, kini dia perlu melihat dan berharap tiada perkara yang buruk berlaku kepada pekerjanya.

Sedang semua pekerja-pekerja KMN di landa keadaan panik, tiba-tiba muncul pekerja pos laju bersama satu bungkusan untuk di berikan kepada Kristal, terkejut dengan bungkusan itu Kristal terus membukanya, terdapat satu set Iphone dengan customize casing. Cukup cantik dan bergaya, Iphone yang biasa sudah kelihatan seperti telefon orang kaya-kaya, di mana semuanya di saluti dengan warna emas dan di hiasi dengan kristal pelbagai warna. Kristal pelik dengan bungkusan itu, setahu Kristal dia hanya mempunyai samsung buruk yang dah lama dia gunakan dan dia tidak pula mampu untuk membeli telefon semahal ini. Tanpa berlengah lagi Kristal terus meng on kan telefonnya itu, dan tidak berapa lama kemudian telefon itu pun berbunyi, Kristal melihat nama yang muncul di paparan "My Master", Kristal berasa curiga dan dia terus menjawab panggilan tersebut.
"Hello???" kata Kristal
"Hye my mistress" jawab seseorang yang berada di hujung talian.
"I think you had a wrong person" kata Kristal lagi.
"nope, you are the right person" kata-kata orang di dalam telefon itu membuatkan Kristal berada di dalam keadan yang membingungkan.
"I am nobody mistress and i had no master" jawab Kristal tegas.
"I know you will forgot, so why not you take a look, i'm just outside your boutique door" kata orang itu lagi.
Oleh kerana rasa ingin tahu yang amat tinggi, Kristal terus berjalan ke pintu butik KMN dan cuba mencari orang yang mengaku Master kepada Kristal, di lihat seorang lelaki yang segak dengan pakaian seorang menarik presis seorang ahli peniaga yang bergaya dan rambutnya di sisir rapi berada betul-betul di luar pintu butik KMN dan di tangannya terdapat satu jambak bunga ros royal blue. Kristal tersenyum dan dia kenal sangat kelibat lelaki itu dan Kristal juga tahu yang lelaki ini pasti akan datang mengacaunya, kerana Kristal tidak berkata "ya" kepada apa yang dia mahukan.
"What is this Rykal" tanya Kristal.
"Hye Kristal, and this is not for you" kata Rykal
"You not my master" kata Kristal tanpa menjawap apa yang Rykal katakan.
"This flowers will be yours if you called me 'MASTER'" kata Rykal lagi.
"I am with stupid, thank you... if you want to play some stupid game Rykal, go and find some stupid bimbo and make her your mistress" Kristal terus berlalu pergi setelah menyampaikan apa yang dia rasakan kepada Rykal. Belum sempat Kristal berlalu pergi, Rykal menarik tangan Kristal dan memberikan buang ros royal blue kepada Kristal, Rykal melihat dan mengamati wajah Kristal yang cantik, lembut, hidung mancung, berbibir yang mengiurkan, kening yang jarang tetapi mempunyai sepasang mata yang cantik berwarna coklat dan bulu mata yang banyak dan panjang, rambut ikal yang mempunyai sama warna dengan matanya membuatkan Kristal kelihatan sangat seksi. Sedang Rykal mengamati wajah Kristal, tiba-tiba Kristal terus menghantukkan kepalanya dengan kepala Rykal.
"aduhhhhhh, what are you trying to do" tanya Rykal.
"dah you tengok i dengan muka yang menggelikan, siapa suruh" jawab Kristal.
"bukan menggelikan lah perempuan, but romantic" terang Rykal.
"romantic??? muka mintak kaki adalah. Oklah i nak sambung buat kerja" kata Kristal.
"you kerja shif apa hari ni" tanya Rykal.
"why" tanya Kristal ringkas.
"jomlah teman i makan" kata Rykal dengan nada yang manja dan muka yang comel.
"you umur dah berapa, buat muka macam tu, nanti memang i betul-betul kasi kaki dengan you" kata Kristal
"pleasssseeeeeeee" pujuk Rykal lagi sambil mengusap-ngusap tangan Kristal.
"yelah, yelah... i kerja noon shif... make sure your ass here at six, kalau tak i tak tunggu you and i terus pergi makan sen~di~ri!!!" kata Kristal.
"what!!!??? you wanna see my ass.... boleh" kata Rykal sambil tersenyum.
"euuuuwwwww~ RYKAL!!!!" jerit Kristal, Rykal terus berlalu pergi sambil membuat isyarat telefon kepada Kristal, dan akhirnya Rykal boleh menghubungi Kristal dengan mudah, setelah beberapa kali Rykal lupa untuk meminta nombor telefon Kristal dan Rykal juga takut jika Kristal tidak akan memberikan nombornya kepada Rykal.
Rykal tersenyum puas, rancang pertamanya berjalan dengan lancar, dia berharap dengan telefon yang dia berikan kepada Kristal, dia mampu membuatkan Kristal jatuh hati dengan nya dan akan mengikut dia pulang ke kampung untuk menyambut ulang tahun kelahiran neneknya.
"Once a woman, always a woman, woman and expensive things always works... they are all materialistic. Now part two, seducing Kristal" Rykal tersenyum sinis.

p/s: dah lama tak rasa letih duduk depan komputer ni, idea untuk cerita ini hanya sampai sini sahaja... idea dah ilang plak, terbang melayang, kadang-kadang time tengah driving lah plak dia datang kan... memang payah... bila aku duduk elok depan lappy nie, kadang-kadang harammmm~ nk menyinggah... so baca sini dulu lah ae~

Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu