Untittled 9.

Babak 12.

Haaaaa??!!? Balik Kampung Je ker???!!! sigh*


"Rykal, if you not saying anything i will leave right now!!!" tegas Kristal.
Rykal hanya melihat wajah Kristal dan kemudian dia menarik nafas panjang, kemudian dia bersandar di kerusi. Masih tiada kata yang keluar dari mulut Rykal, suasana di antara Rykal dan Kristal di selubungi kesenyapan yang panjang sehingga menyebabkan Kristal kebinggungan, dia tahu yang dia tidak patut meninggalkan Rykal di restoran itu seorang diri tetapi Kristal juga tidak berjanji dengan Rykal yang dia akan menemui Rykal di restoran Kenny Roger's itu.
"Well, if you mad at me then it wasn't my fault at all, i had never promised to meet you at lunch, so why are you doing this to me" terang Kristal.
Rykal kembali menarik nafas yang panjang, wajahnya yang serius seakan menerima alasan yang di berikan oleh Kristal, setelah hampir 15 minit berdiam, Kristal berkata lagi.
"if you still not saying anything, i think i will heading home now" Kristal yang berasa sedikit bersalah mula mengangkat punggungnya untuk meninggalkan Rykal yang dari mula-mula Kristal berjumpa dengannya hanya berdiam diri sahaja. Sebelum sempat Kristal melangkah pergi, akhirnya Rykal bersuara.
"i actually asking for your help" kata Rykal.
"what kind, if money, how many" tanya Kristal.
"nahhh, if money, i will not asking for help, i will never ask people to help me in money issues, because people will never help, they just never will" kata-kata Rykal itu seolah-olah dia pernah mempunyai masalah wang dan mungkin pada masa itu tiada siapa yang menolongnya sehinggakan yang dia mengeluarkan kata-kata seperti itu.
"So what is it" tanya Kristal yang ingin tahu apa masalah yang di hadapi oleh Rykal sehinggakan dia kelihatan sangat tidak terurus dan tidak lagi kelihatan seperti putera raja dan seorang ahli koprat yang  berjaya.
"i want you to follow me going back to my granny house, i just don't want to be alone" terang Rykal.
"balik kampung je? itu je yang buatkan yang you nampak macam mat rempit ni" tanya Kristal yang agak kebinggungan tentang masalah Rykal yang sangat kecil baginya.
"not just that, as usually my future wife will be there, so i hate this year i have no one to come with me" kata-kata Rykal itu seakan-akan tidak masuk akal bagi Kristal kerana setahunya Rykal mempunyai mistress yang ramai, cantik dan seksi jadi sepatutnya amat mudah bagi Rykal untuk membawa pulang ke kampung dan menemaninya.
"i can't just bring anyone, if i just bring any girl home, of course my future wife will know actually i had no feeling or wanting to have future with the girl that i will bring home to, you faham tak apa yang i cakap" Rykal cuba menerangkan kepada Kristal kenapa pulang ke rumah neneknya adalah satu masalah yang sangat besar.
"I hope you will say yes and follow me" kata Rykal lagi.
"I am sorry, i can't" kata Kristal ringkas dan terus berlalu pergi dari situ, Rykal terus mengejar Kristal dan berlaku sedikit petengkaran di antara mereka. Kristal menangis dan terus melarikan diri daripada Rykal. 
Kristal masih tidak percaya yang dia dan Rykal bergaduh di atas perkara yang kecil, walaupun di dalam hati Kristal gembira yang Rykal datang mencarinya tetapi dia merasakan yang Rykal hanya menjadikan dirinya tempat untuk melepaskan diri dan adakah Rykal mengangap yang Kristal ini seorang kawan? jika dia dan Rykal berkawan, kenapa hanya di kala susah baru Rykal mahu mencarinya dan meminta tolong
"tapiiiiii~ hari tu pun dia datang cari aku" Kristal cuba memujuk dirinya, Kristal teringat pada hari Rykal membawanya menonton cerita Pilot Cafe.
"tapiiiii~ dia tak pernah pun mintak nombor telefon aku... Hmmmmm" kata Kristal kepada dirinya lagi.
Kristal terus membawa dirinya ke katil, walaupun ibu bapa Kristal mengajak untuk makan malam di luar tetapi Kristal memilih untuk berada di dalam biliknya, kecewa dengan tindakan Rykal. Pada malam itu, Kristal tidur awal dan berharap yang Rykal tidak akan menganggunya pada esok hari.

Babak 13
Rykal past life... what past is past but it can be a future...

Manakala  di Hotel Syuen Ipoh, Rykal tidak senang duduk kerunsingan yang maha hebat melanda fikirannya, dia perlu memikirkan bagaimana untuk melepaskan diri daripada perkhawinan yang di rancang sebelum dia lahir lagi, walaupun begitu mengikut wasiat CEO kepada Naga Emas Sdn Bhd, anak perempuannya iaitu satu-satunya waris kepada syarikat itu perlu berkhawin dengan CEO syarikat SingaNess Sdn Bhd iaitu syarikat ayahnya, dan dia sendiri belum lagi menjadi seorang CEO, kenapa tidak sahaja di khawinkan dengan ayahnya. Dari kecil lagi Tan Sri Halim sangat suka kepada Rykal dan sentiasa mengharapkan yang dia akan berkhawin dengan anaknya, dari setahun ke setahun, dari suka menjadi benci dan sekarang dia sendiri sudah menyampah untuk melihat Qaseh Surya Balqis mahupun kelibatnya. Tiap kali ulang tahun kelahiran neneknya, pasti Surya berada di rumahnya dan apabila Rykal baru sahaja pulang dari belajar di Amerika dan menghabiskan PhDnya, Surya sudah menjadi seorang wanita pertengahan 20-an, sememangnya Surya sangat cantik dan pada waktu itu, Rykal tidak berjaya untuk membawa pulang kekasihnya yang sama belajar dengannya semasa di Amerika dahulu. Rykal berfikir kemungkinan sememangnya jodohnya adalah bersama dengan Surya tetapi, apa yang di lihat oleh Rykal pada suatu malam di rumah neneknya membuatkan hati Rykal kembali berkecai.
"Don't say you tu baik sangat Rykal, i know you pun macam ni kan" Kata Surya kepada Rykal.
"I thought you were different" jawab Rykal
"you should be more noble than this" tambah Rykal lagi.
"you know what they say, setiap pasangan itu adalah mirror terhadap pasangannya, so you and me are the same" kata Surya.
Semenjak hari itu, Rykal tidak pernah percaya wujud wanita yang baik dan tahu jaga kehormatan diri, semuanya sama seperti Maria iaitu kekasihnya di Amerika. Maria yang mengajarnya untuk hidup seperti seorang kasanova, Maria yang memperkenalkanya terhadap kemeriahan kehidupan sosial. Walaupun pada mulanya Rykal amat susah untuk menerima yang dia perlu berkongsi kekasihnya dengan orang lain, tetapi makin lama Rykal mula ketagih untuk bertukar-tukar pasangan. Tidak di nafikan dia amat terseksa apabila melihat Maria bercium dengan lelaki lain tetapi dia sendiri tidak mampu berbuat apa, demi kasih dan sayang kepada Maria dia turutkan sahaja kata-kata dan kehendak Maria, sehinggalah pada hari tamat pengajian Rykal berharap Maria akan pulang bersama dengannya dan berkhawin serta memulakan kehidupan yang baru.
"I'm sorry Rykal, I want to work here, this is my country now, I'm belong here" Terang Maria kepada Rykal, yang dia lebih selesa berada di Amerika, di mana di negara itu Maria bebas untuk bersama dengan siapa. Dalam tempuh enam tahun ini Maria sudah tinggal sebumbung dengan Rykal dan kehidupan mereka juga sudah sama sperti suami isteri cuma Rykal tidak mempunya kuasa untuk menyekat kebebasan Maria kerana mereka belum berkhawin dan Maria sering mengugut Rykal, jika dia terlalu mengonkong kehidupannya, dia akan meninggalkan Rykal. Walaupun berat untuk Rykal pulang ke Malaysia tanpa Maria, kehendak kedua ibu bapanya perlu di penuhi, dia perlu pulang untuk membantu ayahnya di pejabat dan menjadi pewaris suatu hari nanti, dan pada ketika itu Rykal berharap apabila dia pulang dan bertemu dengan Surya cinta akan berputik dan dia dapat melupakan Maria.
Setelah hampir empat tahun pulang dari Amerika, umur Rykal juga sudah pun memasuki tiga puluh lima tahun namun suri di hati masih belum di ketemui, apabila dia berfikir mahu berkhawin, dia berharap suatu hari nanti dia akan berjumpa seseorang yang lain daripada Surya dan Maria. Walaupun di dalam hatinya hanya ada Maria dan hanya mengharapkan Maria menjadi isterinya tetapi dia juga berharap suatu hari nanti ada wanita yang lebih dari sekadar seorang yang memilihnya kerana jawatannya, namanya, keluaarganya dan hartanya, dan dia sendiri tidak tahu di mana harus dia mencari, setiap kali dia bawa pulang seorang wanita ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya, pastinya perempuan itu lebih tertarik dengan hartanya dan status keluarganya, walaupun baru pertama kali pulang ke kampungnya, perempuan-perempuan itu sudah berlagak seperti seorang madam besar.
Kusut, itu lah perkataan yang sesuai untuk mengambarkan situasi Rykal pada ketika ini, ibunya sudah berpesan kepada Rykal kali ini pulang ke kampung, ibunya tidak mahu menunggu lama dan ibunya berharap yang Rykal boleh menerima Surya seadanya dan berkhawin dalam tempoh masa yang terdekat ini.
"macam mana, macam mana ni" rungut Rykal seorang diri
"there must be a way to get Kristal doing this for me, but how" kata Rykal seorang diri yang ke hulu ke hilir di dalam bilik hotelnya.
Rykal terus mencapai telefonnya dan terus mendailkan nombor seseorang dan berharap dengan ini Kristal akan menemaninya dan Rykal perlu menjalankan rancangan hanya dalam masa dua minggu sebelum dia pulang ke kampung.
"Hello......" kata Rykal.

p/s: sorrie kengkawan... mak punye telepon jatuh masok longkang, jadi mak tak dapat nak update cerita -cerita terbaru dengan cepat dan pantas, lagi pun mak kene teman cik toon, sebab cucu dia yang paling latest buat majlis aqiqah~ ok lah thanks for reading and stay tune.... maap ye kalau tersalah eje~ pandai-pandai lah korang bajet ayat aku tu nak tulis ape sebenarnye. HHahahahah





Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu