Untittled 8.

Babak 12.
Aku Tak Kisah, Just Go With the flow.


Sebulan telah berlalu, kali terakhir Kristal berjumpa dengan Rykal adalah hari Rykal mencari Kristal di Aeon Station 18 dan menonton filem Pilot Cafe bersama-sama. Sedikit sebanyak Kristal berasa sedikit kehilangan, walaupun Rykal hanyalah seorang yang suka mengacau dan menghuru-harakan hidup Kristal tetapi perjumpaan yang singkat itu cukup menyebabkan Kristal berasa rindu. Kristal cuba mengalihkan perhatiannya kepada kerjanya di butik, setelah pemergian Ah Sa ke Los Angeles untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan Ah Sa dalam bidang fesyen, Mei Mei mahukan Kristal mengikut jejak langkah Ah Sa untuk terus mendalami bidang fesyen. 
Kristal menurutkan sahaja kata-kata Mei Mei dan cuba memperbanyakkan lagi bacaan buku fesyen supaya minda Kristal lebih berpengetahuan luas dan tidak kekok apabila perlu memasuki kelas di salah sebuah kolej swasta untuk mempelajari ilmu fesyen. Mei Mei mahukan Kristal lebih mendalami fesyen muslimah supaya KMN bukan sahaja untuk orang-orang yang berpakaian kasual tetapi Mei Mei juga mahu memonopoli bidang fesyen muslimah supaya KMN lebih berkembang dan mampu menjadi salah sebuah jenama pakaian yang menjadi trend setter di masa hadapan.
Kristal tidak membantah, dan apabila Kristal mempunyai masa lapang, majalah fesyen seakan-akan menjadi kamus bahasa Kristal yang selalu di buka apabila tidak memahami sesuatu perkara. Kristal sanggup mencengkang mata membaca mengenai fabrik pakaian, apa yang sesuai dan apa yang tidak terutamanya kepada mereka yang bertudung. Zaman sekarang ini terdapat satu panggilan kepada generasi muslimah yang suka berfesyen iaitu muslimah moden, dan muslimah moden terbahagi kepada dua iaitu mereka yang betul-betul menutup aurat yakni memakai pakaian yang labuh dan longgar dan bahagian yang satu lagi tidak kisah memakai pakaian yang ketat atau longgar, walaupun bertudung mereka akan cuba kelihatan stylist dan mengikut arus perkembangan fesyen dan ada juga diantara orang ramai berkata orang-orang yang seperti ini hanyalah membalut aurat, oleh itu Kristal haruslah memahami kedua-dua bahagian di dalam generasi muslimah moden.
Mei Mei menyuruh Kristal untuk menghantar beberapa jenis design pakaian yang sesuai untuk generasi muslimah moden, Kristal sudah pening dan tidak tahu di mana harus dia mulakan, dia lebih rela mereka sebuah bangunan daripada melukis beberapa design pakaian. Kristal bersungguh-sungguh menyiapkan design yang sesuai tetapi Kristal masih tidak mempunyai sebarang idea untuk membuat baju yang sesuai bagi wanita bertudung, oleh itu Kristal mencuba untuk memakai hijab dan dia cuba mengenakan pakaian yang sesuai bagi menampak seseorang wanita itu sopan tetapi masih fashionable.
"you sudah siap design yang i mintak" tanya Mei Mei.
"sudah, tetapi saya tidak tahulah samada you suka atau tidak" jawab Kristal.
"i cuma nak tengok, you sudah ready atau tidak untuk memasuki bidang fesyen dan bersedia untuk menjadi seorang pelajar fesyen yang suatu hari nanti akan membuatkan i gembira" kata Mei Mei.
"kalau saya tahu yang suatu hari nanti saya akan end up with you, baik saya dari dulu lagi berlajar dalam bidang fesyen" kata Kristal lagi.
"kadang-kadang seni itu bukan untuk di paksa, it was in you with out you realizing it, so what you need to do is, bring it out, and Kristal, i know that seni itu in you" kata Mei Mei dan mengambil lukisan design yang Kristal lakukan berlalu pergi dari situ. Kristal tidak sabar untuk mendengar apa komen bahagian KMN's Designers terhadap rekaan pakaian Kristal. 
"i hope everything to go very well" kata Kristal kegirangan, apabila Kristal berada di dalam dunianya sendiri, pelbagai perangai yang keluar, Kristal menyanyi-nyanyi seorang diri, berjalan dan kemudian tiba-tiba ketawa, inilah akibatnya abila tinggal berseorangan terlalu lama, orang kata bukan setakat budak-budak sahaja yang mempunyai bogus iaitu kawan khayalan tetapi orang dewasa seperti Kristal juga mempunyai bogusnya tersendiri. Semuanya bermula apabila ibu bapa dan adik beradik Kristal terlampau sibuk untuk berada di sisi Kristal dan akhirnya membiarkan dia bersendirian bermula dari umurnya enam tahun dan dia terpaksa membuat keputusan setiap masalah yang di hadapinya sendiri dan akhirnya apabila Kristal bekerja di Kuala Lumpur, dia juga tinggal bersendirian dan dia lebih suka berkurung di rumah daripada bergaul dengan orang ramai, manakala sekarang Kristal tinggal bersama ibu bapanya dan situasi yang sunyi dan suram dahulu sudah hilang dengan kehadiran kawan-kawannya di KMN serta para pelanggannya sudah cukup mewarnai kehidupan Kristal.
"Rykal?" Kristal terlihat satu kelibat yang berada di hadapannya, wajah Rykal kelihatan sangat serabut, dia tidak terurus dan lelaki di hadapannya bukanlah lelaki yang stylo dan maskulin serta segak bergaya, dia sudah seperti seorang lelaki yang kehilangan anak dan isteri.
"i want to talk to you, so please i need to meet you at kenny roger's and we should have lunch together ok" kata Rykal ringkas dan berlalu pergi dari hadapan Kristal.
Kristal yang terkejut dengan kedatangan Rykal berasa binggung dengan apa yang di katakan Rykal tadi, Kristal berasa sedikit marah kerana sudah hampir dua bulan wajah Rykal tidak kunjung tiba, walaupun dia tidak mengharapkan kedatangan Rykal tetapi tanpa Kristal sedari yang sebenarnya Kristal menantikan lelaki yang bernama Rykal itu untuk datang berjumpa dengannya.
Kristal pergi menjenguk dari luar restoran kenny  roger's melihat Rykal dan di hadapannya terdapat dua hidangan yang masih berasap, ternyata makanan tersebut baru di hidangakan, wajah Rykal yang berkerut jelas menunjukkan sesuatu yang teruk di hadapinya. Kristal terus berlalu pergi dan menuju ke restoran yang berada di luar bagunan Aeon Station 18, Kristal berharap yang Rykal tidak akan terjumpa dengannya dan apabila Rykal menunggu dia yang tidak kunjung tiba, maka Rykal mesti akan pergi dan berlalu dari situ.
Tanpa rasa bersalah, Kristal memulakan kerjanya seperti biasa setelah berehat makan tengah hari, Kristal melalui harinya seperti biasa dan setelah jam menunjukkan pukul tujuh malam, Kristal pun pulang ke rumah. Kristal berasa yang dia mahu melalui Kenny Rogers untuk melihat jika Rykal masih berada di situ.
"nahhhh~ tak mungkin Rykal akan menunggunya selama lima jam tanpa berbuat apa-apa" kata Kristal kepada dirinya dan tiba-tiba Kristal melihat Rykal masih di situ dan di hadapannya masih terhidangan dua hidangan dan kelihatan semuanya tidak terusik dan air minuman juga kelihatan aisnya sudah cair, wajah Rykal kelihatan suram, kehampaan yang jelas. Kristal yang rasa bersalah, terus melangkah masuk dan duduk di hadapan Rykal, di lihatnya wajah Rykal dalam-dalam, Kristal cuba memahami apa yang telah Rykal lalui yang menyebabkan dia menjadi seperti seorang mat rempit yang telah kalah berlumba.
Kristal meminta makanan yang lain yang masih panas, pastinya Rykal sangat kelaparan apabila dia tidak menjamah mahupun meminum minuman yang telah di sediakan. Rykal hanya diam dan merenung kearah wajah Kristal. Tidak di marahi dan tidak pulak Rykal bersuara, hanya satu renungan tajam ke arah Kristal yang Rykal lemparkan, dan apabila makanan yang panas di hidangkan, Kristal yang rasa bersalah mula memotong-motong ayam bersama side dish nya lalu di suapkan ke dalam mulut Rykal.
Walaupun Rykal tidak mahu pada mulanya, setelah di pujuk oleh Kristal, akhirnya Rykal mengalah, Rykal membiarkan sahaja Kristal melayannya, namun begitu wajah Rykal yang rusing masih tidak hilang. dan akhirnya Kristal bersuara.
"what happen to you" tanya Kristal
Rykal hanya melihat Kristal tanpa berkata apa-apa......

i had no one to turn to
i only can trust you
i didn't know if 
i love you
but i know, i like you
i do feel attached to you
that is why i keep coming back to you
but for now, will you help me

~Rykal Tan Sri Syakirin~
_UnTittled_          

p/s: hadoi slownya pace cerita nie, bila nak ada masalah antara bangsa. masalah rumah tangga, masalah orang ketiga~ ialah kan aku katakan cerita UnTittled nie ialah cerita cliche orang melayu.... kekekekek selamat membacaa.


Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu