Untittled part 7.

Babak 11.
Pening Aaaaa~ (sambil menggaru kepala)


Rykal berdiri, tercegat di hadapan Kristal, dia tengah memerhatikan Kristal yang dari tadi tidak mengelipkan matanya, Rykal tersenyum apabila melihat Kristal yang tiba-tiba berposing macam mak datin di tengah tempat lalu lalang orang ramai.
"woooiiiii!!!!!" sergah Rykal.
"huh!???" jawab Kristal terpinga-pinga.
"you dah kenapa, jom i belanja you minum kopi, dekat je kat situ" kata Rykal sambil menunjukkan Starbuck
cafe yang berada betul-betul di belakang Kristal. Tanpa sempat Kristal berkata apa-apa Rykal terus menarik tangan Kristal untuk duduk di dalam cafe tersebut.
"errrrr you buat apa sini, i ingat you dah balik KL dah" tanya Kristal sambil menghirup secawan hot coklat yang di pesan oleh Rykal untuk dirinya.
"well, i need to be here for i don't know for how long, for my mega project" kata Rykal sambil tersenyum
"haaiii, mamat mengong ni ada kat ipoh pulak, jangan nanti asyik mengacau aku sudahhhh" kata Kristal dalam nada yang berbisik, mengeluh jika Rykal asyik mencarinya nanti.
"I will be busy, so that i think to find you today and belanja you makan" kata Rykal yang seolah-olah dapat mendengar kata-kata Kristal tadi.
"I hope your project will be as smooth as errrrr what ae... apa-apa je lah... I doakan you punya project berjalan dengan lancar, yesss that what i want to say" Kristal ketawa apabila dia tidak dapat berfikir ayat dalam bahasa inggeris untuk memberi kata-kata semangat kepada Rykal.
"Nak tengok wayang????" Rykal meninggalkan duit di atas meja dan terus menarik tangan Kristal menuju ke TGV, walaupun Kristal memberi jawapan negatif, Rykal seakan-akan tidak mendengar apa yang Kristal katakan, Kristal tidak sempat untuk berbuat apa kecuali mengikut sahaja kemana dan di mana Rykal menariknya.
"Pening aaaaa~ you ni Rykal memang suka paksa orang ae" tanya Kristal selepas dia dan Rykal menonton wayang Pilot Cafe dan menghabiskan sedikit masa sebelum pulang ke rumah di kedai Mamak Al-Hijrah.
"kalau i tak paksa you... you rasa you nak ikut i" jawab Rykal.
Kristal tersenyum, mereka berdua menghabiskan dua jam di kedai mamak bersembang kosong, secara tidak lansung Kristal belajar sedikit demi sedikit tentang Rykal. Hati Kristal seperti terbuka sedikit demi sedikit untuk Rykal masuk ke dalamnya Buaya darat, are only here for the fun Kristal cuma mengingatkan dirinya akan siapa Rykal yang sebenar.
Kristal memulakan hari hujung minggunya dengan penuh senyuman, ternyata pertemuannya dengan Rykal pada hari rabu yang lalu memberikan satu sinar yang penuh kebahagian Aiiisssshhh! Rykal tu tak mungkinlah suka kat aku yang senget sebelah nie Kristal tersenyum-senyum gatal sambil menyapu sampah, Kristal terbayang apa yang telah mereka berdua lalui, sedang Kristal melayan fikiran nya tiba-tiba ada dua orang wanita menegur Kristal. Dua orang itu adalah pelanggang Kristal yang pernah Kristal temui beberapa minggu yang lalu, ternyata dua orang wanita tersebut sangat berpuas hati dengan layanan yang Kristal berikan. Salah seorang daripada dua orang wanita tersebut di kenali sebagai Datin Sally dan seorang adalah orang biasa, kedua-dua mereka berumur dalam lingkungan awal 50-an, walaupun begitu taste dalam berfesyen, mereka adalah sangat tinggi.
Kristal bersembang dengan dua orang wanita tersebut, ternyata mereka berdua bukan hanya seseorang yang hanya berlagak dan berfesyen seperti orang kaya, tetapi mereka berdua juga kaya dengan budi bahasa dan menghormati orang-orang seperti Kristal yang hanya bekerja di butik pakaian. Sebelum kedua-duanya pergi, Kristal sempat bersembang dan mengumpat dengan kedua-dua wanita tersebut, ternyata Datin itu adalah Ladyboss dan wanita seorang lagi adalah teman baiknya, Datin itu baru sahaja membuka cawangan pejabatnya Emas Castle Sdn Bhd. Walaupun syarikat itu telah bertapak lama di dalam bidang hartanah tetapi nasib tidak menyebelahi syarikat itu untuk di senaraikan di antara syarikat hartanah terbesar di Malaysia apabila Ceo syarikat Emas Castle meninggal dunia dan ramai pemengang saham dan ahli lembaga pengarah meninggalkan syarikat tersebut, dengan berkat usaha gigih isteri kepada CEO Emas Castle iaitu Datin Salbiah atau di kenali sebagai Datin Sally, syarikat tersebut kembali bertapak, tetapi Datin Salbiah tidak keseorangan, dia di bantu oleh anak kepada sahabat suaminya untuk membangunkan semula serta mengukuhkan pengaruh Emas Castle di dalam bidang hartanah.
Kristal bercerita kepada Datin Salbiah yang dia pernah bekerja di samping Emas Castle, di mana semasa Kristal bekerja sebagai pemproses data, dia pernah menerima satu fail dari Emas Castle dan membantu arkitek syarikatnya menyiapkan lukisan struktur bagunan. Datin Salbiah mengiyakan kata-kata Kristal dan berkata "masa tu kami tak cukup kaki tangan so, we appointed small company that we trust to help us" Datian Salbiah tersenyum,
Dengan sikap ramah tamah Kristal dan sikapnya yang tidak berlakon dan selamba, ternyata dengan mudah Kristal menjadi rapat dengan Datin Salbiah.
"Saya ni pun balik ke sini membeli barang kat sini pun sebab awak" kata Datin Salbiah atau lebih di kenali sebagai datin Sally.
"lain kali saya datang lagi, saya janji, saya akan belanja awak makan ok" kata Datin Sally lagi.
Krista tersenyum gembira, dia tidak sangka yang banyak perkara baik berlaku sepanjang minggu ini "hmmm kejap, Rykal tu perkara baik ke" Kristal mengeleng-gelengkan kepala dan kembali mengemas barang-barang yang berada di dalam butik KMN itu.

p/s: hadoi aiiii aku rasa cara cerita aku, makin lama makin merepek.... lalalalallalalala

Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu