Kasih Luna Sang Rienta eps 2

Kampung Bunian???? Sure or not


Bingung ku Kebingungan


Melur berlari sejauh mungkin daripada di kejar oleh segerembolan manusia yang di jumpainya di tepi sungai.

"Kompem!!! Aku dah masuk kat alam bunian. Kepala otak aku yang masih waras ni cakap aku kt alam bunian, aduiiiii macam mana nak balik ni" Melur berhenti dan mencangkung sambil mengaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.
"haaaaaaaa!!!  Aku tahu, surely jalan masuk ke sini, jalan yang penuh dengan pokok pukul 10 tu. Orang tua-tua kata kalau tempat tu cantik, mesti ade yang menjaga."
"mengong betullah aku ni, dah tentu-tentu mana ada bunga pukul 10 dalam hutan....yess"

Tanpa melengahkan masa lagi Melur terus berlarian mencari bunga pukul sepuluh. Melur ke kiri, Melur ke kanan tetapi masih belum ketemu. Akhirnya Melur berputus asa dan dia hanya mampu duduk di bawah pokok sambil mengenang naseb dan berfikir bangaimana dia mahu duduk di alam Bunian ini.

"Ya ALLAH, ya tuhan ku...tolong lah aku, bagaimana aku nak terus kan hidup, dengan keadaan aku macam ni." Melur mula rasa rimas, dan perlahan lahan perasaan stress menghampiri.

"aaaaaahhhhhhhhhh!!!!!! Aku dah lah seminggu lebih tak mandi... Dengan kepala dah naik gatal... Tudung aku ni dah menjadi kulit aku lansung tak pernah bukak selama seminggu... Aku dah tak tahannnnnnnn!!! Aritu kene culik, ni orang bunian plak culikkkkk WHYYYYYYYYYYY???!!!" Jerit Melur melepaskan sesak di dadanya, jika boleh die mahu sahaja terbongkang di depan televisyen dan berehat, namun ini yang terjadi.
Melur duduk bersandarkan pokok sambil menutup mukanya dengan telapak tangan.

"Tuan hamba, mengapakah tuan hamba menjerit, jika ada apa yang hamba boleh tolong, hamba akan tolong tuan hamba"
Tetiba muncul satu suara wanita yang entah dari mana.

Melur mula rasa takut,
"Jin mana plak ni weyh, penunggu buluh runcing ke, ya ALLAH lindungilah aku daripada mahkluk mahkluk halus, jin jin dan hantu syaitan iblis yang lahnat Ya ALLAH" setelah mengaminkan doanya Melur terus mengalunkan surah Kursi bagi melindungi dirinya daripada ganggu orang bunian.

"Jangan takut tuan hamba, sesungguhnya hamba ini hanyalah manusia biasa. Tuan hamba nama hamba Daeng Merah" muncul seorang wanita daripada celahan pokok, dengan senyuman melirik, perempuan itu menghulurkan tangan.
Melur masih dalam kebingungan dan dia tidak menyambut tangan wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Daeng Merah.

Daeng Merah memengang Melur membantunya berdiri dan mengajak Melur ke rumahnya. Walaupun Melur berasa berat hati, tetapi dia sedar yang dia tidak mempunyai pilihan melainkan mengikutnya kerumah kerana hari sudah semakin gelap serta perutnya.
"chongggg!!!"
Melur memalingkan wajahnya ke arah yang lain
"slack lah ko perut, time time macam ni lah ko tak jaga malu aku"
Merah yang mendengar bunyi perut Melur ketawa sipu dengan melihat gelagat Melur menahan malu.

Daeng Merah menyediakan makanan dan minuman untuk Melur, dengan melihat pakaian Melur, dia tahu Melur bukan lah dari sini.
"Jemput makan tuan hamba" Kata Merah dengan nada yang lembut.

Melur mengerut-ngerut mukanya berpikir
"orang tua tua kata kalau kita makan dan minum kat alam bunian ni nanti tak boleh keluar dah.... Tapi aku lapar"
Melur kebingungan sambil berfikir jika tadi dia duduk bersila dan sekarang Melur mula duduk macam orang kalah judi.

"kenapa tuan hamba, tak sudi kah? Atau makanan hamba tidak sedap" tanya Merah yang melihat Melur keluh kesah.

"Makan jelah dowh, lapar gile ni... Kang mati kebulur lak" Melur senyum lebar kepada Merah sambil menyuap makanan, Ikan goreng serta sayur.
"pergh sedappppnyeeeeeeeee" Melur berdiri sambil mengangkat pinggan tunjuk ke langit. Melur senyum puas.

"tuan hamba, tuan hamba tidak apa apa kah" tanya Merah yang makin pelik melihat Melur.
"tuan hamba? Mereng?" tanya Merah lagi.
"Mereng? Gile ke? Hahahaahha" Melur ketawa hambar dan kembali duduk bersila.

Merah ketawa ketawa kecil melihat Melur.
"tuan hamba boleh pakai baju ni, tuan hamba agaknya muat dengan baju hamba. Tuan hamba boleh bersiram di belakang terdapat perigi di belakang rumah dan kemudian mungkin tuan hamba boleh bercerita dari mana tuan hamba datang?"

Melur membuat muka seposen, dan dia tidam tahu sama ada teruja atau pin sedih masuk ke alam bunian ini. Melur melangkah malas sambil berfikir, dia mesti membiasakan dirinya di sini. Entah untuk berapa lama lagi baru dia dapat keluar, untuk sementara waktu ini
"LETS ENJOY THE MOMENT!" sambil menjiruskan air ke badan nya. Melur terus melompat dan lari.

"Kenapa tuan hamba?" tanya Merah sambil melihat lihat keadaan sekeliling rumah
"sejuk.....sangat....macam mandi aih batu" kata Melur sambil berlalu pergi ke dalam rumah untuk menyalin pakaian.

Merah menggaru garu kan kepalanya "aih batu?"

Melur duduk bersama Daeng Merah menceritakan bahawa dia berasal dari kerajaan yang jauhnya 30 purnama dan nama kerajaan itu ialah kerajaan Papan, di mana hanya ada pembesar dan bangsawan serta tidak mempunyai raja atau sultan.

"tapi pakaian dan barang-barang tuan hamba serta bahasa yang di gunakan, semuanya agak aneh di mata hamba" kata Daeng Merah.
"tu pasai hangpa semua kena p jenjalan keluaq, jumpa orang pakai kain ateh kepala, lepeh tu mata sepet lagu ni... Pastu jumpa hat gelap gelap sikit dengan hat putih putih sikit, macam tu lah kita belajar dengan dapat bende pelik pelik lagu ni" terang Melur kepada Merah sambil ketawa ketawa kecil

Tiba-tiba bunyi tapak kaki kuda makin menghampiri, muka Merah nampak risau dan dia mengarahkan Melur untuk keluar dan menyorok di belakang supaya tidak kelihatan. Kemudian suara kuda serta orang orang yang menunggangnya sampai ke di hadapan rumah.

Merah berlarian menyambut tetamunya, sementara Melur memasang telinga, mendengar siapakah gerangan yang membuatkan muka Merah tidak keruan.

"Ampun Tuanku Beribu ribu ampun, sembah patik harap di ampun, hamba Daeng Merah masuk menghadap" kata Merah
"Bangunlah wahai sayang ku, sesungguhnya Beta amat merindui kamu. Sudah sempurnama Beta ke majapahit, tetapi hati beta hanya berada di sini bersama kamu" kata seorang lelaki yang segak bergaya, tinggi lampai berpakaian seperti seorang sultan.

Mata melur membulat, terkejut dengan apa yang di dengarinya
"kejap, bunian ade Sultan? Negara Majapahit? Kejap!!!  Aku kat mana sebenarnye nieeeee.... Nooooo how come" Melur cepat cepat menghitamkan mukenya dengan arang... Memakai kain batik menutup kepalanya menjadikan tudung, cuba menyorok sehabis baik... Kemudian Melur cuba keluar dari kawasan rumah Merah... Perlahan lahan cuba melarikan diri.... Tiba - tiba ada orang memegangnya dari belakang... Melur takut undung memalingkan badannya.

"Siapa tuan hamba??!!! Cakap?!!  Buat apa di sini??! !" tempik seorang lelaki yang memegang Melur.

Terkejut dengan tepikan tersebut, Merah melepaskan tangan yang di panggilnya Sultan itu dan terus berlari ke belakang rumahnya.

"Nanti!!!! Jangan apa - apa kan dia! " kata Merah.
Lelaki berbadan sasa itu melihat Merah sambil memegang bahu Melur dengan kuat.
Kemudian Sultan pun sampai dengan muka terpinga-pinga.


P/s: mari kita joget joget sambil baca cerite ni.... Pergh susah weyh buat cerite ni... Mencabar.... Sbbkan sayangku cabar... I buat jugak tapikan... Lepeh ni jd juare sejarah lah mcm ni

Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu