KASIH LUNA SANG RIENTA EPS 3

Mengarut je semua ni


Sultan Mansur Shah??? Kenapa tak Queen Elizabeth je??


"cakap siapa tuan hamba, Sultan ada di sini tapi tuan hamba masih tidak mahu menunjukkan muka tuan hamba" semakin keras pegangan tangan lelaki yang sasa di bahu Melur.

Dengan automatisnya Melur berpaling dengan wajah yang hitam, gigi yang hitam dan berselubung.
"Maafkan patik wahai Sultan Mansur Shah, patik sejujurnya tidak bermaksud untuk tiadak menghormati tuanku... Ampunkan patik tuanku" kata Melur sambil menangis dan pada ketika ini, Melur merasakan inilah penamat cerite hidupnya. Daeng Merah meluru lari ke arahnya
"Janganlah Tuanku menghukum dia, tiadalah niat nya untk mengapa apa kan kita Tuanku, ampun Tuanku beribu ribu ampun Tuanku" kata Merah sambil memeluk Melur.

Sultan Mansur Shah terpinga pinga melihat keadaan yang sedang berlaku, beliau pasti perempuan berselubung itu telah membuat sesuatu yang dasat, jika tidak, takkan mungkin pengawalnya hendak menangkap perempuan berselubung itu.

"lepaskan dia pengawal" kata Sultan Mansur Shah.
"Beta pasti, tuan hamba wahai perempuan yang berselubung, telah melakukan kesalahan besar" katanya lagi.
"tuanku, tidak mungkin tuanku, wanita berselubung ini lah yang menemani patik di saat tuanku pergi ke majapahit. Wanita ini berjalan dari negerinya sampai ke sini tuanku. Patik menjadi kasihan melihatnya, jadi patik izinkan dia tinggal bersama patik tuanku, ampun patik tuanku" Merah cuba memujuk Sultan Mansur Shah supaya tidak menghukumi Melur tanpa usur periksa.
"ampun tuanku beribu ribu ampun, sesungguhnya patik pacar yang hina tidak mempunyai tempat teduhan, suami patik telah meninggal dunia saat jalan ke negeri tuanku yang maha gah ini. Patik amat bertuah dapat duduk di sini, tuanku sesungguhnya patik tidak tahu, rumah siapakah yang patik menumpang teduh ini tuanku. Tuanku, mohon janganlah menjatuhkan hukuman kepada patik" kata Melur panjang lebar.
"Beta amat amat letih dengan perjalanan beta ke majapahit, sudahlah wahai pengawal lepas kan perempuan selubung itu, beta benarkan engkau wahai perempuan berselubung ade di sini, beta mahu kamu tinggal di sebelah rumah, tuan hamba buatlah rumah kamu sendiri berhampiran sini supaya kamu dapat menemani kekasih hati beta ini di dalam hutan" titah Sultan Mansur Shah kepada Melur.

Berlalu lah Sultan Mansur Shah ke dalam, dan di temani Daeng Merah yang gembira akan pengkhabaran tersebut. Melur tidak perlu di hukum di atas keberadaannya di sini. Daeng Merah tahu bahawa hubungannya dengan Sultan adalah rahsia, dan dia tidak mengharapkan Sultan Mansur Shah mengangkatnya menjadi gundik di istana apatah lagi sebagai permaisuru. Bagi Daeng Merah keberadaan Sultan di sisinya sudah mrmbuatkan dia  berasa sangat bertuah.

Melur melihat semua yang berada tadi telah beredar dan meninggalkan dia keseorangan, berlarilah Melur ketakutkan ke kawasan berhampiran sungai. Menangislah Melur teresak esak memikirkan bahawa nyawanya tidak tidak mungkin akan panjang.

"kenapalah aku berada di sini, sesungguhnya ini bukan lah hidup yang aku biasa, cara, bercakap semua tak sama..  Nak balikkkkkk, aku nak balikkkkkkk dengar tak" jerit Melur sambil mengesat ngesatkan air matanya yang tidak sudah membasahi pipinya.

"siapa suruh engkau menyibuk urusan sultan, kalau aku ialah sultan aku pancungkan sahaja kepala engkau itu" kata seorang lelaki yang segak bergaya... Walaupun pakaiannya seperti orang biasa namun kulitnya yang halus, mulus dan berseri menyebabkan lelaki tersebut nampak lebih bergaya.

"yang kau tu pulak, sebuk hal aku dah kenapa, pergjlah" sambut Melur dengan nada marah dan menutup mukanya.
"hoi, sedih apa lagi wahai perempuan yang berselubung, tidakkah kau masih hidup" tanya lelaki itu lagi
"budak ni besor kechik besor kechik je aku tengok mau aku luku kan jugak kang" bisik Melur kepada dirinya.
"apa yang tuan hamba cakapkan, hamba tidak dengar" tambah lelaki itu kagi.
"dah lah, pergi pergi... Aku takde mood nak cakap dengan kau..  Kang aku mengamok kang, mendapat plak nanti" sergah Melur.
Lelaki tersebut senyum sinis, dan dia pun berlalu setelah melambai kepada Melur.

"Aduiiii, mana plak lah datang mamat ni. Hilang rase takoot, aku rase nak sepak orang je sekarang" ngomel Melur seorang diri.
"aku sure, aku bukan kat alam bunian, walaupun lelaki yang aku jumpa macam kera tadi tu membuatkan aku pikir aku kat alam bunia. Handsome betul dia, aku tengok kalau orang lain berkarat je. Mesti dia datang ngan sultan, kalau tak takde lah die tahu kan"
"Kalaulah betul ni zaman Kesultanan Melaka, macam mana aku nak balik zaman aku. Takkan aku nak hidop beribu ribu tahun sampai tahun aku wujud, ingat ni cerite goblin ke ape"

Melur baring keletihan, melihat langit dan menghirup udara segar.
"Macam ni rupanya cuaca tanpa pencemaran, membuatkan aku lupa semua masalah... Bestnya tidurrrrrrr" Melur terus terlelap ke Alam mimpi

Melur perlahan lahan membuka mata, terkejut melihat hari sudah malam.

Aaaaaahhhhhhhhhh!!!!! Lagi terkejut melihat ada obor api dan kelibat seseorang yang membelakanginya dengan rambut panjang menngurai..

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!
Tiadalah berpenghujung jeritan Melur tersebut.

To Be Continued



Lelaki kacak tu lagi muda dari p. Ramlee dalam cerite ni, sila nantikan episod seterusnya... Sebelum pergi dari blog ini... Layanlah dulu lagu ni... Baru dapat fefelin cerite purba die


P/s: Mata ngantuk gile, rass nak tido dah memang best ni kalau tidur sbb hujannnnnnnn





Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu