KASIH LUNA SANG RIENTA - Eps 1

Pengenalan



Melur berlari - larian mencari jalan keluar daripada hutan tebal yang dia sendiri tidak tahu di mana dia berada. Seingat Melur dia bersama - sama rakan sekerjanya telah di culik oleh sekumpulan lelaki dan di bawa ke dalam hutan, Melur tidak tahu sudah berapa hari kah mereka berada di dalam hutan ini.

Melur berlari tanpa memalingkan wajahnya ke belakang, sesungguhnya di dalam hati dia hanya berfikir untuk selamatkan dirinya daripada kumpulan penculik tersebut. Kawan - kawan Melur yang lain ada yang telah mati di tembak dan ada yang telah di tangkap kembali kerana mereka cuba meloloskan diri,

Melur tidak berfikir panjang untuk mengaplikasikan apa yang pernah dia belajar sewaktu menjadi ahli pandu puteri di sekolah, Melur tiada masa untuk membuka kompas dan mencari di mana utara dan selatan, di dalam fikiran Melur, menyelamatkan diri lebih penting dari segala-galanya dan dia akan ke balai polis yang berdekatan untuk membuat laporan mengenai penculikan ini.

Melur Binti Ali
Gadis berambut panjang hingga ke pinggang, berasal dari kampung Masjid Teluk Intan dan ibu bapanya mempunyai sebidang tanah bendang. Melur bekerja di bawah syarikat Tuah United yang menjalankan kajian dan pengeluaran makanan, selain itu syarikat Tuah United juga ade mengeluarkan barang-barang memasak yang terkini dan tinggi dengan teknologi. Pada masa kini Tuah United telah menghasilkan pelbagai jenis alatan dapur yang mampu memasak makanan dengan mudah dah kurang penggunaan minyak.

Melur bekerja di dalam bidang penghasilan makanan di Tuah United, namun semenjak seminggu yang lalu terdapat sekumpulan lelaki yang agak pelik dan selalu berjumpa dengan Ceo Tuah United, terdapat sekumpulan pekerja yang telah di berikan tugas khas bagi menghasilkan suatu produk misteri dan tempat bagi penghasilan itu adalah kawasan larangan bagi pekerja yang bukan di arahkan bagi projek misteri.

Pada suatu hari setelah tamat waktu kerja, Melur ke kawasan kerja misteri tersebut, pada kebiasaannya pekerja-pekerja di pejabat akan menghasilkan makanan dalam tin atau mencipta makanan keropok baru ataupun rencah makanan baru, kemudian akan di bawa ke kilang dan di situlah akan di buat dalam jumlah yang banyak. Melur hairan melihat keadaan tempat kerje tersebut di mana terdapat mesin penghasilan makanan yang sepatutnya hanya ada di kilang, Melur melihat keadaan di situ dan pekerja-pekerja semuanya tekun dalam menghasilkan satu produk misteri. Sedang Melur melihat lihat tiba-tiba bunyi dentuman kuat dari belakang, Melur terus secara automatiknya bersembunyi, dirinya dapat merasakan ada bahaya yang menunggu.

Semua produk misteri di simpan ke dalam kotak dan terdapat ramai lelaki bertopeng menyerbu dan memaksa semua pekerja - pekerja akan di paksa duduk dan menunggu arahan.
"Tak cukup!!! Kita masih tidak mencapai jumlah yang di perlukan" Seorang lelaki yang kelihatan berumur 50 tahun menengking dan memukul Ceo Tuah United
"Tapi ini je yang mampu kami hasilkan, tapi jika boleh di berikan masa lagi, kami dapat buat dalam jumlah yang besar" kata Ceo Tuah United.
"Bawakan semua pekerja-pekerja ini ke makmal aku, aku tahu lah bagaimana nak selesaikan masalah ini" Kata Lelaki tua tersebut.

Melur perlahan-lahan mengundur ke belakang dan cuba lari menggunakan tangga kecemasan, Melur pusing kebelakang dan terus sepucuk pistol di acu ke kepalanya.
"kau tak sepatutnya ada di sini, kau juga akan di bawa bersama pekerja-pekerja yang lain, lagi pun tambah seorang pekerja lagi apa salahnya" Kata lelaki tua tersebut.

Seminggu mereka di kurung dan di kerahkan dalam penghasilan tablet misteri, tablet yang lebih hebat dari dadah dan akan menjadi suatu bahan yang merbahaya kepada masyarakat dunia. UBAT untuk akhir zaman namun terdapat juga ubat yang akan menghasilkan penyakit yang luar biasa, ubat yang kononnya untuk kecantikan namun ubat itu juga akan membunuh orang-orang yang menggunakannya.

Setelah selesai ubat kecantikan tersebut dan di bekaskan, semua pekerja-pekerja Tuah United bersama Ceonya di letakkan di dalam satu dewan dan tiba-tiba terdengar bunyi tembakan, seorang demi seorang pekerja Tuah United mati dan mereka yang masih hidup cuba melarikan diri termasuklah Melur.

Melur tercungap-cungap melarikan diri, Melur masih boleh mendengar tapak kaki penculik. Melur melihat terdapat pokok pokok yang cantik di penuhi dengan pokok jam sepuluh, seakan akan menghasilkan jalan ke suatu tempat. Melur cuba melihat hujung jalan tersebut namun tidak berjaya kerana derapan kaki makin kuat, dan Melur membuat keputusan untuk mematikan diri berselindung di sebalik tumbuhan tumbuhan renek.

Melur membuka matanya, dia tidak sedar bila dia tertidur dalam menunggu penculik penculik tersebut pergi dari situ. Melur sempat membawa bag galas yang di jumpai semasa dia hendak keluar dari tempat dia di culik. Melur berasa lega, terdapat banyak perkara yang boleh dia gunakan untuk pulang, gunting, pisau lipat, pemutar skru dan pelbagai barang lagi termasuk buku dan alat tulis.
"Ni mesti beg technician dia ni, naseb kau Melur, semoga ALLAH menyebelahi kita dan yang penting Torchlight!!!!! Yesssss"

Melur melihat ke langit, bulan pada malam ini mengambang. Melur seakan akan tidak mahu bergerak daripada tempat dia berehat dan menikmati pemandangan pada malam ini. Sedang Melur melihat bulan, tiba - tiba bulan sedang hilang sedikit demi sedikit
"Wow Gerhana Bulan, baik aku cepat cepat jalan sebelum malam menjadi lagi gelap"
Melur pun tanpa melengkan masa dia terus melalui jalan yang di hasilkan daripada bunga pukul 10 dan makin lama, gerhana bulan penuh terhasil dan pada tahun ini gerhana bulan di kenali sebagai gerhana Bulan Berdarah kerana warnanya yang kemerah merahan.

Oleh kerana malam menjadi terlalu gelap, Melur mengambil keputusan untuk tidur berhampiran sungai yang di jumpainya setelah melalui jalan yang di penuhi bunga pukul sepuluh itu.

Melur mengerut ngerut kan dahinya, ternyata dia tidak tahan dengan bungi bingit suara suara perempuan dengan hilai tawa serta nyanyian mereka, Melur rimas dengan keadaan bising tersebut yang telah menganggu tidurnya
"DIAMMMMMMMMM!!!"
Perempuan-perempuan yang sedang bermandi-mandian di situ lari dan menjerit setelah melihat Melur. Kemudian datang sekumpulan lelaki berpakaian melayu purba menjerit ke arah Melur, tanpa berlengah Melur terus lari dan menyembunyikan diri.

" kejap, kejap.... Aku kat mana ni... Alam bunian? Aku cobfident aku dah masuk ke alam bunian. Kenapa dieorg pakai baju macam zaman melayu Melaka.... YA ALLAH kat mana aku ni tolong" Melur tercungap cungap di dalam keadaan membingungkan... Dan mengharapkan dia masih lagi bermimpi.

TO BE CONTINUED

p/s: Aku janji aku akan siapkan cerite ni sebanyak 24 episod je okayh... Aku janji aku siapkan cerite ni asalkan aku tak jumpa cerite yang sama kat tv 3 ye... Hahahahahahah


Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu