PRIDE jap. drama

SANOTAKA HALU... <3


Back in the days... i think somewhere 2000 or more than that... cerita PRIDE di tayangkan di 8tv... aku memang suka gila dengan cerita ni... tapi pada masa ia di tayangkan di tv... angah aku tak kasi aku tengok sebab dia tak suka aku tengok cerita yang bahasanya lain daripada 3 bahasa yakni bahasa inggeris, bahasa melayu dan bahasa cina... padahal cina ada dua bahsa iaitu mandrin dengan kantonis... huhuhu memanglah dia tak marah sebab dia suka tengok cerita drama FONG SAI YUK versi Dicky Chung Wai Kin. oleh kerana kedegilan aku yang teramat sangat aku tetap nak tengok dan akhirnya ada banyak jugak siri dia aku tak dapat tengok. Masa cerita itu di pasang di 8tv tu, aku dah start gila bayang sebenarnya... kekeke aku dah jatuh hati dengan karektek HALU ni...

HALU seorang yang cool, dia ialah captain pasukan hoki ais, dan nama pasukan dia ialah THE BLUE SCORPION... dia di larang bercinta dan fokus hidup dia hanyalah untuk hoki ais. HALU juga mempunyai masalah untuk terlampau mencintai dan mempercayai orang yang di cintainya... oleh itu bagi HALU percintaan adalah satu permainan yang ringkas... sebelum bercinta haruslah mempunyai beberapa rules and regulation supaya kedua-dua belah pihak tidak akan berasa rugi dan sentiasa berada dalam keadaan bahagia di sepanjang  permainan cinta ini berlansung.

AKI wanita kuno, huhuhu aku pernah perasan yang aku ni AKI sebab aku ni kan berpikiran conservative... jadi seperti yang aku kata kan tadi, AKI ialah seorang yang conservative, dia mempercayai true love, kekasihnya pernah membuat janji kepada AKI yang suatu hari nanti dia akan pulang kepada AKI... kekasih AKI pergi ke USA untuk meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang architect ternama dan dengan naifnya AKI menunggu kekasihnya itu walaupun dia tidak mengirim sebarang khabar berita kepada AKI.

AKI dan HALU telah bersetuju untuk menjadi kekasih sementara... dan apa yang terjadi... HALU akhirnya terbuka hati untuk mencintai AKI dan mempercayai cinta. Tanpa di sedari dengan perlahan-lahan AKI telah mula melangkah pergi daripada kekesihnya dan pergi kepada HALU... dia membuka hati HALU untuk mempercayai cinta dan kasih sayang lagi...

Jalan cerita pride amat menarik... kalau tak... tak lah aku sendiri membeli drama ini untuk di jadikan koleksi... dan percaya atau tidak fesyen HALU telah menyerang ANGAH aku dan rakan-rakannya... sebab angah pinjam video nie untuk di tonton bersama kawan-kawan dia... lelaki pon terpengaruh, apatah lagi kita perempuan kan... so don't forget to check dis out people

PRIDE original soundtrack is I WAS BORN TO LOVE YOU by QUEEN


hero = Takuya Kimura as HALU
heroin = Takeuchi Yuko as AKI


sweet couple~ HALU n AKI 


Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu