Instant Cake @ Kek Segera

Can it really works??? Boleh jadi ke???


arrrggghhh!!! asal bukak blog je, cerita pasal resepi... bosan tak kalau baca resepi... hahaha macam-macam resepi ada kat internet kan mudah je sekarang... Jadi apa yang Cik Kiess nak tulis dalam blog Cik Kiess yang sunyi sepi tanpa pembaca ini... hahahaha sebenarnya masa Cik Kiess kerja tadi, rakan sekerja Cik Kiess datang bercerita kenapa brownies dia jadi keras seperti biskut.... hmmm Jadi Cik Kiess kehairanan sebab kalau kita buat sendiri dari step one, samada brownies tu jadi mendap kat tengah atau pun hangus terbakar... kekekeke jadi, mana silap dia...

kita remaja urban~ uhuk uhuk uhuk Cik Kiess dah hujung remaja dah nieee... tu pasal famili paksa kawen jew dengan siapa-siapa... T_T maaf iklan kejap yewwww~ nak makan sesuatu senang je, semua yang instant ada, tinggal nak cuba sahaja baru lah kita tahu apa yang sedap dan apa yang tak boleh buat lagi... maksudnya tak sedaplah... Tetapi apa yang Cik Kies tahu, kalau kita takda basic memasak pun, apa yang instant pon boleh tentu akan jadi seperti yang kita mahukan. 

Ok~ sekarang mari kita lihat... apa permasalahan kawan Cik Kiess ni~ hmmm brownies jadi macam biskut... Cik Kiess lupa nak tanya dia, brand apa yang dia pakai sebab Cik Kiess dah cuba 2 jenama. Lepas tu Cik Kiess tanya lagi apa yang dia dah buat sampai boleh jadi macam tu sebab kalau kita ikut bahan-bahan yang dia dah tetapkan maka ia akan jadi walaubagaimanapun... kalau mendap di tengah tu biasalah... belum betul masak kita dah bukak oven... tanya... punya tanya... rupanya dia letak serbuk coklat banyak-banyak dalam tu sebab dia nak moist kat tengah brownies... laaaaaaaaaaaaaa (-_-)" kononnya nak buat dia jadi macam coklat lava lahh~ hadoiiiiiyaiiiii adeqqq nonnnnn~

Instant cake, ramuan dia semua dah di buat mengikut kesesuai kandungan tepung, gula, serbuk coklat jadi kalau nisbah dia dah berubah maka, macam-macam boleyh jadi... kalau kita tambah tepung dan serbuk coklat ofkoslah jadi biskut kan... jadi bagaimana nak jadikan dia moist dah full with coklat di tengah-tengah... Cik Kiess pernah tengok Donna Hay dekat tv, dia nak brownies die full with coklat... dia masukkan coklat chip akhir skali semasa adunan telah di letakkan di dalam acuan... dan Cik Kiess plak tambah almond or walnut yang dah di sangai terlebih dahulu di atas adunan yang telah di letakkan di dalam acuan... 2 jenama yang Cik Kiess pernah cuba untuk buat brownies ialah KIJANG dan NONA, perbezaannya KIJANG menggunakan soft butter, dan NONA menggunakan minyak sayuran.

Masa hari raya haritu Cik Kiess buat cup cake... mula-mula skali yang paling penting~ sila pukul telur terlebih dahulu sebelum masukkan tepung INSTANT CAKE tu... sebab nak pastikan bau hanyir telur tu hilang dan silalah bubuh satu sudu teh esen vanila ok... kemudian ikutlah step by step di belakang kotak Instant cake tu... so dis is wat i used... believe it or not... Cik Kiess buat 2 kali cup cake nie... sebab semua orang suka... n they said... its so damn delicious... hahahaha 


kemudian Cik Kiess buat toping untuk cup cake Cik Kiess... kakak Cik Kiess mintak nk makan cheese leleh, sebab Cik Kiess pernah buat sebelum hari raya haritu... bahan-bahan untuk buat cheese leleh ialah, 250gm tantura cheese, 3/4 cawan susu pekat, 50ml whipping cream dan 50ml susu dutch lady... kalau nak guna susu cair pon boleyh tapi tak berape sedap sangat... inilah hasilnya cup cake Cik Kiess yang henyot benyot... kah kah kah 

jadi untuk menjawab persoalan tadi... Yess Instant Cake flour really indeed can use... just follow the method for extra coklat just put in chocolate chip... tibe-tibe semua orang boleyh baking kan sekarang... hehehehe


Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu