Thursday, 3 September 2026

Keris Of My Heart... Ur Heart...

The Key Is (secret password) *gambar kucing gosok gosok kepala yang warna putih, kelabu kat wassa 
Semakin lama aku tengok, semakin aku rasa keris ni pelik sebenarnya. 
Bukan pelik seram. 
Pelik sebab setiap satunya macam ada cerita sendiri. 
Setiap keris ada sejarahnya. 
Setiap keris ada jalan ceritanya. 
Setiap keris ada memorinya. 
Dan mungkin setiap keris juga akan mengingatkan seseorang kepada sesuatu yang hanya dia sendiri tahu. 
Ada yang diwariskan. 
Ada yang disimpan. 
Ada yang dibawa ke mana-mana. 
Ada juga yang mungkin bertahun-tahun hanya diam di tempatnya, 
tapi pemiliknya masih tahu...itu keris dia. Sehebat mana pun sebilah keris, ia tetap setia kepada pemiliknya. 
Tugasnya satu. Melindungi. 
Macam Taming Sari yang namanya hidup jauh lebih lama daripada manusia yang pernah memegangnya. 
Kita ingat kerisnya, kita ingat pemiliknya. Entah kenapa dua benda itu macam susah nak dipisahkan dalam satu cerita. 
Aku pandang pula bahagian hulunya. 
Baru aku terfikir... Sebilah keris boleh mempunyai bilah yang sangat cantik. Pamornya boleh luar biasa. 
Loknya boleh sempurna. 
Tapi tanpa hulu... macam mana nak menggenggamnya? 
Hulu mungkin bukan bahagian yang orang paling lama pandang. 
Tapi dengan hulu itulah 
Pemiliknya berpaut untuk menghunus keris itu 
Setianya sang Hulu kepada Pemilik... memegang erat segala janji yang pernah di ucapkan 
 
ehhhhhhhh 
tak tak tak 
sebenarnya aku nak cerite pasal aku nak masok briswalk 10km... 
 
tapi kan korang.... 
aduiiiii kenapa kena trainning ni 
Aku dah penat... 
Owhhh salah. 
Sepatutnya aku lari. 
Aku kan tengah struggle nak berlatih run 10km. 

Tapi aku stop makan nasi lemak Kg Mortem
Pergh Bau ayam goreng dia... Hmmmmmm. 
Buat perut berkeroncong guys. Nak salahkan siapa? 
Salah ayam tu lah. 
Dah tahu orang tengah training pergi bau sedap-sedap buat apa. 
Aku cuma mangsa keadaan. 
Selesai bersantap sambil mata dilepaskan ke Sungai Melaka, 
aku duduk kejap menikmati angin malam. Kononnya kejap. 
Tiba-tiba aku terdengar... 
“Dah... dah... jangan panggil saya pakai nama dah. Panggil macam biasa.” Suara seorang lelaki. 

Kemudian diikuti dengan gelak seorang perempuan. 
Nakal bunyinya. 
Perempuan tu macam sengaja mengejek dia lagi. 
Aku tak dengar sangat apa yang dia cakap, tapi lelaki tadi membalas sesuatu sebelum akhirnya dia stop. 
Aku pandang dua ketui tu berlalu pergi. Hmmm. 
Orang bercinta. 
Begitulah. 
Owhhh... 
Mungkin aku juga harus sambung dengan niatku. 
Run. 
Aku bangun. 
Dua tiga langkah... 
Ya ALLAH. 
Perut berat guyssss. 
I'mmmm sorrryyyyy. 
Siapa suruh makan nasi lemak tengah-tengah training? 
Aku. 
Siapa yang menyesal? 
Aku juga. 
Tapi dah makan takkan nak keluarkan balik. 
So jalan. Jalan pun jalanlah. 
Asalkan bergerak. 
Aku pun menyusuri Sungai Melaka dengan kelajuan yang kalau dekat Strava mungkin dia sendiri malu nak record. 
Tapi Melaka waktu malam memang cantik. 
Lampu daripada bangunan lama jatuh dekat permukaan air, 
sesekali cruise lalu penuh dengan manusia yang entah datang dari mana, kedai-kedai masih ada yang buka dan manusia pula masih ramai berjalan walaupun malam dah semakin lewat. 
Best sebenarnya berjalan macam ni. 
Kita selalu rushing nak sampai somewhere sampai kadang-kadang tak sempat tengok apa yang ada kiri kanan. 
Malam ni aku tengok. 
Sebab aku memang dah tak larat nak lari. Hahahahahaha. 
Aku jalan lagi. 
 Dan lagi. Dan lagi. 
 Sampai satu tahap...
 Penat oooiiii bawak perut jalan sampai hujung.
 Ya ALLAH. Minta nyawaaaaaa. 
 Kenapa aku jalan sampai sini? 
 Kereta aku jauh kot belakang sana. 
 Siapa punya idea training 10km ni? 
 Aku tengok jam. 
 12 malam. Okay. Dah time aku pusing balik ke kereta. 
 Banyak kedai pun dah mula tutup. 
Orang dah semakin kurang dan sepanjang sungai tu dah tak sesibuk tadi. 
 Aku pusing. Jalan balik. 
 Beberapa minit kemudian... 
 Eh. Tak balik lagi rupanya dua ketui tadi. Nasebbb baikkkk ada kawan. 
 Aku ikutlah kejap. 
Kot-kot diaorang pun jalan arah yang sama. 
 Bukan follow tau. 
 Kebetulan. 
 Jangan buat cerita. 
 Tapi jap. Aku stop dulu. 
 Haus. Aku keluarkan air. 
 A bottle of wotta, kata orang British. 
 Aku tak British. 
 Aku orang Perak. 
 Tapi takpe. Wotta tetap wotta.
 Tengah minum tu mata aku tertangkap satu kedai yang masih belum tutup. Owhhh... 
 Kedai keris. 
 Dan dua ketui yang aku ikut tadi baru keluar dari kedai tersebut. 
 Aku pandang kedai.
 Pandang pintu. Pandang dalam. Hmmmm. 
 Aku seram nak masuk sebenarnya. 
 Bukan apa. 
 Keris ni bagi aku ada aura dia sendiri. Kalau pisau dekat dapur kita nampak biasa je kan.
 Tapi keris? Kau letak sebilah keris atas meja dengan lampu malap sikit, terus otak mula fikir benda bukan-bukan.
 Padahal besi je. Kot. 
 Tapi ku gagahi juga. 
 Jom tengok keris. 
 Aku masuk.
 Rupanya bila tengok dekat-dekat... 
 Cantik. 
 Aku selama ni tahu keris sebagai keris je. Bilah. Hulu. Sarung.
 Sudah. 
 Tapi bila kau betul-betul tengok, setiap satu tak sama. 
 Ada yang lurus.
 Ada yang berlok. 
 Dan lok tu pula bukan main buat sesuka hati. 
 Aku ingatkan tukang dia tengah ketuk besi lepastu rasa, 
 “Hmm... bosanlah lurus. Kita senget-sengetkan sikit.” 
 Tak. Ada kiraannya. 
 Biasanya ganjil. Tiga. Lima. Tujuh. Sembilan. Sebelas. 
 Dan semakin aku tengok, semakin aku faham kenapa ada manusia boleh berdiri lama depan sebilah keris.
 Sebab sebenarnya kau bukan tengok senjata semata-mata.
 Kau tengok workmanship. 
 Bilahnya.
 Bentuknya. 
 Ukiran hulunya. 
 Sarungnya.
 Kemudian ada pula pamor.
 Corak pada bilah yang bagi mata aku pada mulanya nampak macam... 
 corak dekat besi.
 Hahahahahaha. 
 Sorry. 
Bende boleh buat kelakor kan....
Tapi bila tahu sedikit bagaimana ia terhasil, barulah nampak seni dia.
 Ada sesuatu tentang barang lama yang buat aku curious. 
 Berapa tangan pernah pegang benda ni? Siapa pemilik pertama dia? 
 Pernah dibawa ke mana? 
 Dan macam mana satu benda boleh survive lebih lama daripada manusia yang memilikinya? 
 Interesting kan?
 Aku bergerak dari satu keris ke satu keris. Ada yang nampak garang. 
 Ada yang elegan.
 Ada yang aku tengok sekali dah rasa... Okay awak duduk sana. 
 Saya dekat sini.
 Kita hormat boundaries masing-masing.
Okieeee... Sye tak nak kawan dengan awak tau
 Dan kepada sesiapa yang suka buka keris tu guys...
 Satu pesanan. Jangan sampai tercedera ibu jari. 
 Tapi takpe
 Kadang-kadang penghuni dalam keris tu nak berkawan je. 
 Hahahahahahahaha. 
 Takoot tak? 
 Takoot tak?
 Dah lah.
Jangan fikir bukan-bukan. 
 Nanti aku sendiri takut nak keluar kedai. Aku tengok beberapa lagi sebelum akhirnya keluar
.Okay. Sambung perjalanan. 
 Ya ALLAH... 
 Penatnye lahai. 
 Kenapalah aku berjalan sampai hujung tadi? 
 Kalau tadi aku patah balik awal sikit, sekarang dah duduk dalam kereta. 
 Tapi tidak.
 Nak sangat 10km. 
 Sekarang rasakan. 
 Aku jalan. Jalan. Jalan lagi. 
 Sekali lagi aku nampak dua ketui tadi. Hmmm. 
 Tadi bukan main gelak-gelak.
 Sekarang serius pula. 
 Aku lalu je lah.
 Ehhhh... 
 Boleh pula main lambai-lambai dekat cruise yang lalu.
 Aku tengok cruise tu. 
 Aku tengok diaorang. 
 Kawan diaorang ke? 
 Ramainya kawan. 
 Satu boat. 
 Something wrong betul dua ketui ni. 
 Dah lah.
 Baik aku jalan laju-laju melepasi diaorang. Sekurang-kurangnya ada juga speed training malam ni. 
 Aku teruskan perjalanan sambil dalam kepala masih teringat keris-keris dekat kedai tadi. Aku rasa sekarang aku faham sedikit kenapa orang sukakan keris. Ada benda yang kita tengok kerana cantik. Ada benda yang kita simpan kerana nilainya. Dan ada benda yang mungkin pada orang lain cuma sebilah besi, tapi kepada pemiliknya ada cerita yang kita tak pernah tahu. Keris ni salah satunya. Kecil je. Tapi sejarah dia panjang. Seni dia halus. Dan somehow setiap keris ada character dia sendiri. Aku rasa selepas malam ni aku boleh appreciate keris sedikit lebih daripada sebelum ni. Actually... Bila difikirkan balik... Aku pun ada keris. Haah. Betul. Aku ada. Dekat rumah. Tak pernah pula aku fikir selama ni aku ni collector. Keris aku tak ada lok. Tak ada pamor. Tak ada ukiran naga. Tak pernah masuk persembahan. Tak ada kisah kerajaan Melayu lama. Tak ada penghuni juga kot... Kot. Tapi keris aku ada satu kelebihan yang mungkin keris-keris dekat kedai tadi tak ada. Keris aku pembuka surat. HAHAHAHAHAHAHAHA. Ehhh hallo. Jangan gelak. At least keris aku ada pekerjaan tetap hokay. Hari-hari ada function. Keris korang? Duduk dalam sarung. Keris aku? Corporate. Sekian. Aku nak balik. Esok kalau kaki sakit, aku salahkan nasi lemak.

Wednesday, 2 September 2026

Sesuatu Tempat Takkan Bermakna Kecuali Kita Berikan...

Subuh tadi aku bangun dengan penuh semangat waja.
Maklumlah…
baru tanggal 31 Ogos.
Hari Kebangsaan.
Semangat kemerdekaan masih berbaki. Semangat cintakan negara masih membara. Dan entah dari mana datangnya, semangat nak hidup sihat pun tiba-tiba ikut sekali. 
Aku keluar rumah awal.
Pukul 7 pagi dah naik train.
Pukul 8 dah sampai tempat kerja.
Cantik.
Teratur.
Produktif.
Aku sendiri kagum dengan diri aku pagi tadi.
Dalam kepala dah plan siap-siap.
Balik kerja nanti ngam-ngam pukul 5. Kalau sampai awal, aku nak pergi running.
Kalau malas sangat pun…
brisk walk jadilah.
Dan untuk membuktikan betapa seriusnya aku terhadap kehidupan yang sihat ini, aku dengan penuh keyakinan telah mendaftarkan diri untuk 10KM run setiap bulan.
Yes guys.
Every. Single. Month.
Macam atlet.
Bezanya atlet berlatih.
Aku…
banyak berniat. NAWAITUUUU... 
Tulah dia... 
Tapi hari ni lain.
Hari ni aku memang nak pergi.
Aku nak walk dekat Putrajaya.
Bulatan Putrajaya.
Masjid.
Depan Perdana Putra.
You know lah kan.. 
When u r very determined
U already make up ur mind 
So tepat pukul 5, aku pun turun dengan penuh keyakinan seorang wanita yang kononnya akan berlari 10KM setiap bulan.
Sekali sampai tempat tunggu train…
Aik?
Kenapa ramai gila manusia ni?
Aku tengok board.
181 MINIT.
Aku tengok sekali lagi.
Mana tahu mata aku penat bekerja.
Tetap.
181 minit.
WATTTTTT?!
YA ALLAH UJIANNNNN. 
Train rosak.
Okay.
Tak apa.
Aku faham.
Iye universe…
saya tahu.
Saya ada banyak kerja yang belum siap.
Memang nak suruh saya balik rumah sambung kerja kan?
Baikkkkklah.
Niat untuk running itu kita simpan dahulu untuk hari yang lain.
Niat baik tak ke mana, guys.
Yang pergi cuma calories yang sepatutnya terbakar hari ni. 
Tapi disebabkan aku dah teringat Putrajaya…
aku nak bawa korang ke sana juga.
Dalam kepala aku lah dulu. 
Korang tahu tak…
Kalau korang start dekat Bulatan Putrajaya, jalan straight…
straight je.
Jangan gatal nak belok-belok.
Sampai hujung.
Hujung mana?
Hujung jalan straight tadi ler. 
Lepas tu patah balik ikut jalan yang sama sampai semula dekat Bulatan Putrajaya.
Ngam-ngam lebih kurang 10KM untuk route aku.
Perfect.
Sebab kan aku dah berlagak daftar 10KM run setiap bulan tu.
Jadi kenalah sesekali berlatih supaya penipuan terhadap diri sendiri ini tidak berlarutan. 
Tapi sebenarnya bukan 10KM tu yang buat aku suka jalan dekat sini.
Ada sesuatu tentang laluan ni yang aku suka.
Kalau korang lalu dengan kereta, mungkin korang nampak bangunan kerajaan.
Masjid.
Jambatan.
Lampu jalan.
Bulatan.
Bangunan lagi.
Dan bangunan lagi.
That's it.
Tapi bila kita berjalan…
everything moves slower.
Tiba-tiba kita sempat tengok benda yang selama ni cuma lalu di hujung mata.
Lengkok sebuah bangunan.
Bayang pokok atas pavement.
Kubah yang kita selalu nampak dari jauh.
Jalan panjang yang bila kita berdiri betul-betul di tengah pandangan, macam tak nampak penghujungnya.
Dan aku fikir…
apa kata kali ni kita jangan sekadar lalu?
Apa kata kita berhenti sekejap pada setiap benda yang kita nampak.
Kita tengok.
Kita fikir.
Dan kita berikan dia satu makna.
Just…
what it means to me.
Sebab sekarang aku masih dalam satu fasa yang aku sendiri panggil…
hibernasi emosi.
Aku tak nak bercakap tentang ribut di luar sana.
Biarkanlah dia ribut dulu.
Aku tak nak mencari jawapan.
Tak nak menentukan siapa salah, siapa betul.
Tak nak paksa hati memahami sesuatu yang mungkin memang belum tiba masanya untuk difahami.
Kali ni aku cuma nak take things slow.
Kembali mendengar degupan jantung sendiri.
Tutup mata.
Senyum.
Dan ingat tempat-tempat yang pernah membuatkan aku rasa sesuatu.
Sama macam kita pernah memberikan makna kepada random things…
kali ni kita berikan makna kepada tempat.
So jom.
Hari ni kita tak running.
Kita tak brisk walk.
Hanya walk through our imagination... 
Lessgo... Walk with me... 
kita tengok Putrajaya dengan mata aku.
Aku parking kereta dekat 
Bulatan Putrajaya.
Manusia?
Ya Allah.
Penuh.
Berkerumun sana sini.
Ada yang berjalan, ada yang duduk, ada yang bergambar dan aku pula dengan penuh semangat membuka bonet kereta untuk mengambil kasut jogging.
Sekali…
Owh.
Kasut?
Carlo Rino je yang hado. 
Takpelah.
Kasut ni sebenarnya macam kasut jogging juga kalau kita tengok dengan hati yang terbuka.
Design dia ikut kaki.
Comfortable.
Cuma berat sikit.
Tahu tak kenapa berat?
Sebab tapak dia design lob-lob.
Lobbiu. ❤️
Jadi setiap langkah aku berjalan penuh dengan perasaan lobb lobb... Cinta
Sekarang imagine... 
Aku mula melintas jambatan.
Dekat sini macam-macam manusia ada.
Orang dating.
Orang picnic.
Orang melepak.
Ada yang duduk diam tengok air.
Ada yang mungkin datang tanpa tujuan pun.
Tiba-tiba aku terfikir…
Seronok kot kalau naik motor pusing-pusing dekat sini.
Tapi orang cakap sekarang dah black dah kawasan ni. JPJ dah marking katanya. 
So sebelum korang datang sini, tolong check dulu.
Roadtax hidup ke tak.
Helmet ada ke tak.
Jangan dah naik motor tak pakai helmet, roadtax mati, lepas tu bila kena tahan baru nak berharap muka korang ada nurrrrrr.
Mana tahu boleh lepas.
Eh jap.
JPJ ke polis yang tahan?
Nthlah.
Kita sambung berjalan. 
Lepas jambatan, jalan straight lagi.
Ada gerai-gerai healing. Ramai manusia.
Dekat tepi tu ada lambang tangan Malaysia MADANI.
Masa ni kalau ada orang belikan air…
Alhamdulillah.
Sejuklah sikit tekak aku.
Kalau korang datang seorang pun jangan risau. Kawasan ni ramai orang. Jadi walaupun kita berjalan sendiri, kita tak rasa betul-betul sendiri.
Jalan lagi.
Dan sampailah kita di hadapan Perdana Putra.
Mungkin ini akan menjadi salah satu favourite view korang nanti.
But at that time…
you might not realise it just yet.
Sebab kadang-kadang sesuatu tempat tu belum mempunyai apa-apa makna ketika pertama kali kita melihatnya.
Kita cuma pandang.
Kita lalu.
Kita ambil gambar.
Dan kita pergi.
Makna tu kadang-kadang datang kemudian.
Nak jalan lagi ke? 
Dah lah... Letih plak rase
Kasut aku berat. 
Kita patah balik.
Dalam perjalanan balik aku nampak seorang kakak duduk seorang-seorang dekat tepi jalan.
Aku tegur.
Tunggu siapa?
“Abang datang ambik.”
Ohhh.
Okay.
Aku senyum dan sambung berjalan.
Tapi entah kenapa pertemuan kecil tu melekat dekat kepala aku.
Jadi dekat sini aku nak berikan makna pertama kita.
Jalan Menunggu.
Sebab mungkin ada manusia yang sedang menunggu seseorang datang mengambilnya.
Ada yang sedang menunggu sesuatu berubah.
Ada yang sedang menunggu jawapan.
Dan ada juga yang mungkin tak tahu apa sebenarnya yang sedang dia tunggu.
Dan ada yang menunggu, adakah kehidupan ini menyebelahinya.. 
Tetapi bila kita memperlahankan langkah, hati kita jadi sedikit lebih lembut untuk melihat manusia lain.
Untuk bertanya.
Untuk mengambil tahu.
Walaupun sekadar,
“Kak, tunggu siapa?”
Aku sampai semula dekat jambatan.
Kali ni aku tak tengok manusia.
Aku lepaskan pandangan ke dalam air.
Sekali…
EHHHHHH FISHHHHHHH!
Boleh nampak tau!
Agak-agak besar mana?
Aku tak nak bagitahu.
Korang pergi tengok sendiri. 
Nanti kita buat kuiz.

BERAPA BESARKAH IKAN DI BAWAH JAMBATAN PUTRAJAYA?

Hadiah: kepuasan kerana berjaya menjawab soalan yang langsung tidak membawa apa-apa perubahan kepada kehidupan korang. 
SEKIAN 

Wait a second
Cerite belum habis... 
Mari aku genggam tangan korang, sambil berjalan di tepi kaki lima ini... 

Sampai kereta, aku buka bonet.
Aku bungkus balik kasut Carlo Rino lob-lob aku tadi.
Entah macam mana…
tiba-tiba aku terfikir,
Aku nak sambung belajar lah.
Random kan?
Tapi betul.
Aku nak hidup aku pergi lebih jauh.
Aku nak tahu lebih banyak.
Aku nak jadi lebih baik daripada apa yang aku ada sekarang.
Aku nak tengok satu hari nanti sejauh mana sebenarnya aku boleh pergi kalau aku betul-betul mencuba.
Tak sangka.
Datang Bulatan Putrajaya nak brisk walk…
balik-balik fikir pasal masa depan.
Okay dah.
Cukup sesi mencari tujuan hidup.
Jom cari makan. 

Tapi sebelum tu kita singgah Masjid Besi.
Nak beli air dekat food truck.
Dalam perjalanan…
Wow.
Dorsett.
Cantik juga hotel ni.
Dekat pintu dia ada design burung-burung.
Lain macam.
Mungkin tempat orang honeymoon kot sini.
Membina mahligai indah…
cinta berputik ibarat bunga sakura di Jepun yang muncul ketika musim bunga…
Okay.
Takpelah.
Kita kona. 

Bagi orang bercinta tidur situ.
Kita nak pergi beli air je.
Sampai food truck aku beli air.
Dan tempat kecil itu pun aku berikan makna.
Di sinilah hidup membawa aku untuk belajar berbicara sedikit lebih manis.
Lebih gula.
Lebih perhatian.
Sesuatu yang mungkin selama ini aku tak pernah benar-benar tahu bagaimana rasanya.

Kemudian aku berdiri di hadapan Masjid Besi.
Aku keluarkan telefon.
Click.
Cantiknya.
Reflection masjid dekat air tu tenang sangat.
Aku pandang lama.
Cantiknya masjid.
Cantiknya reflection.
Dan entah kenapa…
cantik juga hati aku hari ni.
Berbunga.
Aku tengah terpana dan terpesona menikmati pemandangan bila—
krrrrkkkk.
Perut aku berbunyi.
Okay.
Spiritual moment tamat. 
Jom cari roti canai.
Eh.
Tapi food court macam best.
Nak makan apa?
Roti canai?
Fish & chips?

Ooowwhhhhh sommmmm... 

Fish & chips menang sebab, entah ae... Dua sama lah kan sepatutnye... 
Ehhh kenapa duaaaaaa... 
Hahahahahaha

Dah lah korang.
Santapan indah.
Air kopi panas mungkin sedap.
Tapi tekak aku kata lemon sejuk.
So lemon sejuk it is.
Perut pun kenyang.
Jangan merajuk.
Susah nak pujuk.

Dan bila malam datang, ada satu lagi tempat yang aku teringat.
Sebuah hotel di atas bukit.
Parking kereta jauh sedikit, kemudian ada buggy yang membawa kita naik.
Di hadapannya ada taman yang bercahaya pada waktu malam.

DPulse Grande
Cantik.
Tenang.
Dan mungkin…
di sanalah semuanya bermula.
Bukan pintu bilik yang diketuk.
Tetapi sesuatu yang jauh lebih senyap.
Pintu hati yang mula bergetar.
Dekat situ juga ada Taman Botani Putrajaya.
Kalau datang waktu malam, suasananya terasa lain.
Lampu.
Pokok.
Jalan kecil.
Setiap sudut.
Setiap bucu.
Aku rakam menjadi memori.
Dan kepada Taman Botani, aku berikan satu makna.
Taman Yang Mengerti.
Mengerti bahawa manusia kadang-kadang tak perlukan jawapan.
Kita cuma perlukan sebuah tempat untuk duduk.
Makan spaghetti goreng yang masih panas.
Melihat dunia.
Dan untuk beberapa ketika…
percaya bahawa hidup ini sebenarnya masih indah.
Iye.
Ia indah.

Hari ni aku sedar sesuatu.
Sepanjang perjalanan ni, aku sebenarnya tak pergi mana-mana untuk mencari makna.
Aku yang memberikannya.
Aku berikan makna kepada sebuah jalan.
Aku berikan makna kepada seorang kakak yang sedang menunggu.
Aku berikan makna kepada jambatan.
Kepada ikan.
Kepada segelas air.
Kepada sebuah masjid.
Kepada taman.
Kepada makanan.
Malah kepada sepasang kasut Carlo Rino yang langsung tidak sepatutnya digunakan untuk brisk walk. 😭
Semua benda biasa.
Tetapi bila hati kita memilih untuk melihatnya…
Memori tersemat di dalamnya...

semuanya boleh menjadi sebuah cerita.
Dan mungkin inilah makanan untuk hibernasi emosi aku hari ini.
Bukan jawapan.
Bukan penjelasan.
Bukan sesi mencari siapa salah dan siapa betul.
Aku cuma membawa diri aku berjalan-jalan di Putrajaya melalui Imiginasi Ku

Memberikan makna kepada apa yang mata aku nampak.
Memberikan sedikit santapan kepada hati yang sedang berehat.
Supaya jantung ini boleh kembali berdegup…
bukan mengikut rentak dunia.
Tetapi mengikut ritma yang aku sendiri mahukan.
Aku pejamkan mata.
Aku bayangkan kembali setiap tempat yang pernah aku lalui... 
Mungkin sebelum ini tiada makna
Sekarang penuh dengan makna tersendiri

Jambatan.
Jalan.
Masjid.
Air.
Lampu.
Taman.
Dan manusia-manusia yang singgah sekejap dalam perjalanan aku.
Aku tersenyum.
Hibernasilah dulu.
Rehatlah.

Kumpulkan kembali apa yang hilang.
Dan bila tiba masanya untuk kau terjaga nanti…
kuatkanlah diri.
Sedialah menghadapi dunia... 
Mungkin ia tidak seindah yang di sangka... 
Mungkin jawapannya nanti tak sama... 
Tapi kuatlah duhai hati... 
Berjuanglah setiap saat dan waktu... 

Sebab masih banyak tempat yang kita belum pergi.
Masih banyak benda kecil yang kita belum perasan.
Dan masih terlalu banyak kehidupan…
yang menunggu untuk kita berikan makna.

Tuesday, 1 September 2026

Hibernasi Emosi

Hibernasi Emosi

Aku baru tahu satu benda.

Hibernasi bukan sekadar tidur lama.

Bila sesetengah haiwan berhibernasi, tubuh mereka memperlahankan hampir segala-galanya. Metabolism turun. Pernafasan jadi perlahan. Degupan jantung juga diperlahankan. Mereka berhenti menggunakan tenaga untuk perkara yang tidak diperlukan dan survive dengan apa yang ada dalam diri sendiri.

Interesting kan?

Then I thought…

Can human hibernate too?

Bukan badan.

Emosi.

Sebab lately aku rasa terlalu banyak benda masuk dalam kepala. Terlalu banyak suara. Terlalu banyak rasa. Sampai satu tahap aku sendiri dah tak pasti mana satu suara hati, mana satu emosi, mana satu ego dan mana satu kebenaran.

Bila kita sayangkan seseorang, instinct pertama kita selalunya nak protect.

Bila dia susah, kita nak jadi shield.

Bila dia penat, kita nak ambil sedikit beban dia.

Tapi semakin aku fikir…

Adakah mencintai seseorang sentiasa bermaksud kita perlu memilikinya?

Maybe not. If U let go, if they coming back its mean they yours... 

Soalan aku... Iyeke??? 

Kadang-kadang mencintai seseorang cukup sekadar mendoakan kesejahteraannya dan kebahagiaannya.

Sebab cinta itu luas.

Ia tak sepatutnya sentiasa berbentuk “aku mahu kau.”

Kadang-kadang cinta juga boleh berbentuk,

“Aku mahu kau baik-baik saja. Walaupun akhirnya bukan dengan aku.”

Dan itu jauh lebih susah rupanya.

Aku pernah fikir aku cukup pandai menjaga hati.

Bila datang sesuatu yang aku tahu boleh mengganggu hati, aku elakkan. Ada benda aku pilih untuk tak tengok. Ada cerita aku tak mahu baca. Ada perkara aku sengaja tak mahu tahu.

Sebab aku kenal diri aku.

Cemburu itu manusia.

Jadi bila perasaan itu datang, aku pujuk hati sendiri. Aku berzikir. Aku remind diri berkali-kali bahawa ada perkara dalam kehidupan yang mempunyai tempat dan haknya sendiri.

Yang halal tetap halal.

Yang pertama tetap yang pertama.

Dan kalau benar kita sayang seseorang, kita sepatutnya mahu dia menjadi manusia yang bertanggungjawab kepada kehidupan yang telah dipilihnya.

Aku pernah suruh seseorang balik kepada dunianya.

Go.

Jadi manusia yang lebih baik.

Jadi seseorang yang bertanggungjawab.

Fix what needs to be fixed.

Yup... Be in love again, tu sangat betul.

Mengorat balik, ambil hati balik... Be together again... Never have thought of tat... I know u r the wise person n romantic

Emosi aku come n go... 

Selfishness sometimes came to visit

Sometimes being rational appear for time to time... Dan sekarang

Aku siap ada soundtrack.

JUST GO — iKON.

Dramatik sikit. Aku kan manusia juga. 😆

Sebab dalam cinta aku yang mendalam, aku sentiasa rase bakal di sakiti. Dan menjadi punca manusia lain juga tersakiti

Tapi time goes by.

Kehadiran yang pada awalnya biasa boleh menjadi kebiasaan.

Kebiasaan boleh menjadi kebergantungan.

Dan tanpa kita sedar, sesuatu yang dulu kita boleh lepaskan dengan mudah tiba-tiba menjadi sesuatu yang kita takut kehilangan.

Di situlah aku mula tertanya-tanya tentang diri sendiri.

Orang boleh melihat aku daripada luar dan membuat seribu kesimpulan.

It's okay.

Kerja aku sendiri kadang-kadang memang untuk entertain orang. Orang nampak apa yang kita tunjuk. Mereka kenal versi kita yang berada di hadapan mereka.

Tapi…

you don't know me.

Nobody really knows me.

Yang benar-benar kenal diri ini cuma dua.

Allah dan diri sendiri.

Tetapi kadang-kadang…

diri sendiri pun tertipu dengan perasaan dan hati.

Sebab itu kali ini aku tak mahu terus mencari jawapan.

Aku mahu diam.

Aku mahu tengok hati aku sendiri tanpa gangguan suara orang lain.

Aku mahu control emosi.

Control fikiran.

"if u want to let go now, better tell me now" mcm mana klw aku jawab okay... Sbb aku dah biasa cederakan diri sendiri... If u given me choices... Yupp im fine bleeding

Aku prnh mati rase, mate emosi 

2 kali... Tahun yang sama

Am i afraid happen again... 

Tu sbb aku perlukan hibernasi emosi untuk bantu aku buat keputusan, bukan aku bagi jawapan yang spontan... Atau di kala aku di kaburi dengan perasaan di cabar, bukan juga ketika emosi sedang tinggi, tetapi dengan minda yang lebih waras.

So maybe…

this is the right time to hibernate.

Hibernasi Emosi.

Memperlahankan rhythm jantung.

Keep myself to myself.

Kurangkan bergaul dengan dunia luar.

Kurangkan rasa mahu memiliki.

Berhenti memikirkan apa yang orang mahu aku jadi.

Kalau aku mahu menjadi manusia yang lebih baik, biarlah kerana aku sendiri mahu menjadi lebih baik.

Kalau aku mahu mendekatkan diri kepada Allah, biarlah perjalanan itu antara aku dengan Dia.

Bukan kerana mahu menjadi cukup baik untuk sesiapa.

Bukan untuk membuktikan apa-apa.

Just me.

Trying to find me again.

Sebenarnya ini bukan kali pertama aku mencari diri sendiri.

Tahun 2024, aku pernah struggle mencari satu perkara yang orang selalu sebut seolah-olah ia mudah.

Redha.

Rupanya bukan senang.

Tahajud menjadi rakan baik aku.

Yasin menjadi peneman aku.

Ada malam aku menangis sampai tak tahu lagi apa yang hendak diminta.

Ada masa aku rasa aku dah okay.

Aku dah terima.

Aku dah boleh berjalan.

Kemudian tiba-tiba hati memberontak kembali.

Air mata turun macam air terjun di kala hujan.

Dan aku kena mula pujuk diri sendiri sekali lagi.

Begitulah berkali-kali.

Jatuh.

Bangun.

Menangis.

Pujuk.

Sampailah satu hari aku sedar…

doa aku sendiri sudah berubah.

Dulu aku selalu meminta,

“Ya Allah, jadikanlah aku seorang isteri yang solehah dan jadikanlah aku seorang ibu yang penyayang.”

Tapi lama-kelamaan ungkapan itu hilang daripada doa aku.

Bukan kerana aku sudah tidak percaya kepada perkahwinan.

Bukan kerana aku sudah tidak mahu disayangi.

Aku cuma berhenti memberitahu Allah bagaimana kehidupan aku sepatutnya berlaku.

Doa itu aku gantikan dengan,

“Ya Allah, hadirkanlah manusia-manusia yang mampu membawa aku ke Jannah-Mu.

Kelilingilah aku dengan manusia yang menyayangi aku.”

Itu sahaja.

Aku tak mahu lagi menentukan siapa.

Tak mahu menentukan bagaimana.

Tak mahu menentukan bila.

Kalau jalan yang Allah bentangkan di hadapan aku berbeza daripada jalan yang pernah aku lukis dalam kepala…

aku akan cuba berjalan juga.

Dan selepas sekian lama,

aku rasa aku akhirnya faham.

Aku redha.

Iye…

aku berada di tempat yang lebih baik.

Agaknya?

Sebab tahun ini, entah macam mana…

aku hilang arah itu sekejap.

Aku buat perkara yang tak pernah terfikir aku akan buat.

Aku rasa perkara yang tak pernah aku sangka aku akan rasa.

pada satu malam di sebuah majlis agama…

aku akhirnya berhenti melawan diri sendiri.

Ramai orang malam itu.

Ada satu sela di mana semua yang hadir berdoa sendiri, mohon apa yang perlu di mohon

Aku menutup mata rapat, 

Malam itu aku doakan semua yang indah.

Aku doakan kesejahteraan orang yang aku sayang.

Aku doakan kebahagiaan.

Aku doakan ketenangan.

Aku doakan supaya semua yang sedang kusut dipermudahkan.

Tapi di celah-celah semua doa yang indah itu…

tiba-tiba aku meminta sesuatu untuk diri sendiri.

Bukan meminta supaya seseorang menjadi milik aku.

Bukan meminta supaya keadaan berpihak kepada aku.

Aku cuma meminta…

diselamatkan.

“Ya Allah… sesungguhnya aku manusia yang lemah.

Aku pernah meminta Engkau menyelamatkan aku dua kali.

Dan kali ini…

Engkau tariklah tangan aku, Ya Allah.

Selamatkanlah aku sekali lagi.

Sesungguhnya aku malu kepada-Mu… kerana sering kali aku meminta bantuan-Mu atas kesalahan yang hampir sama.

Tapi kalau aku sendiri tak cukup kuat untuk keluar daripadanya…

tolong tarik aku.”

Aku membuka mata, aku memandang tepat kepada orang yang aku sayang... 

Ya ALLAH selamatkan dia juga... Selamatkan lah kami Ya ALLAH 

Berderai air mata ku, aku cuba menahan daripada ia terus mengalir

"apa yang di doakan" 

Aku senyum... Biarlah ia menjadi rahsia supaya dapat menjadi kenyataan 

Jadi untuk dua bulan ini…

Maybe

Aku mahu mencari semula diri sendiri yang mungkin hilang di tengah-tengah semua rasa ini.

Aku mahu belajar bezakan antara cinta dengan keinginan.

Antara sayang dengan mahu memiliki.

Antara ikhlas mahukan seseorang bahagia…

Atau berharap kebahagiaan itu mestilah bersama aku.

Antara hati yang benar-benar tahu apa yang dia mahu…

dengan hati yang sekadar takut kehilangan.

Aku tak mahu paksa diri untuk melupakan sesiapa.

Aku tak mahu paksa diri berhenti menyayangi.

Aku cuma mahu berhenti memberi makan kepada perasaan itu buat sementara waktu.

Biar sunyi.

Biar perlahan.

Biar aku dengar balik diri sendiri.

So…

Sorry. Emotional Department Temporarily Closed.

Hibernasi Emosi starts now

Let me be with me

If i want to be better

Let me be better becoz, i want to be better

But for now, 

Just let the emotion sleep.

Sleep tight... 

Heart rest well

Biarlah dunia berlalu sepert apa adanya

Rest Reformat & Restart

Monday, 31 August 2026

Welcome September!!!

Random Things Make Me Smile...

Banyak perkara dalam dunia ni buat aku senyum sorang-sorang.
Kadang-kadang ketawa sorang-sorang.

Sebab tanpa kita sedar,
small things, so random,
boleh tiba-tiba remind you of something.

Aku ni dah lah kalau bangun pagi terus macam singa.
Entahlah kenapa.
Bukan aku yang garang...
nak marah siapa pun tak tahu. 😭

Tapi rambut aku.

Kembang.

Eh jangan ketawa.
Ini benar.

Bukan setakat kembang, dengan warna rambut coklat tu sekali... memang dah macam singa.

Kepada korang yang suka warna rambut tu,
silalah warna rambut coklat juga. 😆

Kadang-kadang ada orang bangun pagi hidung tersumbat kan?

Aku ada beli haritu aroma ointment.
Wow bau dia... kalah minyak Cap Kapak. 😂
Sangat refreshing dan wangi.

Nak jadikan minyak sapu pun boleh.
Spray banyak-banyak, lepas tu sapu...

Lepas tu tangan kau pun berangin juga.

Anyway...

Wait.

I'm not finished yet talking about random things. 😂

Haritu aku balik rumah, tiba-tiba nampak Mama pakai sarung tisu yang aku buat masa Tingkatan 1.

Ehhhh...

Bayangkan kegigihan aku menjahit sarung tisu tu dulu.
Siap masih wujud sampai sekarang.

Well, if you ask me how about now...

Nokkkkk.

Kalau seluar kau beli jenis cepat terkoyak,
jahitlah macam mana pun... koyak juga nok. 😭

Jadi aku jahit je lah.

Dengan harapan...

tak koyak dah. 😂

Bila kita bercakap pasal perkara-perkara random, sebenarnya banyak benda boleh terlintas dalam kepala.

Tempat yang pernah buat kita gembira.
Perasaan kita pada ketika itu.
Perkara yang kita pernah buat.
Orang yang pernah ada.

Kadang-kadang tarikh.
Kadang-kadang tempat.
Situasi.

Roadtax.

HAHAHAHA.

Tetiba roadtax.

Mesti korang ketawa kan bila aku sebut roadtax tu?

Tapi itulah...

Kadang-kadang benda yang langsung tak istimewa bagi orang lain,
boleh membawa satu cerita yang panjang untuk kita.

Dan mungkin itulah yang membuatkan hari-hari kita sebenarnya indah.

Tak perlu sesuatu yang besar.

Sebab sesuatu itu bukan bermakna hanya kerana ia besar.

Sesuatu menjadi bermakna, bila kita yang memberikan makna kepadanya.

So look around.

Kadang-kadang kita terlalu sibuk sampai terlupa untuk senyum.
Terlupa untuk ketawa.
Terlupa yang hidup kita sebenarnya penuh dengan little random things yang pernah membuatkan kita bahagia.

Jadi kalau hari ni ada sesuatu yang random tiba-tiba buat korang tersenyum...

senyum je.

Mungkin ia bukan sekadar random.

Mungkin ada sedikit cerita kita yang masih tinggal di situ.

💜 Lots of love ❤️


Saturday, 25 July 2026

RUNNING LIFE VER 1

The Girl Who Forgot How to Run

Oktober 2025.

Tak sangka pula hidup aku akan buat U-turn dekat situ.

Aku total collapsed.

Semua benda yang aku suka, doktor suruh stop.

"Tak boleh letih."

"Tak boleh stress."

"Jangan duduk tempat panas lama sangat."

"Makan betul-betul."

"Pakai baju longgar."

...dan macam-macam lagi doktor bebel. 😂

Sakit apa?

Biar jelah sampai situ. Yang penting memang sakit. Dan sakit tu cukup untuk buat aku berhenti buat benda yang selama ni aku paling enjoy.

Jogging.

Briskwalk.

Running.

Eh jap... aku sebenarnya bukanlah runner sangat pun. Aku ni lebih kepada easy running. Jogging tu... eh apa beza eh? Hahahahaha. Takpelah, kita sambung cerita.

Kalau dulu, balik kerja tiga hingga empat kali seminggu memang rutin aku keluar berlari. Tak kisah dekat mana, asalkan dapat keluar peluh.

Lepas sakit...

Dua minggu aku duduk rumah.

Tak ke mana.

Tapi degil tu tetap ada. 😂

31 Oktober 2025 aku sempat pergi Night Run. 5KM.

Walaupun masa tu masih sakit, aku berjaya jogging hampir 3KM tanpa berhenti. Tak jalan langsung. Aku pun pelik macam mana boleh lepas.

Kemudian...

8 November 2025.

Aku keluar lagi.

Kali ni 3KM je.

Tapi dah mula semput.

Dan tanpa aku sedar...

Itulah antara larian terakhir aku.

Lepas tu...

Masa berganti masa.

Waktu berganti waktu.

Hmmmmmm...

Semua benda tu aku tinggalkan perlahan-lahan.

Balik kerja dah bukan lagi rutin cari track.

Balik kerja jadi rutin cari makan.

Weekend dah bukan bangun pagi untuk tengok kasut running dekat pintu.

Weekend jadi...

"Hari ni nak pergi mall mana?"

"Restoran mana kita nak try?"

Stress kerja.

Keadaan diri yang tak memberangsangkan.

Aku cakap dekat diri sendiri...

"Kita hold jap."

Kononnya sekejap.

Rupanya...

Berbulan-bulan.

Kemudian...

Putrajaya datang tanpa diundang.

Tak ada expectation langsung.

Bila diajak berjalan, dalam kepala aku...

"Wah... opportunity."

"Ni lah masa nak test drive diri sendiri."

Dengan yakinnya aku cakap,

"Jomlah run. Boleh ni. Kasut ni okay."

Terus kena checkmate.

"Tu bukan kasut running. Berat."

"...jalan je lah."

"Awak kan jalan laju."

Okay.

Another Checkmate.

😂😂😂

Haah...

Memang betul pun.

Kasut tu berat.

Tapi sumpah material dia sedap.

Lembut.

Dalam dia ikut bentuk kaki.

Eh... aku promote kasut pulak dah.

Sudahnya...

Tak run pun.

Jalan laju je.

Hahahahaha.

Lepas tu...

Trip Melaka pula.

Aku di tanya,

"Jauh tak ni, Sha?"

Aku jawab dengan sangat menyakinkan...

"Jauh."

Aku sambung,

"Sejauh mata memandang, berat lagi bahu yang memikul."

Dengan muka paling sinis yang aku mampu buat.

😂😂😂

"Okay... cukup satu pusingan ni 10KM."

Aku tambah lagi tanpa keraguan

Kite pusing sana, pastu pusing sini... Ending die 10km

Sekali lagi aku senyum kambing

"10KM?? Awak pasti" 

Alamak... 

Beliau cek jam... 

Kejap... Jap ade map ke? 

Dalam kepala aku...

Harap sangat orang depan aku ni percaya

Alhamdulillah.

Plan aku menjadi.

Sebab aku sebenarnya nak pergi Kampung Morten.

Bukan sebab nak lari.

Sebab nak makan nasi lemak ayam goreng dekat situ je.

HAHAHAHAHAHA.

Akhirnya termakan jugak umpan.

Dah pakai full running gear.

Ending dia?

Tak lari.

Tak jogging.

Tak briskwalk.

Kami duduk.

Sembang.

Sharing stories.

Sharing thoughts.

A very intimate session.

Jenis sembang yang kita cuma akan ada dengan orang yang kita betul-betul selesa.

Kadang-kadang...

Bila fikir balik...

Tak run pun tak apa.

Sebab malam tu aku balik dengan hati yang lebih ringan.

Lepas tu...

Running terus jadi mimpi yang belum menjadi nyata.

Briskwalk pergi pejabat setiap hari?

Errr...

Yang tu aku tak kira.

Tu bagi aku berjalan biasa je.

Briskwalk ni kena jalan macam nak kejar medal walkathon.

Barulah feel dia sampai.

Hahaha.

Tapi...

Makin hari...

Makin rindu.

Rindu nak berlari

Haah.

Rindu dekat orang yang teman berjalan dekat Putrajaya dengan Melaka tu pun betul jugak.

HAHAHAHAHAHA.

Aduiiii.

Kat sini pun sempat lagi interprem.

Haish.

Okay sambung.

Hari ini.

26 Julai 2026.

Aku berjaya maintain easy running sejauh 1KM.

Pace?

8 lebih je.

Tak laju.

Tak hebat.

Tapi...

Untuk seorang yang pernah fikir mungkin dia dah takkan berlari lagi...

1KM ni rasa macam jauh sangat.

Aku tak nak gelojoh.

Aku nak tengok dulu macam mana badan aku respond.

Aku nak adjust balik jadual.

Aku nak biasakan semula badan ni.

Kalau dulu aku selalu fikir,

"Berapa jauh aku boleh lari?"

Sekarang aku cuma fikir,

"Macam mana aku nak kekal berlari."

Sebab yang susah sebenarnya bukan nak start.

Yang susah...

Nak konsisten.

Doakan aku ya.

Mungkin ini baru Running Life #1.

Mana tahu...

Suatu hari nanti kita jumpa pula Running Life #100.

Dan semoga masa tu...

Aku masih lagi ketawa dekat tengah-tengah cerita macam hari ni.

Marilah bersenam demi kemajuan negara, bangsa dan tanah air.

Sekian.

Terima kasih.

Lots of lov3. ❤️🩷💜


Wednesday, 24 June 2026

Diary Of My Life? : Come Back Series???

MekDi… Ada orang boikot, ada orang tak. Ada orang layan kan aje, dan ada orang yang mencari time teringin je.

​Aku? Opkos lah jenis yang mencari waktu teringin!

​Nak dijadikan cerita, sepanjang sejarah start aku parking dari Joho ke KL ni total 4 bulan, inilah first time aku gigih memburu makanan cepat siap dan cepat di makan ni. Kalau tidak, port parking kegemaran aku selalunya Old Town, Johnny's, Bungkus Kaw Kaw, dan yang seangkatan dengannya. Memang tak nampak dah burger-burger semua ni walaupun dan 2 minggu ni asyik teringin kepsi. Tapi akhirnya, setelah berbulan-bulan bertahan, tewas jua! Belilah aku menu my fave dulu, kini, dan maybe forever: Filet-O-Fish, Apple Pie, dan Ice Cream Chocolate Sundae! Okie ni semua salah iklan tepi highway... Nanti aku cerite sebabnya.... 

Aduiiiii gemuk, please jangan singgah! Sempat mengeluh tapi bende dah dalam perut dah pun... Pada ketika cerite ini di tulis... 😅 

​Sebenarnya, aku ada alasan kukuh kenapa aku tewas hari ni. Bayangkan, program bermula dari pagi dan pukul 1.30 petang baru selesai dekat Shah Alam. Pukul 2.30 petang pula dah kena terpacak ada meeting dekat Persiaran KLCC. Pukul 5.30 petang baru dapat gerak balik… dan bermulalah episod drama air mata!

​Sangkut jem melekat, salah masuk simpang, Waze pula tiba-tiba jadi mengong, pakej pakej hujan lebat, dan waktu tulah rase nak terkucil sangat-sangat! Kereta kat depan hari ni entah kenapa pakat pakat berhenti tengah jalan. Mende siak... First time dapat lesen ke ape... Weyhhh aku pun sesat... Tak payah nak berenti berenti jalan je... Aku pun melayan jem, sesat dan beberapa kali melalui Mekdi drive torouuuuuu... Iklan lah ape lah... Ibarat menjemput aku ke sana... 

Tetibe ustazah yang naik kerete dengan aku berkata... "kak lapar giler lah rase" yess baby i feel u... Dalam perkara yang membolehkan marah... Aku kekal tenang, marah dalam keadaan tenang dan terkawal...

Kesesatan di kota raya Keyel pada jam 6 petang, betul betul membuatkan aku terase nak membuang air dari diri aku... Hujan pulak tu... Nak di jadikan cerite... Haishlahhhhhh sejukk... Bile lah nak nampk lebuh raya Mex, tolong lah... Please please jem utk 7km bersamaan 35 minit, 300m bersamaan 5minit... Menangesssss... 

Dannnn akhirnyeee.... Yesss... Yesss... Daaa masuk lebuh raya Mex, lepastu pecut kete sampai rnr seri kembangan... SAFEEEEE!!!! 

well, sesungguhnye yang indah itu hanyalah sementara... Hmmmm... Sambung jem... Ustazah tak membantu ae... Die gelak gelak sebelum sampai rnr... Die ingat gelak tu membantu tahan dari terkucil ke... Ehhh tak ae... Lagi nak buat terkucil... Geram je aku di buatnye sebab aku pun ikut gelak sekali... Aduiiiiii 

Dan akhirnyaaaaaaa rnr seri kembangan... Lagi 500 meter nak masok simpang... Eh eh ehhh kerete innova hitam sebuk masok depan aku di kala aku dah tekan minyak, lepas tu dah lah depan aku, ape yang ko breakkkkk "SyaiT**" "Har** J****" 

​Sampaikan Ustazah yang naik sekali dengan aku pun geleng kepala dan bersuara:

“Akhirnya kesopanan dan kesusilaan Kak Sha hilang……”

Dedikasi Khas: Kepada pemilik kereta Innova SYM warna hitam… saya doakan setiap kali anda nak terkucil dalam kereta, semua lampu isyarat bertukar merah dan RnR sentiasa penuh seketika! Sekian…

Selesai urusan Seri Paduka Baginda, Dalam hati aku: “Yeahhhh, I deserve some fats and sugar to feed my appetite!” Hahaha!

​Ok done cerite scene aku nak terkucil... Kekekeke Now jom kita sembang pasal Body Goals pulak.

​Semenjak kena sakit kuman dalam saraf tahun lepas… Eh, sebelum aku sambung cerita, doktor ada pesan yang aku tumbang ni sebenarnya sebab over exhausted.

​Kita throwback sekejap kenangan lalu. Waktu tu tengah sibuk nak AKRF, gotong-royong, mesyuarat komuniti, ada program GPW, kursus videografi, buat video untuk masjid, siapkan buku profil masjid, kerja hakiki lagi, dan kemuncaknya kena pergi kursus Waqif untuk Waqaf FELDA. Memang pulun habis!

​Nak dijadikan cerita, masa kat sana ada aktiviti mandi pool. Ramai betul foreigner memenuhi pool tu, dokter kate time mandi kolam tu maybe badan aku dan grab kuman tapi Okeylah, waktu tu tak ada apa-apa jadi. Tapi kejadian yang tidak diingini berlaku keesokan harinya, betul-betul sebelum aku check out... Aku boleh tergolek jatuh depan pintu bilik sebab hujan lebat dan kasut tapak licin! Tahniah kepada diri sendiri atas pencapaian itu.

​Esoknya bangun tidur, rasa sengal-sengal dekat tangan. Aku fikir sebab aku tahan jatuh dengan tangan tu lah. Masih lagi mampu berhusnudzon. Minggu depan tu, nama aku naik lagi pergi kursus. Yang ni kursus aku tak minta, yang pelik tapi benar, nama aku naik.

​Hari Isnin, ruam-ruam merah mula naik di tangan. Sangat kehairanan! Tapi sebab aku memang pesakit ekzema, aku sapu sajalah ubat ekzema. Selepas 4 hari, tangan aku dah start sakit untuk bergerak. Akhirnya aku menyerah diri di klinik swasta, dan rupa-rupanya kuman dah start merebak ke main saraf! Doktor dok push-push tanya ruam dah sampai mana "Awak tak takoot mati ke" tanya dokter... Time tu tak berapa nak takoot tapi kalau tanya sekarang takoot sikit sebab takoot nak tinggalkan Kanda yang saye sayangiii... Hahahahah sempat lagi. Akhirnya aku dihadiahkan MC seminggu.

​Doktor kata aku over exhausted, overly stress, dan kuman tu triggered lepas aku jatuh sebab waktu tu semua sistem imun aku dah collapsed. Jadi aku dinasihatkan untuk rehat total. Tangan yang kena kuman tu… serius, sakit sangat! Nak gerak-gerak sikit pun seksa. Alhamdulillah, sihat dah sekarang. Cuma, aku tak seberani dulu. Dan disebabkan terpaksa berehat melayan sakit, body goals aku pun rasmi hilang. Buncit menjadi-jadi, muscle dah mula flabby, dan badan dah jadi manja!

​Bila belek gambar lama-lama, terfikir macam mana aku boleh dapat body ala-ala Britney Spears dulu? Lama tau disiplin ni aku usahakan, sejak zaman sekolah lagi:

  • ​Sebelum tidur: Sit-up 50 kali.
  • ​Selepas bangun tidur: Sit-up 50 kali.
  • ​Berbasikal? Ofkos lah, itu je lah transport yang ada time tu.
  • ​Aktiviti hiking pun layan!

​Masuk poli, aktiviti tak stop kat situ, tapi waktu tu dah start kenal makanan luar. Abah pulak dari kecil memang suka bawak pergi Padang Polo, tapi aku lebih suka aerobic. Kalau tanya pasal joget-joget… aerobic je lah yang aku tahu sampai ke sudah. Cuma masa kat AEON, baru kenal pilates sebab jual DVD... 

​Betul, tak mudah nak maintain kurus dan healthy. Semua perlukan disiplin, motivasi, serta usaha. Tanpa semua ni, jadilah ia sekadar angan-angan… Seperti aku sekarang. Semua dah jadi angan-angan!

​Bila kerja sekarang lebih menggunakan otak daripada kudrat, tak sangka pulak letih dia memang dahsyat. Terus rasa nak lena je, tak fikir apa dah. Habis je kerja, eye bag punya panjang sampai ke lutut! Kalau duduk depan PC tu, rasa boleh masuk dalam skrin tu lah buat kerja. Projek bawah aku berderet lagi tak settle, dan ada projek-projek baru yang sentiasa menanti perhatian.

​Jadi, macam mana dengan disiplin fizikal yang aku katakan tadi? Pilates? Sit-up semua tu?

​Sebenarnya kena start somewhere. Sebab kalau dibiarkan lemau macam ni, bahaya pulak untuk jantung. Betul… kerja guna otak ni, letih dia lain macam. Tidur je jawapannya! Sekarang aku kena cari formula untuk at least aku mula dengan sit-up dulu, kemudian baru datang yang lain.

How to achieve body goals? Semua berbalik kepada anda. Hanya anda yang kenal body anda. Kalau dah tak boleh go… jangan paksa. Kalau anda rasa letih sangat… jaga diri sendiri. Buat yang terbaik.

​Apa-apa pun, buat yang sesuai dengan diri anda. Jangan terus masuk gear 3… kita start pelan-pelan, okey?

Love Yourself.

Jaga diri.

Jaga kesihatan.

Lots of love!


Saturday, 6 June 2026

KARIPAP PANAS DAN SECAWAN MILO

Subuh tadi aku bangun awal.

Kononnya nak pergi running.

Telefon pun dah ada dalam tangan.

Tinggal sarung kasut dan keluar sahaja.

Tetapi hujan lebih awal sampai daripada aku.

Jadi aku duduk di tepi pintu balkoni.

Buka sedikit.

Biar angin pagi masuk bersama bau pokok pokok yang baru dibasahkan langit.

Di atas pinggan ada karipap kentang daging.

Masih panas.

Kulitnya rangup seperti bunyi plan jogging yang jatuh pecah berderaian

Aku makan satu.

Kemudian satu lagi.

Dan untuk beberapa ketika, aku berhenti menjadi seseorang yang sedang mengejar sesuatu.

Aku cuma menjadi seseorang yang sedang menikmati pagi.

Lucu juga, dgn dah stand by nak run... Last skali karipap juga menjadi idaman

Kadang-kadang kita bangun dengan tujuan tertentu.

Tetapi pulang dengan sesuatu yang langsung tidak dirancang.

Dan entah kenapa, yang tidak dirancang itu selalu lebih lama tinggal dalam ingatan.

Sambil mengunyah karipap yang semakin sejuk, fikiran aku berjalan lebih jauh daripada kaki yang sepatutnya berlari pagi itu.

Jauh ke tahun 2009.

Zaman aku intern.

Sudah lama rupanya.

Kadang-kadang aku dengar orang bercerita tentang zaman muda mereka.

Tentang perkara yang pernah dicuba.

Tentang kenakalan yang pernah dilakukan.

Tentang fasa hidup yang kononnya mesti dilalui sebelum menjadi dewasa.

Ada juga yang bertanya.

Di mana nakalnya aku?

Baik sangat ke? 

Takkan tak pernah? 

Aku cuma tersenyum.

Mungkin aku tidak pernah rasa "SEMUA" itu memanggil namaku.

Bukan kerana aku terlalu baik.

Bukan juga kerana aku takut.

Cuma ada jalan yang dari awal lagi aku tahu bukan untuk aku.

Kawan-kawan pernah mengajak.

Bersungguh-sungguh.

"Weyh, aku dah cakap dekat kawan aku yang kau join."

memang dah beratur, tunggu turn untuk masuk, 

Tiba tiba kaki ini membawa aku ke arah lain yang berbeza, jadi kadang kadang ada hati lebih tahu dari otak sendiri

Di kala kawan ku cuba memujuk... 

Kalau aku sudah kata tidak, maka tidaklah jawabnya.

Letaklah apa sahaja di depan mata.

Malah kalau jatuh bom atom sekalipun, keputusan itu mungkin masih sama.

Dengan releksnya, aku berkata... 

"kol je kalau nak aku pickup korang, at least kena ada orang yang waras kan" 

Sambil aku cuba berlalu pergi, kawan aku yang lain sorang demi sorang ikut dan akhirnya, semua tak join malam tu. 

"matilah kawan aku dah planning nk open table" sambil menjeling kepada ku. 

Dan sebenarnya aku tidak pernah rasa kehilangan apa-apa.

Aku tak rasa bersalah pun haritu... Kesian juga kat kawan aku... Tapi aku yang nk berlalu pergi, kenapa yang semua ikut... Entahlah.. Aku pun tak tahu... 

Kerana ketika orang lain mencari keterujaan di tempat yang berbeza, aku sudah menemukannya di tempat yang lain.

Dalam Setiap Percutian.

Dalam Setiap filem.

Dalam Setiap buku.

Dalam Setiap note muzik.

Dan sesekali, dalam sukan.

Dan mungkin... Inilah dunia yang aku bina dari kecil untuk diri ku. 

Aku memandang pinggan yang semakin kosong.

Karipap terakhir masih berbaki separuh.

Tiba-tiba terlintas satu perkara.

Kalau ada Milo panas pagi ini, tentu lebih lengkap rasanya.

Barulah ngam.

Lucu juga.

Kadang-kadang sesuatu itu sudah sedap dengan seadanya.

Tetapi bila bertemu pelengkap yang tepat, kita mula menikmatinya dengan cara yang berbeza.

Mungkin sebab itu bukan "SEMUA" perkara perlu dicuba.

Ada yang hanya perlu menunggu.

Menunggu waktu yang tepat.

Atau mungkin...

Orang yang tepat.


Keris Of My Heart... Ur Heart...

The Key Is (secret password) *gambar kucing gosok gosok kepala yang warna putih, kelabu kat wassa  Semakin lama aku tengok, semakin aku ras...