The Strava Investigation: From Cardio to Criminal Investigation.
Haritu masa balik Ipoh, aku dengan Echah decide nak pergi running dekat Padang Polo.
Kononnya nak bersenam, menikmati udara pagi dan meningkatkan cardiovascular endurance. Maklumlah, kita kan tengah menjalankan Sustained Locomotor Experiment. 🤣
Sedang kami berlari dengan penuh semangat, tiba-tiba Echah bersuara.
Echah: “Weh, betul ke dekat Strava kita boleh mesej orang yang kita tak kenal?”
Aku terus perlahankan larian.
Aku: “Kenapa?”
Echah: ????????
HAAAAAA?! 🚨
Daripada pace 7 terus jadi pace penyiasatan!
Aku pun mula berjalan sebelah Echah.
Aku: “Entah weh. Kena post activity dulu ke baru orang senang cari kita?”
Echah: “Entah! Aku mana tahu. Kan aku tengah tanya kau ni!”
HAHAHAHAHAHA!
Dua-dua tak tahu. Tapi dua-dua bersemangat nak buat kajian!
Aku pun keluarkan teori pertama.
Aku: “Agaknya kena rajin post activity dekat Strava. Lepas tu orang senang jumpa akaun kita kot.”
Echah: “Tapi macam mana orang tak kenal boleh mesej?”
Aku: “Kalau kau tanya aku, logiknya kena kenal dulu. Borak-borak, tanya nama, exchange Strava account. Baru boleh cari.”
Echah: “Maksudnya kena sembang dulu, tanya nama dulu?”
Aku: “Haaaa… agaknya.”
Aku pandang Echah.
Tiba-tiba rasa seram pula nak jawab. Macam tengah beri keterangan pakar teknologi dalam kes mahkamah. 😭
Aku: “Tapi mungkin Strava ada function macam WeChat dulu. Shake-shake telefon, terus jumpa orang berdekatan!”
Echah: “Mana? Macam mana?”
Aku: “AKU TIPU JE! AKU TAK TAHU! HAHAHAHAHA!”
😭🤣🤣
Aku pun buka aplikasi Strava.
Tengok skrin.
Tekan sana.
Tekan sini.
Tetap tak faham.
Aku: “Haish! Aku tak guna Strava pun. Aku post activity dekat WhatsApp dengan TikTok je. Cukuplah aku ada Huawei Health dengan Samsung Health. Nak apa lagi?!”
Lagipun Strava dengan Samsung ni macam tak berkawan.
Aku lari dekat darat, dia boleh buat macam aku berlari atas air!
Echah pandang aku dengan muka tak percaya.
Pada saat itu, kami sedar satu perkara.
Kami keluar untuk meningkatkan stamina, tetapi akhirnya menjalankan siasatan digital dengan kepakaran sifar.
---
Manual berkenalan di Strava — hasil kajian bersama Pn. Huneyyyyy ChatGPT 🤣🔎
Setelah beberapa lama membuat penyelidikan sendiri yang langsung tidak membuahkan hasil, akhirnya kami mendapatkan bantuan pakar teknologi tidak bertauliah kami…
PUAN HUNEYYYYYYYY CHATGPT!
Kekekekeke!
Rupanya ada beberapa cara untuk mencari dan berkenalan dengan orang di Strava.
Cara pertama: Cari berdasarkan nama.
Kalau korang tahu nama seseorang, boleh cuba gunakan fungsi Search untuk cari profil dia.
Tapi masalahnya, tak semua orang guna nama sebenar. Ada yang guna nickname, nama pendek atau nama yang langsung tak sama.
Jadi kalau tak jumpa, janganlah terus buat kesimpulan dia tak ada Strava!
Cara kedua: Approach secara natural.
Yang ni paling mudah sebenarnya.
Korang sembang dulu.
“Weh, selalu running sini ke?”
“Berapa kilometer hari ni?”
“Awak guna Strava tak? Saya pun ada Strava.”
Haaaa! Lepas tu bolehlah exchange nama akaun dan follow.
Tapi nak hantar DM pun ada syarat tau. Strava membenarkan pengguna memulakan mesej kepada orang yang follow mereka, tertakluk kepada privacy settings penerima.
Maknanya bukan boleh main DM sesiapa sahaja sesuka hati.
Cara ketiga: STRAVA FLYBY!
HAAAAAA! Yang ni aku baru tahu daripada Pn. Huneyyyyy! 🤣
Rupanya Strava ada fungsi bernama Flyby.
Bayangkan korang pergi running dekat Padang Polo.
Tiba-tiba berselisih dengan seseorang yang juga sedang berlari.
Kalau kedua-duanya merekod aktiviti menggunakan Strava dan membenarkan Flyby, ada kemungkinan korang boleh melihat aktiviti pengguna yang berada berdekatan pada masa tersebut.
Caranya, melalui Strava versi web, buka aktiviti yang telah direkodkan dan pilih View Flybys.
Tapi ada syarat penting. Aktiviti mestilah mempunyai privacy setting Everyone, Flyby juga perlu ditetapkan kepada Everyone, dan masa mula aktiviti tidak disembunyikan.
Flyby bukan radar manusia, ya! Kalau orang itu tak aktifkan fungsi berkenaan, tak semestinya korang boleh jumpa dia.
Dan jangan lupa, bila buka tetapan kepada Everyone, aktiviti korang juga boleh dilihat oleh pengguna Strava lain melalui fungsi tersebut.
Jadi gunakan secara berhemah. Jangan jadikan aplikasi bersukan sebagai alat mengganggu privasi orang.
---
Kesimpulan penyiasatan
Kalau korang nak berkenalan dengan orang baru, bolehlah cuba cara-cara tadi.
Kalau korang nak check telefon pasangan pula… jangan salahkan saya kalau korang mula tahu benda-benda ni daripada sini! 🤣🤣
Manual ni untuk pendidikan dan pengetahuan am sahaja. Bukan lesen untuk menjadi anggota penyiasat rumah tangga.
Yang penting, hormat privacy orang.
Dan kepada Echah…
Lain kali kalau kita keluar running, kita running betul-betul boleh tak?
Aku nak improve stamina, bukan nak ambil diploma dalam Strava Forensic Investigation!
HAHAHAHAHAHA! 😭🤣
Moral of the story:
We came to Padang Polo to chase our fitness goals. Somehow, we ended up chasing answers about Strava.
Distance covered: Entah.
Calories burned: Entah.
Questions raised: Banyak.
Kes selesai? Belum tentu. Tapi ilmu Strava bertambah! 🏃🏻♀️🔎🤣
FYI : Aku dah lama tak mengaktif kan strava aku....lagi pun aku dah ade jam pintar tu... cukuplah seadanya... kenapa nak berat kan lagi telefon.
Lagi pun, aku bersenam untuk negara bukan nak berkenalan... amazing lah macam mana orang boleh berkenalan kt strava sebab dalam otak aku... tu untuk merekod aktiviti bersokan
Nampak sangat millennial nye aku ni.... kekekeke LURUSSSSSS.....
Kawan aku kt tempat kerje pernah cakap macam ni "kak sha kenapa pergi celebrity fitness, pergi lah gym orang kaya kaya boleh berkenalan" rupenye memang ade pendekatan bergini ye...
Aku plak sejenis, turun train g solat, tukar baju... berkejaran ke kelas yoga... habis yoga... dah penat... balik makan, mandi n pastu tido... tak sempat nak fikir bende lain...
Cukuplah... tu pun dah penat...
Jadi tepuk dada tanya diri sendiri... Sahaja aku pergi bersenam kerana........... isi lah tempat kosong sendiri... sekian
No comments:
Post a Comment