Yay!!! Apa Khabar Menang AJL29

Dah sejuk cerite baru nak tulis =(


Masa penyampaian hadiah AJL29 haritu, memang aku dah ready depan tv especially bila they announce Mojo menang persembahan terbaik. Time tu aku memang dah excited, lepas tu pulak Dayang menang the best vocal tapi lepas tu tiba-tiba tempat ke-3 "di pintu syurga" aku dah start menjerit WATTTTTT!!!!???? so siapa yang lebih layak jadi top 2, ok Shila Hamzah... hmmm dan juara aku dah tentu tahu siapa... "AKU TANYA APA KHABAR.... SEMUA" memang baik sangat aku rasa... cuma Shila for me deserve no.3 not 2... kalau orang kata ini juara lagu... seriusly my opinion lirik lagu di pintu syurga lebih mendalam daripada masih aku cinta, mak ada sedikit terkilan.

Memang tidak di sangkalkan lagi lagu "Apa Khabar" daripada Joe Flizzow dan Sonaone sebenarnya mempunyai ciri-ciri yang istimewa, apabila aku pertama kali mendengar lagu ini, aku dapat membayangkan perasaan Joe pada waktu dia menulis lagu ini. Mulut aku secara selamba berkata "Joe rindu kat Malique nie". Semua orang tahu kisah Too Phat, kumpulan yang telah menempatkan music hip hop di Malaysia secara gahnya, lagu Anak Ayam, Just A friend, dan yang paling menarik ALHAMDULILLAH. Mereka berdua memang berbakat tidak apa yang dapat di sangkalkan lagi, kemudian hip hop fever mula merebak di serata melaya. Seperti yang kita tahu dan nampak, selepas TOO PHAT... Joe tak banyak menyanyi, dia lebih kepada menjadi juri dekat 8tv, manakala Malique berkhawin dan meneruskan penciptaan dan penulisan lagu tapi memang susah dah kite nak tengok muka Malique sebab dia takkan perform live. Joe pula make a grand come back dengan HAVOC. Sebenarnya apabila korang menyelami apa yang Joe nak ceritakan dalam lagu apa khabar ini ialah kerinduan yang mendalam kepada Malique dan Too Phat itu sendiri... sehinggakan memasuki ke alam mimpi. Begitulah sebenarnya lagu apa khabar ini kepada aku, how bros said i miss u so hard man... kekekeke




Kemudian, Shila Hamzah... dari jauh engkau masih ku cintai... En.Sotong pon ada kata congrats dekat Shila lepas show AJL29 tu kan... kekeke persoalannya adakah lagu ini untuk En.Sotong itu, entah siapalah yang tahu kan. Shila Hamzah ni lebih kurang macam Taylor Swift la sebab suka tulis lagu berdasarkan kisah cinta yang pernah mereka lalui. Kemungkinan aku bukan big fan pasal lagu ini jadi aku pon takda apa untuk di ceritakan, aku suka lagi Shila yang satu lagi tu... yang siap ada rap. Nampak sangat aku bukan big fans kan... siapa cakap aku sebenarnya dah lama tunggu Shila untuk melihat dia berjaya, akhirnya bumi China membawa tuah kepada penyanyi ini. Dia sangat berbakat tetapi dia mengambil masa yang sangat lama untuk berada di mana dia berada sekarang, One In A Million dan juga 3 Suara telah membantu Shila dalam membentuk Shila yang sekarang... anyway gurl you are doin so great keep up the good work... wanna c more and a lot from you...  



Tempat ke3 jatuh kepada lagu yang aku sangkakan akan menjadi pencabar paling hebat kepada lagu Apa Khabar, Dipintu Syurga nyanyian Dayang Nurfaizah. Kalau ada lagu Mewangi, mungkin aku akan kata mewangi yang akan mencabar lagu ciptaan Joe itu tapi apakan daya. Back to our main topic, lirik lagu Dipintu Syurga cukup mendalam dan menyentuh sesiapa sahaja yang mendengarnya, apatah lagi sesiapa yang berada di dalam situasi yang di sampaikan. Nyanyian Dayang seakan-akan menyatakan bagaimana perasaan seorang kekasih yang tidak mahu kehilang kekasihnya yang sangat disayangi kerana rindu yang terpendam di dalam hati itu cukup untuk membunuh dirinya pada ketika itu. Lirik lagu itu juga seperti rayuan supaya dia tidak akan di tinggalkan pergi oleh kekasihnya yang di sayangi. Owhhh my aku memang terasa meremang bulu roma pada saat Dayang perform malam tu, especially masa music off hanya suara dia sahaja. Berapa ramai penyanyi yang berani menyanyi tanpa music dan bersedia untuk orang ramai mendengar cacat cela, piching off suma... but she just done it... so great job Dayang... hmmm jadilah no.3. Dayang pon boleh nyanyi lagu rancak... dulu orang kata dia nie Malaysia Beyonce... betul ke?




Dan sebagai bonus, persembahan yang paling menyentuh jutaan perasaan rakyat Malaysia ialah persembahan daripada Caliph Baskers bersama-sama kumpulan Mojo, Azmi (kalau tak salah) penyanyi Caliph Baskers mempunyai keunikan dan keistimewaannya tersendiri berbanding Aweera. No word can't describe... so watch it yourself kalau korang belum tengok lagi. Aku cuma mengharapkan kalau Azmi tidak menjadi penyanyi utama kumpulan Mojo, Edry dan KRU akan cuba sedaya upaya cuba meletakkan Caliph Baskers sebaris dengan penyanyi berkumpulan yang hebat di luar sana...semoga ALLAH merahmati mereka dan memberi mereka rezeki yang lebih selepas ini... Insya ALLAH.


Selain persembahan yang hebat dari para artist... makcik VIDA pon pemes jugak... tak habis-habis Qu Puteh... Qu Puteh. Kami masih mempunyai telinga dan mata... bak kata Chef Wan, kami tak buta mahu pun pekak... masih boleh melihat dan mendengar Iklan dengan kuat dan jelasnya... tapi betul jugak kata Pakcik Ramli MS... kalau dah labur sampai 3 juta... suka hati lah Makcik VIDA nak suruh orang sebut Qu Puteh berapa juta kali kan... walaupun penonton naek hantu mendengarnya...Semoga jualan Qu Puteh dan Pamoga lebih maju lagi ye~

Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu