Posts

Showing posts from 2019

Kasih Luna Sang Rienta eps 4

Image
Din? Sharudin? Dindin? Dindonde?   Aku tahu aku suke ape? Daeng Merah mengarahkan orang - orang Sultan Mahmud untuk membina sebuah lagi rumah untuk Melur. Oleh itu Melur tidak lagi perlu tinggal bersamanya dan bersubahat dalam hubungannya bersama sultan. Berkali - kali Melur menasihatkan Daeng Me untuk menghalalkan hubungannya dengan Sultan dan tiap kali jawapan Daeng Merah "hamba bukannya mahu jadi permaisuri" Melur sudah tidak tahu bagaimana hendak memberitahu perkara halal dan haram. Daeng Merah kagum dengan pengetahuan Melur dalam agama Islam kerana baginya hanya orang yang tertentu sahaja yang belajar mengenai Islam dan orang - orang itu haruslah rajin ke istana kerana disitah tempat yang mengajar agama Islam. "aduiiiiii berdosa tak aku, kalau aku tak ajar dieorang kat sini pasal Islam. Masalahnya aku tahu, dan kalau aku tak tengur dan ajar hal sebenar, aku berdosa" "hmmm anggaplah aku ni orang - orang yang lemah dan tidak mampu" kata Melu

KASIH LUNA SANG RIENTA EPS 3

Image
Mengarut je semua ni Sultan Mansur Shah??? Kenapa tak Queen Elizabeth je?? "cakap siapa tuan hamba, Sultan ada di sini tapi tuan hamba masih tidak mahu menunjukkan muka tuan hamba" semakin keras pegangan tangan lelaki yang sasa di bahu Melur. Dengan automatisnya Melur berpaling dengan wajah yang hitam, gigi yang hitam dan berselubung. "Maafkan patik wahai Sultan Mansur Shah, patik sejujurnya tidak bermaksud untuk tiadak menghormati tuanku... Ampunkan patik tuanku" kata Melur sambil menangis dan pada ketika ini, Melur merasakan inilah penamat cerite hidupnya. Daeng Merah meluru lari ke arahnya "Janganlah Tuanku menghukum dia, tiadalah niat nya untk mengapa apa kan kita Tuanku, ampun Tuanku beribu ribu ampun Tuanku" kata Merah sambil memeluk Melur. Sultan Mansur Shah terpinga pinga melihat keadaan yang sedang berlaku, beliau pasti perempuan berselubung itu telah membuat sesuatu yang dasat, jika tidak, takkan mungkin pengawalnya hendak menangkap p

Kasih Luna Sang Rienta eps 2

Image
Kampung Bunian???? Sure or not Bingung ku Kebingungan Melur berlari sejauh mungkin daripada  di kejar oleh segerembolan manusia yang di jumpainya di tepi sungai. "Kompem!!! Aku dah masuk kat alam bunian. Kepala otak aku yang masih waras ni cakap aku kt alam bunian, aduiiiii macam mana nak balik ni" Melur berhenti dan mencangkung sambil mengaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. "haaaaaaaa!!!  Aku tahu, surely jalan masuk ke sini, jalan yang penuh dengan pokok pukul 10 tu. Orang tua-tua kata kalau tempat tu cantik, mesti ade yang menjaga." "mengong betullah aku ni, dah tentu-tentu mana ada bunga pukul 10 dalam hutan....yess" Tanpa melengahkan masa lagi Melur terus berlarian mencari bunga pukul sepuluh. Melur ke kiri, Melur ke kanan tetapi masih belum ketemu. Akhirnya Melur berputus asa dan dia hanya mampu duduk di bawah pokok sambil mengenang naseb dan berfikir bangaimana dia mahu duduk di alam Bunian ini. "Ya ALLAH, ya tuhan ku...tolong

KASIH LUNA SANG RIENTA - Eps 1

Pengenalan Melur berlari - larian mencari jalan keluar daripada hutan tebal yang dia sendiri tidak tahu di mana dia berada. Seingat Melur dia bersama - sama rakan sekerjanya telah di culik oleh sekumpulan lelaki dan di bawa ke dalam hutan, Melur tidak tahu sudah berapa hari kah mereka berada di dalam hutan ini. Melur berlari tanpa memalingkan wajahnya ke belakang, sesungguhnya di dalam hati dia hanya berfikir untuk selamatkan dirinya daripada kumpulan penculik tersebut. Kawan - kawan Melur yang lain ada yang telah mati di tembak dan ada yang telah di tangkap kembali kerana mereka cuba meloloskan diri, Melur tidak berfikir panjang untuk mengaplikasikan apa yang pernah dia belajar sewaktu menjadi ahli pandu puteri di sekolah, Melur tiada masa untuk membuka kompas dan mencari di mana utara dan selatan, di dalam fikiran Melur, menyelamatkan diri lebih penting dari segala-galanya dan dia akan ke balai polis yang berdekatan untuk membuat laporan mengenai penculikan ini. Melur Binti

HELLOO HELLO HELLLLOOOOO AGAIN DEAREST

2019 DAH WEYHHHHHHHH Seriusly saya sangat, sangat malas nak menulis lagi dan buat review kat blogspot ni. Zaman sekarang ni berapa ramai yang masih suka membaca? kebanyakkan semua orang lebih suka tengok IG, tengok FB and baca twitter. Sebabnya lebih ringkas dan straight to the point kan, kalau masih ada yang suka baca blog pun lebih berminat dengan blog memasak. Jika korang rasa saya nak buat blog masak-masak, memang salah banyak lah. Saya dengan memasak memang tak seiringan, sebab saya lebih suka makan dan jika masak pun aku akan campak-campak je, bukan mengikut resipi yang telah sedia ada. Nanti aku tambah bawang putih lebih lah, cili padi lebih lah dan yang paling penting semua jenis sos akan masok skali dalam masakkan tu. Apa khabar awak -awak yang masih rajin membaca blog Nampaknya cerita untitled tu akan stop je kat situ sebab sekarang banyak sangat cerita macam tu kan kat tv 3, jadi tak payah lah aku tulis lagi. Frozen pula, tak lama lagi je kita akan di sajikan den