Kasih Luna Sang Rienta eps 4

Din? Sharudin? Dindin? Dindonde?

 Aku tahu aku suke ape?

Daeng Merah mengarahkan orang - orang Sultan Mahmud untuk membina sebuah lagi rumah untuk Melur. Oleh itu Melur tidak lagi perlu tinggal bersamanya dan bersubahat dalam hubungannya bersama sultan.

Berkali - kali Melur menasihatkan Daeng Me untuk menghalalkan hubungannya dengan Sultan dan tiap kali jawapan Daeng Merah "hamba bukannya mahu jadi permaisuri" Melur sudah tidak tahu bagaimana hendak memberitahu perkara halal dan haram.


Daeng Merah kagum dengan pengetahuan Melur dalam agama Islam kerana baginya hanya orang yang tertentu sahaja yang belajar mengenai Islam dan orang - orang itu haruslah rajin ke istana kerana disitah tempat yang mengajar agama Islam.

"aduiiiiii berdosa tak aku, kalau aku tak ajar dieorang kat sini pasal Islam. Masalahnya aku tahu, dan kalau aku tak tengur dan ajar hal sebenar, aku berdosa"
"hmmm anggaplah aku ni orang - orang yang lemah dan tidak mampu" kata Melur seorang diri sambil termenung jauh ke dalam hutan, dia sendiri tidak tahu apa yang di lihatnya.

"woiiiiiii!!!!" jejaka yang menegur Melur pada hari pertama dia di alam ini kembali lagi.
"terkejut lah bodoh!!!! Akai ada ka!? Tak pun akai tu letak hat sini" kata Melur sambil menunjukkan aksi memukul kepala dan kemudian memukul pinggulnya.
"apa tu" kata jejaka tersebut kepada Melur sambil meniru aksi Melur memukul kepala kemudian memukul pinggul. Jejaka tersebut masih membuat aksi yang sama dan kemudian gelak pada dirinya sendiri
"apa maksudnya wahai tuan hamba sungguh lucu pergerakkan tuan hamba itu tadi, hahahahah" kata jejaka tersebut
"uiiiii budak kecik, siapa nama kamu dan berapa umur kamu? Kamu ade hubungan dengan sultan!" Tanya Melur denga muka yang serius.
"Nama aku Din dan hamba lebih tua dari tuan hamba, dah jom, jangan banyak tanya kita pergi ke kota sahaja. Di sana tuan hamba akan tengok banyak makanan" jejaka yang di kenali sebagai Din ini terus menarik tangan Melur yang masih duduk keras di tepi sungai.

Melur.melihat wajah Din dalam - dalam sambil berfikir yang Din ini pasti dari golongan bangsawan kerana dia terlalu handsome untuk mnejadi orang biasa. Din dengan gembiranya menunjukkan pelbagai jenis masakkan yang lebih kurang sama seperti zaman sekarang namun lebih sedap, kuih kochinya, kuih lapis, kuih gula melaka dan pelbagai lagi serta ada juga juih yang tidak pernah di jumpainya. Sebagai pencipta makanan segera, semua ini menjadi satu tempat yang sempurna untu Melur.

Din kemudian membawa Melur ke sebuah kedai makan yang terletak di kota Melaka
"wowwwwww!!! Semuanya sedap" Melur mengunyah - ngunyah asam pedas yang ada di jual di kedai makan tersebut. Kemudian dia meminum air kosong, juga berasa sedap. Melur ngangkat cawan tersebut dan kemudian melihat apa yang ada di dalam air..
"takda apa - apa kat dalam air ni, tiada gula tiada pewarna, yang hairan tu rasa air ini cukup menghilangkan dahaga.

Din ketawa - ketawa kecil melihat gelagat Melur, bagi Din di hadapannya ini ialah orang kurang siuman. Berselubung, menggunakan bahasa aneh dan berasa kagum apabila berjumpa dengan semua benda.

Sedang Din melayan khayalannya, dan Melur dengan menikmati makanan seakan akan tidak pernah menjumpai makanan tersebut sepanjang kehidupannya. Tiba - tiba terdengar dari jauh orang sedang bersorak, semua orang di kota Melaka berlari menuju ke Istana ingin melihat apa yang terjadi.

Melur berhenti seketika dari menjamah makanan dan bertanyakan kepada Din apa yang sedang berlaku, Din hanya menjawabnya dengan mengjungkit bahunya.
"Tuan hamba apa yang telah terjadi" tanya Din kepada hamba rayat yang berlarian menuju ke Istana.
"Jebat memberontak dan Tuah akan membunuh jebat. Tidak hamba sangka, yang tuah nasih hidup. Maafkan hamba tuan hamba, hamba mohon diri dahulu ya"

Mata Melur me bulat mendengar nama Hang Tuah.
"Aku boleh jumpa Hang Tuah?! Yippieeeeee kejap! Hang Tuah nak bunuh jebat? Aku kena hentikan., tidakkkkkk!!!!" Melur terus meluru lari ke arah istana tanpa berpaling kepada Din
"hentikan?! Sudah tidak siumankah budak ni?! Woiiiiii tunggguuuuu!!!!!" jerit Din sambil berlari.

To be cont





  • P/s: Aku dah tulis banyak kali... Tapi ngantuk gile... Mgg depan I is g kursus... Ade kerje ckit jd I is bz... Klw nK tahu ade update ke takde ke..  Jangan lupa cek kt blog i k... I love u ALL

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu