Untitled 15.

Babak 19.
The Time is Ticking... Ticking.... 


Hari ini Kristal malas untuk membawa kereta ke tempat kerja, oleh kerana tempat kerjanya dengan rumah jaraknya lebih kurang 15-20 minit apabila mengikut jalan shorcut, Kristal cuba menggoda ayahnya untuk menghantar dia untuk ke tempat kerja. Pakcik Usop tidak mempunyai pilihan lain kerana Kristal sudah merengek-rengek macam budak kecil, kemudian mak Biah juga memujuk Pak Usop untuk mengikut sekali ke tempat kerja Kristal, kata mak Biah "dah lama Biah tak jalan-jalan bang... boleh le abang sayang" sambil mengerlip-ngerlipkan matanya. Ternyata sebenarnya perangai pelik Kristal adalah dari maknya kerana Mak Biah juga suka membuat perangai kartun cuba dia buat secara terangan di hadapan orang, seperti apabila memujuk Pak Usop atau sedang memarahi anak-anaknya.
Apabila sampai sahaja di tempat kerja, Kristal tak sabar untuk sampai ke tempat kerja dengan secepat yang mungkin kerana mak Biah ada membekalkan makanan cucur bom kepada Kristal dan kawan-kawannya, jam di tangan baru menunkjukkan jam 9.15 pagi, waktu untuk mula bekerja adalah 9.30 pagi dan waktu mula beroperasi ialah pada jam 10 pagi, mereka mempunyai lebih 45minit untuk makan sebelum, mereka akan bekerja secara serius. Sedang Kristal berjalan menuju ke butik KMN, dia terasa di ikuti oleh seseorang, Kristal cuba menidakkan perasaannya tetapi derapan tapak kaki yang mengikutnya dari belakang semakin lama-semakin laju apabila Kristal melajukan langkahnya. Kristal cuba memberanikan diri untuk menoleh ke belakang dan tiba-tiba seorang lelaki muncul betul-betul di belakangnya, Kristal terkejut melihat lelaki tersebut nyaris sahaja dia melibat lelaki tersebut dengan bekal yang di berikan oleh mak biah, rupa-rupanya lelaki tersebut bekerja di Cotton On. Kristal menghela nafas lega apabila melihat lelaki tersebut, seawal pagi begini tidak ramai pekerja yang masuk dan memulakan kerja di kedai mereka, kebanyakkan darinya mula membuka kedai lebih kurang 15 minit sebelum waktu operai bermula dan ada juga sebelum lima minit waktu operasi.
Kristal meneruskan lagi perjalanannya, jantungnya masih lagi berdegup laju dan terkejut dengan situasi pagi tadi, selang beberapa lama sebelum sampai ke butik, Kristal merasakan perasaan yang sama iaitu perasaan di ekori oleh seseorang dan Kristal cuba mengambil langkah berhati-hati sebelum dia buat sesuatu, di lihat di cermin kedai yang masih belum di buka, di lihat seorang lelaki memakai sweater berhoodie sedang mengekorinya, susuk badannya yang sasa, tinggi lebih kurang melebihi enam kaki membuatkan Kristal sesak nafas. Kali ini Kristal betul-betul takut, dia melajukan langkahnya supaya sampai ke butik dengan cepat, Kristal cuba melihat dengan hujung mata dan di lihat bayang-bayang lelaki itu turut berjalan laju, Kristal terus berlari laju menuju ke butik KMN dan terus masuk ke dalam butik dan terus menyorok di balik pakaian-pakaian yang di gantung. Kristal mengintai ke luar untuk melihat siapakah lelaki tersebut, di lihatnya lelaki itu juga seakan-akan cuba melihat ke dalam butik, Kristal tidak berani untuk bergerak. Kawan sekerja Kristal melangkah keluar daripada pejabat dengan sebatang mop untuk membersihkan butik sebelum waktu pernigaan bermula, apabila terlihat seorang lelaki yang tidak di kenali melihat-lihat ke dalam kedai, Monica dengan pantas meluru ke pintu masuk butik KMN sambil memegang batang mop dengan ganas, Monica yang juga di kenali sebagai pekerja paling garang di KMN membuat muka paling begis supaya lelaki tersebut membatalkan niatnya untuk membuat sesuatu yang tidak baik di butik KMN.
Menyedari dengan kehadiran Monica yang sedang meluru ke arahnya, lelaki misteri tersebut terus berlalu pergi. Mulut Monica membebel-bebel sampai menyumpah dalam bahasa cina, apabila Monica lalu di sisi Kristal yang sedang menyorok di dalam baju kot yang di gantung, Kristal terus memegang tangan Monica "aarrrggghhhhhhhhhhhhh helllpppppp" jerit monica secara spontan, Khim Kim yang sedang membersihkan ruang persalinan terus berlari keluar untuk melihat apa yang sedang berlaku, di lihatnya Kristal sedang ketawa besar sambil memeluk Kristal. Khim Kim ialah pekerja baru untuk menggantikan Ah Sa yang sedang mencipta nama di America Syarikat sebagai Kim Kardashian Protoge. 
"what had just happen" tanya Monica.
"entah, macam ada orang ikut i" kata Kristal dengan nada yang rendah. Khim Kim yang tidak tahu apa yang sedang berlaku hanya mengambil langkah mendiramkan diri sambil mengunyah cucur bom yang di buat oleh ibu Kristal.
"someone following you ke" tanya Monica lagi.
"it seem macam tu lah, i also didn't know why. The other day, Rykal chasing a guy dia kata yang that guy keep peeping on me. I thought he just playing, you know make me wanting him to protect me, tak sangka pulak betul" jelas Kristal.
"you punye price charming tu takkan sampai gila sangat nak berlakon macam tu, so must be there was someone, you better try find some bluewave and tell them what just happen"
Kristal hanya mengeleng-gelengkan kepalanya, tangan Kristal terus mencapai telefon bimbitnya dan cuba memanggil Rykal tetapi Rykal pula tidak menjawab, Kristal cuba pula menghantar mesej tetapi mesej juga tidak di balas. Kristal tidak tahu membuat apa dan dia terfikirkan Is jadi Kristal cuba menghantar mesej dan bertanyakan jika Is bekerja atau tidak hari ini dan jawapan yang di berikan oleh Is adalah sesuatu yang Kristal tidak mahu tahu, iaitu Is menemani ibunya ke rumah kakaknya di Johor dan bercuti selama tiga hari. Oleh itu hari ini Kristal cuba memujuk Monica dan Khim Kim makan bersamanya serta menemaninya ke tandas, dia takut jika dia akan di apa-apakan terutamanya kes penculikkan gadis-gadis, samada di jual atau di bunuh dan di ambil organ-organ dalaman untuk di jual. Hari ini adalah hari yang paling dia berharap Rykal berada di sisinya, entah kenapa dia tahu yang dia akan selamat jika Rykal ada.
Akhirnya hari Kristal berakhir dan hari ini dia sangat berhati-hati apabila membantu pelanggan lelaki memilih pakaian, dan hari ini juga Kristal kurang berada di ruang hadapan butik, dan dia lebih berada di balik kaunter bayaran, perasaan takut menyelubungi Kristal, dan sekarang Kristal perlu pulang dan menunggu ayahnya di luar kawasan Aeon dan membuatkan Kristal lagi takut ialah pak Usop perlu menguruskan satu rombongan sekolah dari kelantan untuk perlawanan bola sepak dengan sekolah menengah Anderson di ipoh pada esok hari. Keluar sahaja Kristal dari butik KMN, perasaan Kristal sudah menjadi kacau bilau apabila dia dapat merasakan yang lelaki tadi sedang mengekorinya, Kristal tidak dapat menahan lagi dan terus berlari di sebalik orang-orang yang tidak berapa ramai, Kristal lari dan terus lari untuk keluar dari pintu utama Aeon, Kristal tidak mempunyai masa untuk melihat ke kiri dan ke kanan, dia perlu mencari tempat menyorok sebelum ayahnya datang mengambilnya. Tiba-tiba tangan Kristal di tarik dari belakang dan secara tidak lansung Kristal terus berpusing dan terus di peluk oleh orang yang menarik tangan Kristal itu. Oleh kerana terlampau takut Kristal terus menangis sambil menjerit, semua orang yang berada berdekatan semua berhenti dan melihat apa yang sedang berlaku.
"shhhhh, its me... its me Kristal... shhhhh" kata Rykal sambil memeluk Kristal dengan erat, dan cuba memujuk Kristal supaya berhenti menangis.
"errrr, encik boleh lepaskan cik ni tak" kata seorang bluewave yang berada di tempat kejadian. Kristal yang masih menangis mengangkat mukanya dan melihat wajah bluewave tersebut.
"akak, okay ke... nak Hafis tolong apa-apa ke" tanya Hafis dengan wajah yang serius sambil memandang wajah Rykal.
"no, its okay, akak okay Hafis, ini kawan akan"jawab Kristal.
"betu ni, akak" tanya Hafis lagi untuk kepastian, Kristal menjelaskan semuanya kepada Hafis dan apabila Hafis faham apa yang berlaku barulah dia biarkan Rykal membawa Kristal pergi. Rykal mengarahkan Kristal untuk menelifon ayahnya supaya tidak mengambil Kristal pulang. Kristal mengikut sahaja apa yang di suruh oleh Rykal dan Kristal masih lagi dalam keadaan terkejut dengan apa yang terjadi pada hari ini. Rykal membawa Kristal ke restoran mewah Indulgence, kerana Rykal merasakan tidak mungkin orang yang stalked Kristal akan ke tempat-tempat begini.
"you have any idea who?"tanya Rykal.
"nope, i bukan sesiapa pun orang nak stalking" jawab Kristal.
"still scared?" tanya Rykal ringkas. Kristal tidak menjawab tetapi hanya menganggukkan kepalanya.
"wanna hug" tanya Rykal lagi dan kali ini Kristal mengeleng-gelengkan kepalanya, tetapi di tarik oleh Rykal supaya Kristal dapat di peluknya dengan erat, supaya Kristal tidak lagi merasa takut akan orang yang akan mencerderakan dia.
"Don't be scared princess, i will do anything to protect you okay. You can count on me, in case like today i'm superb busy, i sendiri pun tak boleh buat apa, hahahahah" kata Rykal sambil ketawa. Kristal menolak badan Rykal dan membuat mimik muka kepada Rykal.
"So you punya kerja, semua sudah habis" Tanya Kristal kepada Rykal.
"Thank GOD yesss, dan sekarang i cuma perlu datang sekali-sekala sahaja untuk cek dan pastikan semua on track" Jelas Rykal dengan nada gembira.
"Just another case yang tidak settle lagi, is to take you with me to my kampung on this wednesday" Rykal memegang tangan Kristal dan melihat tepat kedalam matanya, Kristal hanya mampu mendiamkan diri, walaupun hatinya sudah terbuka untuk Rykal tetapi dia sendiri tidak pasti samada dia sudah bersedia untuk berjumpa dengan ahli keluarga Rykal,
"As a what Rykal, you want me to go with you as a what?"tanya Kristal yang keliru dengan Rykal.
"my princess of coz, i thought we had a lot of things going on this one week, just come with me as a friend pun okay, as long as you here with me, i can handle everything and anything, okay tomorrow i know you offday kan, and on wednesday morning i will call you to have the final answer, and i hope you do come with me and i really-really am beggin you" Rykal memegang tangan Kristal dan menciumnya, dia menarik badan Kristal dan memeluk erat sambil membisikkan kata please dan rayuan supaya Kristal akan menolongnya.
Apabila sampai ke rumah, Kristal berfikir panjang dan dia keliru dengan apa juga yang di katakan dan di lakukan oleh Rykal, dan di dalam kotak pemikiran Kristal, dia mula mempersoalkan setiap apa yang telah Rykal lakukan, hanya untuk mengambil hati aku je kowt, so that i will say yes... what a jerk~ Kristal terus memeluk bantalnya dan terus mengembara ke alam mimpi bersama perasaan yang sangat marah kepada Rykal.

p/s: sekarang ni, musim hujan bersertakan ribut, jadi kepada semua sila pastikan untuk berada di dalam bangunan jika tanda-tanda hendak hujan sudah ada dan jika angin sedang kuat, jauhkan diri anda daripada pokok dan semua binaan sementara, kita tidak tahu samada binaan sementara itu cukup kuat untuk melindungi anda atau binaan itu sendiri akan mencerderakan anda.... STAY SAFE EVERYONE

Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu