Posts

Showing posts from May, 2015

Untittled 11.

Image
Babak 15. Seducing Kristal part 1... One and only One... Rykal berada di pejabat rakannya yang terletak di Kawasan Perindustrian Greentown, walaupun sebenarnya Rykal berada di Ipoh adalah untuk menyelesaikan urusan perniagaannya dan pada waktu yang sama Rykal juga menggunakan masa yang dia ada untuk memujuk Kristal mengikutnya pulang ke kampung. Rykal sedang menyusun semua rancangan yang dia ada untuk membuatkan Kristal terbuka hati dan sudi menjadi temannya, ternyata bukan mudah untuk memujuk Kristal tetapi Rykal tahu yang Kristal juga seperti perempuan-perempuan yang di kenalinya. Apabila wajah Kristal menunjukkan kegembiraan apabila di berikan Iphone baru, di saat itu Rykal tahu yang Kristal juga mempunyai ciri-ciri seorang wanita yang materialistik dan juga rantai emas yang di berikannya dahulu masih lagi tersemat menghiasi leher Kristal. "woman, always be a woman, but it is okay because it make my life easy" kata Rykal kepada dirinya. Jam menunjukkan 5 petang, Rykal

Untittled 10

Babak 14 I'll do What Ever it Takes... "Hello, yeah... this is she...who, no can do... i will never do that... i am not that crazy... well i'm not that desperate" Mei Mei terus mematikan telefon, entah siapa yang menelefon Mei Mei sehinggakan wajah Mei Mei berubah menjadi marah. Mei Mei terus melangkah keluar dari pejabatnya dan keluar terus dari butik KMN, semua pekerja yang bekerja pada waktu itu amat terkejut melihat reaksi Mei Mei yang tidak pernah kelihatan begitu marah. Mei Mei terus pulang ke rumah dan dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan, walaupun apa yang di pinta oleh orang yang menelefonnya adalah tidak begitu penting dan hanya hal remeh temeh tetapi jika dia terus memberikan maklumat, Mei Mei takut sesuatu yang buruk akan berlaku tetapi apa yang membuatkan Mei Mei lagi marah ialah perkara yang di ugut oleh orang di hujung talian itu kerana dia mahu mengapa-apakan keluarganya. "Nope, nothing can do wrong, arrrgghhhh i hate being stuck in th

Untittled 9.

Babak 12. Haaaaa??!!? Balik Kampung Je ker???!!! sigh* "Rykal, if you not saying anything i will leave right now!!!" tegas Kristal. Rykal hanya melihat wajah Kristal dan kemudian dia menarik nafas panjang, kemudian dia bersandar di kerusi. Masih tiada kata yang keluar dari mulut Rykal, suasana di antara Rykal dan Kristal di selubungi kesenyapan yang panjang sehingga menyebabkan Kristal kebinggungan, dia tahu yang dia tidak patut meninggalkan Rykal di restoran itu seorang diri tetapi Kristal juga tidak berjanji dengan Rykal yang dia akan menemui Rykal di restoran Kenny Roger's itu. "Well, if you mad at me then it wasn't my fault at all, i had never promised to meet you at lunch, so why are you doing this to me" terang Kristal. Rykal kembali menarik nafas yang panjang, wajahnya yang serius seakan menerima alasan yang di berikan oleh Kristal, setelah hampir 15 minit berdiam, Kristal berkata lagi. "if you still not saying anything, i think i

Untittled 8.

Image
Babak 12. Aku Tak Kisah, Just Go With the flow. Sebulan telah berlalu, kali terakhir Kristal berjumpa dengan Rykal adalah hari Rykal mencari Kristal di Aeon Station 18 dan menonton filem Pilot Cafe bersama-sama. Sedikit sebanyak Kristal berasa sedikit kehilangan, walaupun Rykal hanyalah seorang yang suka mengacau dan menghuru-harakan hidup Kristal tetapi perjumpaan yang singkat itu cukup menyebabkan Kristal berasa rindu. Kristal cuba mengalihkan perhatiannya kepada kerjanya di butik, setelah pemergian Ah Sa ke Los Angeles untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan Ah Sa dalam bidang fesyen, Mei Mei mahukan Kristal mengikut jejak langkah Ah Sa untuk terus mendalami bidang fesyen.  Kristal menurutkan sahaja kata-kata Mei Mei dan cuba memperbanyakkan lagi bacaan buku fesyen supaya minda Kristal lebih berpengetahuan luas dan tidak kekok apabila perlu memasuki kelas di salah sebuah kolej swasta untuk mempelajari ilmu fesyen. Mei Mei mahukan Kristal lebih mendalami fesyen muslimah supa

Untittled part 7.

Babak 11. Pening Aaaaa~ (sambil menggaru kepala) Rykal berdiri, tercegat di hadapan Kristal, dia tengah memerhatikan Kristal yang dari tadi tidak mengelipkan matanya, Rykal tersenyum apabila melihat Kristal yang tiba-tiba berposing macam mak datin di tengah tempat lalu lalang orang ramai. "woooiiiii!!!!!" sergah Rykal. "huh!???" jawab Kristal terpinga-pinga. "you dah kenapa, jom i belanja you minum kopi, dekat je kat situ" kata Rykal sambil menunjukkan Starbuck cafe yang berada betul-betul di belakang Kristal. Tanpa sempat Kristal berkata apa-apa Rykal terus menarik tangan Kristal untuk duduk di dalam cafe tersebut. "errrrr you buat apa sini, i ingat you dah balik KL dah" tanya Kristal sambil menghirup secawan hot coklat yang di pesan oleh Rykal untuk dirinya. "well, i need to be here for i don't know for how long, for my mega project" kata Rykal sambil tersenyum " haaiii, mamat mengong ni ada kat ipoh pulak,