Posts

Showing posts from June, 2024

Mi Amor Goes...... Tik Tik Tok For You (Episode 4)

Image
KEBAHAGIAN ITU MILIK KITA Sudah seminggu Ratna dan Anggun tidak berjumpa, alasan yang di berikan oleh Ratna dia terlalu sibuk untuk melepak dan meluangkan masa bersama Anggun. Anggun cuba memenuhi masa dengan membuat video - video asthetic, meng upload video - video daripada gambar - gambarnya sendiri. Mencuba memeriahkan akaun tik toknya, mencuba mengedit dan belajar menggunakan applikasi tersebut seorang diri. Anggun berasa bersalah kerana mengungkit kembali serta menyegarkan kembali kenangan yang tidak ingin di ingati oleh Ratna lagi.  Kebergegasan Ratna meninggalkan Anggun semalam membuatkan Anggun berfikir dengan mendalam, perpindahan Ratna ke Johor adalah beberapa hari sebelum hari pernikahan Ash. Adakah alasan ini yang membuatkan Ratna meninggalkan Kuala Lumpur sehinggakan Ratna tidak sempat memberitahu Anggun sebelum ke Johor. Adakah sesuatu telah berlaku yang sebenarnya tanpa Ratna bercerita dengan lebih mendalam atau Anggun sendiri yang tidak memberi ruang dan peluang kepada

MI AMOR GOES...... TIK TIK TOK FOR YOU (eps 3)

Image
 Monolog Penulis Kebelakangan ini penulis seringkali menonton LIVE Tiktokers yang menyanyi- nyanyi, dan baru penulis perasan yang sebenarnya jika sering "SEARCH" sesuatu genre, maka itu jelah yang akan keluar jadi kalau korang semua tanya, siapa yang penulis suka pada ketika dan saat ini. Adalah beberapa.... alamak.... nak ke penulis tulis di sini... hahahahaha... meyh korang cek this out kot korang pun suka. 1. ZACK AK ATTAN - penulis rasa beliau hebat giler boleh bermain alat gabus dengan pelbagai jenis lagu dan genre, sebab penulis tak boleh buat macam tu kan.... jadi penulis rase beliau sangat hebat. 2. Reyhanoab (One Avenue Band) - Sebenarnya penulis tak tahu pun yang sebenarnya nilah kumpulan yang nyanyi lagu penulis suka tu "Kisah Antara Kita" siapa yang suka join Tik Tok hanya untuk hiburan...boleh lah go go cek it outttttttt. 3. Putri_Bollycover - Suara beliau kalau di offer oleh pihak Bollywood Filem rasanya korang semua mesti tak percaya kan yang penyanyi