Posts

Showing posts from August, 2015

Untitled 16.

Babak 20. A Decision That Must to Do. Kristal dan Rykal sudah membuat perjanjian untuk berjumpa di pagi Rabu di perkarangan Aeon, di awal pagi sebelum Kristal mula waktu bekerja, jadi jika Kristal ingin meneruskan hasrat Rykal untuk pulang ke kampungnya Kristal hanya perlu pergi memberitahu Mei Mei di pejabat dan terus mengikut Rykal dan jika sebaliknya Kristal akan terus masuk dan memulakan kerja. Rykal mengharapkan yang Kristal akan mengikutnya pulang dan dia pasti akan selamat apabila pulang ke kampung, selamat daripada tunangan yang dia sendiri tidak suka dan tidak setuju, sudah bertahun-tahun Rykal cuba memutuskan pertunangannya bersama Suria namun memutuskan pertungan itu adalah bukan hak Rykal tetapi kedua ibu bapanya. Jadi Rykal perlu menghadapinya setiap kali dia perlu pulang ke kampung untuk berkumpul dengan semua ahli keluarganya dia rumah neneknya. Seawal jam 9 pagi Rykal sudah berada di tempat duduk berhadapan dengan Air pancur, sememangnya awal begini sangat kurang

Untitled 15.

Babak 19. The Time is Ticking... Ticking....  Hari ini Kristal malas untuk membawa kereta ke tempat kerja, oleh kerana tempat kerjanya dengan rumah jaraknya lebih kurang 15-20 minit apabila mengikut jalan shorcut, Kristal cuba menggoda ayahnya untuk menghantar dia untuk ke tempat kerja. Pakcik Usop tidak mempunyai pilihan lain kerana Kristal sudah merengek-rengek macam budak kecil, kemudian mak Biah juga memujuk Pak Usop untuk mengikut sekali ke tempat kerja Kristal, kata mak Biah "dah lama Biah tak jalan-jalan bang... boleh le abang sayang" sambil mengerlip-ngerlipkan matanya. Ternyata sebenarnya perangai pelik Kristal adalah dari maknya kerana Mak Biah juga suka membuat perangai kartun cuba dia buat secara terangan di hadapan orang, seperti apabila memujuk Pak Usop atau sedang memarahi anak-anaknya. Apabila sampai sahaja di tempat kerja, Kristal tak sabar untuk sampai ke tempat kerja dengan secepat yang mungkin kerana mak Biah ada membekalkan makanan cucur bom kepada