BARANG YANG LEPAS JANGAN DI KENANG.... BIARKAN IA BERLALU PERGI
PADA SUATU KETIKA DAHULU Sedang aku bersedia untuk menghadapi pertandingan yang aku sendiri tidak pernah terfikir untuk masuk. Satu pertandingan yang rupenye memerlukan masa dan perhatian yang sangat banyak, walhal kerja aku sendiri aku tidak terkejar, inikan pula bertambah - tambah di atas kerja dan fikiran. Tiba -tiba seperti angin lalu, kenangan menerpa kesegenap tubuh ku, seakan - akan perkara itu seperti baru berlaku semalam. Mungkin juga apa yang aku ingatkan hanya sebahagian daripada cerita dan sebahagian lagi mainan minda ku. Tidak mungkin aku boleh mengingati semuanya dengan nyata dengan jelas kerana ia sudah pun berlalu berpuluh tahun yang lepas. Cerita mengenai seorang budak berusia 18 tahun yang buat pertama kalinya mempunyai CRUSH, agak kelakarkan... kenapa umur 18 baru crush, bagaimana sebelum - sebelum itu, sebab budak ni perangai dia sangat - sangat confident level tak tinggi, sepanjang kehidupan sekolah dia, perasaan diri tu tidak cantik juga tinggi jadi sememangy...