Posts

Showing posts from October, 2019

Kasih Luna Sang Rienta eps 4

Image
Din? Sharudin? Dindin? Dindonde?   Aku tahu aku suke ape? Daeng Merah mengarahkan orang - orang Sultan Mahmud untuk membina sebuah lagi rumah untuk Melur. Oleh itu Melur tidak lagi perlu tinggal bersamanya dan bersubahat dalam hubungannya bersama sultan. Berkali - kali Melur menasihatkan Daeng Me untuk menghalalkan hubungannya dengan Sultan dan tiap kali jawapan Daeng Merah "hamba bukannya mahu jadi permaisuri" Melur sudah tidak tahu bagaimana hendak memberitahu perkara halal dan haram. Daeng Merah kagum dengan pengetahuan Melur dalam agama Islam kerana baginya hanya orang yang tertentu sahaja yang belajar mengenai Islam dan orang - orang itu haruslah rajin ke istana kerana disitah tempat yang mengajar agama Islam. "aduiiiiii berdosa tak aku, kalau aku tak ajar dieorang kat sini pasal Islam. Masalahnya aku tahu, dan kalau aku tak tengur dan ajar hal sebenar, aku berdosa" "hmmm anggaplah aku ni orang - orang yang lemah dan tidak mampu" kata Melu