BILA DAH TERLALU BANYAK, KITA JADI MUAK
Patutlah masa angah cuba cuba berasap dulu, abah ugut dia... "Jangan sampai abah paksa kau hisap rokok berkotak kotak sampai muntah"
Jadi beginilah cerita aku
BILA DAH TERLALU BANYAK DEPAN MATA, TERLALU SELALU MENGHADAP BENDA YANG SAMA ENGKAU JADI AUTOMATIK TIDAK MAHU
Betullah kata orang tua - tua jika engkau terlampau suka makan ayam, jika hari hari engkau makan ayam... Mesti lama lama engkau menyampahkan, Haah aku bercerita mengenai diri sendiri...
Seperti yang aku pernah cerita di post yang entah mana satu, di kala aku menutup hati aku untuk manusia bernama lelaki, hadir pula seorang yang aku cuba letakkan harapan... Di kala dia menghancurkan hati aku sekali lagi, menjahanamkan segala usaha aku untuk kembali berharap... Aku mula menyoal diri sendiri, mencari setiap salah di dalam setiap segi, tangisan mengiringi malam malam ku. Diri ku hancur, semangat ku hilang... Dan dalam masa yang sama aku cuba berdiri, senyum cuba menghadapi hidup ini... Aku mula menerima takdir yang melayan aku seperti ini dan aku salahkan semuanya ke atas diri ku.
Tidak lama hadir seorang demi seorang, orang yang pernah aku sayang... Samaada telah mendirikan rumah tangga atau pun kembali bujang... Namun sesayang aku kepada mereka... Aku masih rasa sedihnya dan aku bertanyakan kenapa mereka ada di sini dan kembali mahukan perhatian ku, aku rasa seperti orang bodoh atau tempat singgah... Tempat yang engkau tidak akan ingat pun tak penting pun...
Aku sering berdoa, dan mengharapkan jawapan, mungkin aku salah, mungkin aku betul dan jawapannya ialah AKU TAK PERNAH LULUS PUN UJIAN YANG ALLAH BERIKAN... Jadi di berikan kepada ku berulang ulang kali... Sehingga satu tahu aku sendiri muak dengan jalan cerita yang sama, pickup line yang sama, modus operandi yang sama... Dan akhirnya jadilah aku harini... Ia tahun ini aku rase malas betul nak tengok handphone, malas betul nak tengok watsap... Malas aku hendak berkomunikasi dengan dunia
Hmmmmmm apa yang aku hendak sampaikan ialah, jika anda berulang ulang kali menghadapi perkara yang sama, ujian hidup yang sama... Cuma menghadapinya dengan cara yang berbeza, dengan cara yang lebih mendekatkan diri dengan ALLAH... Yang engkau akan fikir INILAH JAWAPAN YANG ALLAH hendak aku buat...
Mungkin pada saat ini, aku tak fikir rezeki aku untuk berdua, bertiga, ber berapa skali pun... Aku redha seadaannya dan mungkin juga ALLAH memakbulkan doa doa kan yang dulu... Itulah sebabnya aku di sini begini 😊 yang pastinya janganlah memandang sesuatu perkara yang ALLAH berikan kepada kita itu sesuatu yang negetif....
Sekian sahaja perkongsian yang tidak mendatangkan keuntungan untuk anda baca.. 😅
Comments
Post a Comment